"Farisah, bangun cepat. Aku tak tahu nak pi mana. Ni aku berhenti kat stesen minyak." Aiman menarik baju Farisah sekuat hati.
"Hoi mangkuk ayun! Rosak baju aku lahh syaitoonnn!" Aku pukul tangan Aiman guna powerbank.
"Makcikkk betullah kau ni, aku tanya kita nak pergi mana?" Aiman merengus kecil. Aku sengih dengan muka yang tak bersalah.
"Ehem.. Memandangkan tanah Muat ni terkenal dengan aneka makanan dan masakan. Jadi, harini kita akan penuhkan perut kita macam cerita jalan jalan cari makan. Cun?" Aku lepaskan nafas selepas menyatakan tujuan sebenar dengan satu nafas. Ehhh?
"Kau nak aku gemok ke ?" Eh mamat ni, aku luku jugak kang.
"Kau nakk aku belasah kau dulu baru kau nak tukar gear ke hah?" Aku jeling Aiman tajam. Dia pikir aku nak gemok ke? Eii patkall member kalau tak aku rembat aja kereta dia ni.
"Ish, yelah jalanlah ni. Nak pergi mana?" Gear ditukar dan pedal ditekan menukar haluan keluar.
"Kita makan Mee bandung muar. Heh amacam? Mee bandung ni memang ade je kat mana tempat. Tapi bila ada Muar kat belakang memang mee bandung tu cuma ada kat Muar aje. Kau carilah dekat Johor ke KL ke memang takkan jumpa. Kecuali, orang muar datang sana masak mee bandung muar." Tangan terikut ikut untuk tambahkan gaya bercerita. Baru macam gempak sikit. Biarr umphh!
(A/n : authortakpernahpergimuar, mekasihpakcikgoogle.)
"Alright, mee bandung in front our eyes." Aiman menarik brek tangan lepas tukar gear ke P.
"Yeay! Mee bandung. Honestly last aku makan 3 bulan lepas. 3 mangkuk tau aku makan, suci murni mangkuk tu." Aku menghirup bau mee bandung yang dibawa angin. Amboi!
"Makan bermangkuk mangkuk, besar tak jugak. Orang ingat kau ni budak SPM tahu?" Aiman mengukur tinggi aku guna tangan dan lagakan ke dada dia.
"Cakap jelah orang pendek, aduh ia ni." Aku menjeling Aiman tajam. Mentang mentanglah tinggi dia kemain macam galah panjang jahat sangat nak kata orang budak SPM
"Sedar takpe, takyahlah aku nak berkias." Aiman tergelak kecil. Meja yang terletak depan kereta dipilih.
"Tak boleh kejam lagi ke?" Kerusi merah ditarik seraya angin petang mendamaikan hati.
"Order?" Seorang gadis memegang pen dan memandang aku. Jap, cam kenallah. Siapa ek?
"Hanis? Is that you? Hanis Aszirah si tiang lampu?" Aku memandangnya atas bawah. Ohmy, she us fabulous!
"Wait? Kau Farisah kan? Orang yang selalu bertumbuk manja dengan aku kan?" Nak jugak disebut tumbuk manja tu jugak ye?
"Hahaha, seriously kau kerja kat sini? Ingat kau terbongkang kat rumah tu." Aku tergelak perlahan.
"Whatever, now order please." Hanis memandang aku setia menanti pesanan.
"Mee bandung special 2. Air neslo air dengan teh tarik suam please." dia mengangguk dan meninggalkan aku dan Aiman.
Cakap pasal Aiman, dia tengah main fifa dalam talipon, eh since when dia layan fifa ek? Mesti kes membosankan kat sini tau.
"Farisah?" Aku memandang Aiman dan mengangkat kening.
"Tadi, masa aku masuk keretakan, asal ada bau perfume lelaki eh? I mean bau dia lain dari bau perfume aku." Aiman mengetuk meja.
Aku meneguk liur kesat, terasa ketakutan mula menguasai tapi aku tak tahu kenapa aku kena rasa macam ni. Pelik!
"Ah, tadi aku terbawak perfume abang aku. Tu yang terspray tu. Sorry." Aku memandang Aiman. Dia mengangguk dan sambung main fifa. Nafas lega keluar dan aku menundukkan kepala ke meja.
Kelibat pelayan menatang dulang yang menghampiri meja aku mengangkat kepala. Yay dah sampai, ni yang suka nak melantak ni.
Eh eh baik jaga. Huish! Bahaya kalau ada orang nampak aku melantak macam tak pernah makan setahun.
"Ehem.. Dah sampai, ke kau nak makan je fifa online tu? Aku boleh je sumbat dua mi kari ni." Saja je nak perli perli.
"Tahulah, potpet je kerja." Telefon samsung dia matika dan sumbat dalam kocek. Garfu dalam bekas dicapai dan ngap!
"Hoi, kau tak gheti lagi nak baca bismillah ke?" Sedas, hahaha tersedak dia. Aku hulur air dia pesan tadi dan sedut rakus. Mesti pedas gila kan?
"Eheem.." Aiman mengangkat tangan dan membaca doa diikuti aku mengaminkan. Yummy!
Aku mencapai garfu dan sudu. Seisi menghabiskan mi kari bermula sekarang. Lepas ni nak pi mana ek? Kalau makan banyak banyak gemuk tak ek? Aduh di yang leceh ni. Ah balik ajak uda main bola sepak jelah.
YOU ARE READING
Terowong Misteri
Mystery / Thriller"I want you all to divide into groups 5 or 6 people, maximum is 8 people. Got it?" Bangunan misteri berdekatan daerah tanjung kirai dijadikan buah mulut orang. Malah sudahpun viral di facebook dan media sosal yang lain. ini kajian atau memang horor...