Kereta Grand Livina elok terparking dihadapan bangunan yang tingginya 2 kali dari rumah biasa. Mungkin dulu bangunan ni untuk hotel atau pun balai raya. Yang hairan tu kenapaa dua tingkat?
Farisah yang sedang memegang kamera ditangan pusing pusing sekitar bangunan diikuti Tiana dan Ameer. Ummu, Saufi dan Fakhri hanya memerhati dari depan memandang keluasan bangunan didepan mata yang ditelan hari. Penuh pokok pokok yang menjalar ditingkat atas. Kaca yang pecah bertaburan diatas tanah. Mungkin kerja budak budak dahulu.
Puan Maerna ada kata bangunan ni dah lama ada, sejak 7 ke 8 tahun lepas. Marisa berkerja disitu memandangkan bangunan itu pun tak jauh dari rumahnya. Marisa jarang balik ke rumah sebab terpaksa berjaga memerhati bangunan tu. Lepas sebulan dia berkerja terus takda khabar berita. Marisa mula kerja 3 tahun lepas. Lepas kehilangan Marisa, bangunan tu ditutup oleh kerajaan dan dicadangkan untuk dirobohkan tapi dihalang kerasa Puan Maerna kerana risau masih ada Marisa dalam bangunan itu.
"Is kau tengok ni ada telefon. Aku rasa dah lama sebab dah melekat dengan tanah." Farisah memangil Ameer yang sedang memantau sekitar mereka segera berpaling mengadap Farisah dan Tiana.
Tiana yang menjumpai kayu terus mengeluarkan telefon yang hampir tengelam ke dalam tanah. Memandangkan kampung ni mudah hujan.
Ameer mencapai telefon tu sejurus dikeluarkan, dan cuba dihidupkan. Tekaannya betul yang telefon tu segaja dimatikan memandangkan baterinya 50%. Tak hairan bila telefon tu tak rosak kena hujan sebab ditimbus pasir dan daun daun kering.
Tak ada password. Ameer mula menyelongkar kepunyaan siapakah telefon itu. Ikon memo ditekan memandangkan hanya itu saja aplikasi yang terletak elok dimuka depan. Lebih menarik perhatian bila dibawah ikon memo bukan tertulis memo tetapi buka dan warna merah diikuti dengan tanda seru.
For whoever found this phone. Nama saya Marisa, tulisan ni memang saya sengajakan memandangkan saya masih tak pasti sama ada saya boleh hidup selepas berada didalam atau tidak. 3 tahun saya berkerja dalam bangunan ni dan macam macam benda jadi. Tah saya sendiri tak tahu mana datangnya keberanian seperti ini, saya akan cari punca dari mana benda aneh tu datang dan tempat pertama yang saya fikir ialah terowong misteri bawah tanah. Jujur saya kata sepanjang saya berkerja disini, bila masuk ke terowong tu peratus untuk berjaya keluar mungkin cuma 40% saja bila pekerja disini bilangannya makin kurang. Sayaa menaip mesej ini bertujuan untuk menghentikan perkara ini terjadi itu tekad saya. Kepada siapa yang jumpa telefon ini sama ada lambat atau cepat, sampaikan salam sayang dan rindu saya pada ibu saya, Puan Maerna. Saya bertiga dengan persetujuan kedua rakan saya, Salwa dan Taqhif tetapi tanpa pengetahuan ibu saya. Hari ni 27 Mei 2014, kalau awak baca mesej ni pada tahun yang lain bermakna saya masih tidak mempunyai langsung jalan keluar dari tempat itu. Dan saya mengharapkan seharap harapnya kamu tinggalkan tempat ni dan jangan datang semula walau apa pun yang terjadi. Tolong mintak kerjasama kamu semua. Baca dan fahamkan apa saya cuba sampaikan dan minta kerajaan atau sesiapa robohkan tempat ini secepat mungkin! Saya ulang secepat mungkin!
Hampir tertanggal skru dikaki bila baca mesej dari Marisa anak perempuan Puan Maerna dan orang yang Farisah nak sangat tahu macam manakan orangnya dan dia orang yang diasak sebak didada. Tahan dari air mata jatuh.
"Ameer, Farisah, Tiana!" Mereka bertiga terus menoleh ke arah orang yang memanggil mereka. Ummu dan Saufi. Mana Fakhri?
