Bab 6

176 9 0
                                    

No one POV
"Kau boleh jalan tak Wani?" Tiana menyoal sambil mendirikan Ummu. Tiana kadang kadang panggil Ummu , sometimes Wani. Ikut moodlah jugak nak panggil mana satu.

"Kaki aku tadi, er kena gigit something but aku tak sure." Ummu menyatakan apa yang dia tahu. Memang dia rasa macam sakit sangat dekat kaki. Fuhh benda apa yang gigit tu.

Dalan sekelip mata, ummu elok dicempung Saufi.

"Err, darurat." Dia tersengih memandang kami.

"Dahlah jom cepat, tak boleh tunggu sini lama lama." Ameer bersuara kemudian mula melangkah.

"I...iss kaki aku." Farisah memandang kakinya. Tangan siapa ni. Ah gila woi.

Semua pucat lesi. Aduh duh, ni rupanya jadi bila pandang belakang. Konfem lepas ni tak aman perjalanan. Boleh ke terus hidup.

Ameer menghampiri Farisah kemudian berbisik kecil "Baca ayat kursi. Tu je yang ada."

Farisah diam seketika, mungkin baca ayat kursi. Dia cuba mengoyangkan kaki, boleh.

"Cepat lari, jangan toleh belakang!" Ameer menjerit, laju semua berlari langsung tak pandang belakang.

Hampir 3 jam mereka berlari, makin dalam mereka pergi. Kemudian mereka berhenti, Tiana dah tak dapat lari lagi.

"Weh lahanat! Aku nak balik gila. Kita boleh mati duduk sini. Jahanam betullah Sir Zaqrif! Hantar kita kat sini." Saufi menumbuk dinding disebelahnya kuat selepas menurunkan Ummu.

"Wani aku takut weh! Sampai bila nak terkurung dalam ni? Aku dah rasa tak sedap hati dari awal kita jejak kaki dalam ni lagi." Tiana menarik narik baju Ummu kemudian mengenggam erat tangan Ummu.

"Ni semua salah kau cilaka! Kalau kau tak masuk dalam ni kita tak hilang takdenya kitorang jadi gila dalam ni!" Ameer menolak bahu Fakhri yang diam seribu bahasa.

"Is dahlah tu, kita sendiri dah decide, kita sendiri yang pilih untuk masuk. Janganlah gaduh lagi." Farisah menenangkan Ameer. Ni bukan kali pertama dia nampak Ameer berang macam tu. Lagi teruk pun ada.

Ameer menggalas begnya dan lari jauh ke depan diikut Farisah yang memegang kamera.

"Is perlahan lah sikit." Namun hampa lagi laju Ameer bergerak adalah.

Farisah POV
"Is perlahan lah sikit."  Namum hampa, lagi laju Ameer bergerak adelah.

Hampir 1 jam mereka berjalan, kemudian terjumpa dengan 3 terowong, tengah kiri dan kanan.

"Kita masuk tengah." Ameer mencadang. Aku malas banyak soal so ikut jelah. Lagipun aku tahu ada orang lain ikut bukan cuma mereka berdua.

"Kenapa ada lampu kat sini?" Siapa tak hairan bila kau masuk terowong pastu ada lampu. Er lampu tau bukan obor obor yang selalu jumpa tu.

"Is dah pukul 3 pagi ni, tanak duduk sekejap ke?" Farisah menyoal Ameer yang sedang termengah mengah.

"Selagi benda tu ikut, kita tak boleh stop, jauh lagi Farisah." Aku mengeluh perlahan. Sungguh woi aku dah lapar, penat nak segala macam ayat penatlah.

"Kau okay ke tak Farisah?" Aku mengangguk perlahan. Tudung sarung aku betulkan.

Tiana POV
"Wani kau okay tak?" Aku menyoal perlahan bila Ummu mula terduduk.

"Kaki aku.." jelas riak menahan sakit terpancar dimuka Ummu.

"Biar aku tengok." Perlahan aku menyingkap seluar Ummu ke betis. Memandangkan darah menitis dari betis.

Aku ternganga tengok luka yang dalam dikaki Ummu. How she can pretend yang dia okay? Nasiblah Farisah ada bagi first aid-kit yang dia bawak.

"Luka ni kena cuci, teruk dak ni. Aku risau kalau ada bakteria merebak." Aku mula merawat kakinya. Kadang kadang terdengar rintihan sakit Ummu. Kesian aku tengok

"Mana Farisah dengan Ameer pergi agaknya?" Entah datang dari mana soalan tu muncul. Aku pun tak pasti sangat.

"Esok pagilah kita cari, Ummu pun tak boleh gerak lagi." Saufi memberi cadangan. Hilang pulak lagi 2 orang ahli.

Aku mengangguk perlahan. 'Aku harap korang selamat.' Bisikku dalam hati.

Aku bersandar pada dinding. Aku langsung tak dapat lelap, mungkin risau ketiadaan Farisah bersama.

Farisah memang susah nak ada kawan melekat tapi aku kenal Farisah dah lama. Since sekolah menengah lagi. Sebabtu aku rasa macam bosan kalau dia takda.

Terimbas sekejap macam mana aku boleh kenal Farisah. Terbit satu senyuman dan aku pun terlena lepastu. 

Terowong MisteriWhere stories live. Discover now