"Fakhri dia.. dia masuk dalam. Dia sendiri kata dia nak masuk dalam tapi kitorang tegah bila kitorang sibuk meneliti pusing mencari dia, pintu ternganga kecil dan cuma ada tapi kaki Fakhri masuk ke dalam." Ummu menerangkan. Saufi dah macam orang gila tak tentu hala.
'Damn shit Fakhri!' Saufi menyumpah kembarnya tu. Sungguh dia memang naik meluat dengan Fakhri yang kedegilan dia melampau sangat dan langsung tak dengar kata orang.
Ameer, Farisah dan Tiana saling berpandangan. "Bodoh!" Itu saja perkataan yang mampu diungkapkan oleh mereka bertigaa.
"Fakhri dalam bahaya lah gila! Kau baca mesej dari Marisa ni dah kita decide sekarang masuk atau report polis je." Tiana bercadang sambil menghulurkan telefon kepunyaan Marisa dahulu.
Reaksi yang sama dipamerkan. Terkejut, risau semua bercampur baur. Tak tahu mana satu yang utama.
"Aku tak peduli dengan benda sial ni! Aku kena cari Fakhri. Ikut atau pergi jahanam korang sana!" Saufi membentak keras seraya mencapak telefon tu menghempas tanah. Mujurlah tak pecah.Saufi merampas go pro daripada tangan Ummu dan menyandang begnya yang diisi dengan pakaian dan beberapa makanan. Dia mesti bawak balik Fakhri. Fakhri saja yang dia ada. Dia abang dan dia kena bertanggungjawab. Itulah amanah yang dipegang Saufi semasa arwah ibunya masih ada. Dan masa inilah dia patut menjalankan amanah tu.
Ameer laju menghalang jalan Saufi. "Kitorang ikut atau aku takkan bagi kau masuk bangunan tak guna tu." Saufi memandang gadis gadisnya dan mereka mengangguk tekad. Saufi tersenyum tipis.
"Cepat bawak apa korang nak bawak. 5 minit then kita masuk. Aku risau kalau Fakhri makin jauh ke dalam." Saufi tegas berkata kata. Laju semua mengambil apa yang diperlukan. Mujur mereka sudah berpakat untuk bawak benda yang penting.
"Nah lampu kau." Ameer menghulurkan lampu kepada Saufi yang sudah tercongok berdiri didepan pintu.
"Ready atau tak kita kena masuk jugak." Saufi memang betul betul tekad. Langsung hilang segala kekacakan dan ketampanan Saufi. Yang tinggal hanya muka yang tegang dan nekad yang tinggi.
Dia bukan Saufi yang kita kenal. Tapi Saufi yang lain, Saufi yang mempunyai semangat yang cekal. Padahal cuma kembar dia saja. Dan kembar dia tu lelaki, dan semestinya lelaki tahu jaga diri.
Tapi Saufi tak rasa Fakhri mampu. Dia takkan mampu langsung berdepan dengan apa yang dua fikir sekarang.
Saufi memandang satu persatu rakannya dan semua menunjukkan kepastian dan dan mengangguk. Fakhri kawan mereka, kawan jenis apa yang biar kawan susah. Saufi takkan mampu pergi sorang sorang, mereka tahu saufi macam mana. Sebabtu diorang sanggup buat keputusan berani mati walau apa pun yang terjadi.
Lampu picit dibuka kelima lima mereka. Kaki mara ke depan, suasana yang suram, gelap dan sunyi mula menyelubungi dunia mereka.
Entah apa jadi lepasni takda sorang pun tahu. Yang mereka perlu tahu, mana Fakhri pergi. Tersangat luas bangunan ni. Sah bangunan ni hotel, tangga yang naik ke atas ada yang patah. Kaunter sudah takda langsung rupa kaunter, rak rak kunci dimakan anai anai. Meja penuh habuk, semuanya nampak kelam. Besar sungguh besar.
Mereka dalam Bangunan yang terletak di Tanjung Kirai. Dalam ya, dalam.
YOU ARE READING
Terowong Misteri
Mistério / Suspense"I want you all to divide into groups 5 or 6 people, maximum is 8 people. Got it?" Bangunan misteri berdekatan daerah tanjung kirai dijadikan buah mulut orang. Malah sudahpun viral di facebook dan media sosal yang lain. ini kajian atau memang horor...