Bab 1

376 16 1
                                    

Jam menunjukkan sekitar 6 petang. Semua siap berkumpul dekat rumah Ameer, senang katanya tak payah nak tunggu sesiapa.

"Ini bukan sebarang assignment tau do, aku nak malam ni kita baca yassin reramai, esok pagi baru gerak Tanjung Kirai." Saufi memandang sahabatnya silih berganti. Nak kata dia warak pun tidak, tapi cukuplah dengan iman yang kuat dan hati yang telus mungkin.

"Weh engkorang tak takut ke?" Tiana menyoal dengan takut takut kemudian menghirup perlahan air sirap limau yang Fakhri hulurkan.

"Takde mendelah Tiana, kau chill aje. Jangan negatif sangat, ni bukan first time kita dapat assignment macam ni." Ummu menenangkan gundah gulana Tiana.

"Korang tidur sini an malam ni? Lagipun kan korang dah pack sebelum datang. Nanti kita check apa yang kurang, jum ah masuk." Semua berdiri, Farisah menatang dulang yang dibawa Ameer tadi masuk ke dalam.

Semua senyap sunyi, takde langsung gurauan yang terbit dihati. Perasaan tak sedap hati mula menjalar perlahan. Risau sesuatu akan terjadi pada mereka.

Usai makan semua berkumpul menyemak barang yang perlu dan wajib dibawak. Ummu memegang helaian panjang dan menyemak perlahan.

"Torchlight sorang satu, baterri spare patut ade sekurangnya 6, nak bawah lebih pun bagus, lagi elok." Semua meletakkan torchlight didepan menandakan mereka ada.

"Baju aku tak tahu berapa banyak tapi palinh banyak 5 helai, seluar memang semua trackshot. Kalau tak cukup satgi kita cari." Semua mengangguk faham.

"Yassin paling penting, sorang 1 takda share share eh. Pastu nanti kita duduk dekat homestay yang ada kat situ, paling dekat dengan jalan bandar. Then, sorang satu note book for our information nanti pasal assignment." Ummu menyambung dengan nafas yang panjang.

"Aku nak bawak go pro dengan kamera for our video. Kau pun tahu en Sir Zaqrif tu macam mana, wajib ada bukti atau fail." Semua setuju dengan cadangan Farisah.

"Nak bawak sleep bag tak?" Tiana menyoal tiba tiba. Entah datang dari mana soalan tu.

"Hm, nanti kita fikir dulu. Kalau semua agree kita bawak. For watch our step, manalah tahu kena tidur tempat lain ke kan." Ummu menjawab.

Semua angkat kening tak faham apa yang disampaikan Ummu, ada juga fikirran negatif yang timbul tapi laju dibuang ke tepi.

"Kejap lagi dah mahgrib, lepastu kita gerak cari ape yang kurang hokey?" Ameer cadang tiba tiba.

"Weh aku nak tengok Suicide Squadd!!" Semua memandang Fakhri

"What? Ade Harley Quinn lah weh, jom ah, jom ah." Ajak Fakhri, dia pun asyik berputih mata je bila member dia yang lain asyik kata Harley Quinn meletop bak hang!

"Okay fine, kita solat isyak dekat surau mall aje. Balik before 12 am okay, esok nak gerak pagi. Kang ada yang terlajak subuh." Ameer memberi kata putus, dia pun nak tengok Harley Quinn. Dia memandang Farisah, tajam mata tu menikam. Hanya senyum kerang busuk yang dia berikan. Macam mintak penampo.

Bergema satu rumah dengan bacaan yaassin daripada para pelajar Syeikh Muszhapar. Eh yeke? no comment...
Usai sedikit tazkirah yang disampaikan Saufi semua siapkan diri. Mereka respect dekat Saufi dengan ilmu yang dia ada, lagi plus pluslah minah sewel dok melekat dekat depa.

"Okay let's go, nanti lambat pulak. Oh ya girls bawak telekung tak?" Ummu menyoal rakan gadisnya. Walaupun Tiana free hair dia reti jaga batas dan solatnya jaga. Mungkin hidayah belum sampai atau tiada siapa nak ketuk pintu hatinya. Biarlah dia berubah betul betul kerana Allah.

Tiana dan Farisah cepat cepat mengangguk. Kereta Grandlivina milik Ameer dipandu cermat olehnya membelah jalan raya. Radio dipasang, Era fm semestinya.

Lagu Assalamualaikum dari Haris J berkumandang, semua dalam kereta terjerit jerit ikut nyanyikan lagu dari radio. Sekurang-kurangya hilang sedikit rasa tak sedap hati yang asyik bertandang langsung takde kad jemputan.

Usai membeli tiket movie suicide squad, semua setuju nak pergi makan dekat chicken rice shop. Ameer pun pelik dengan selera Farisah yang tah pape tu, pastu siap suruh belanja. Patkal aje member kalau tak dah masuk buku 555.

"Is, kau bayorkan tau.. kau kan kayo." Farisah memujuk lelaki yang lagi tinggi darinya tu. Pelik bila primary mary sch, secondary sch dengan sambung belajar still muka lelaki tu. Teringat lagi permainan yang Cikgu Diyana buat tu. 'the secret admirer.' Farisah dapat nama Is, Is dapat nama dia. Classmates semua sibuk berwoo. Kadang geram gak tapi sometimes boleh jadi kelakar. Langsung tak sedar yang terbit senyuman dibibir.

"Hah, kau ni senyum sorang sorang kenapa? Buang tebiat ke?" Mati terus senyuman dia dan terus matanya memandang tajam Ameer Iskandar. Dia lebih berminat panggil Is daripada Ameer. Jawapan dia sebab Ameer tak sedap dengan perangai childish mamat tu.

Ameer hanya sengih nampak gigi. Sengal kadang dengan perangai lelaki tu, suka noh buat Farisah sakit jiwa. Eh silap, sakit hati. Mana boleh sakit jiwa nanti terus angau dengan lelaki tu. Seram gilaaa lah weh!

                                      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pagi yang cukup mampu buat 6 pelajar Syeikh Muszhapar hilang semua sendi dan saraf. Tapi semua mengagahkan diri menyiapkan assignment mereka, Tiana yang pertama masuk ke dalam kereta, tak tahulah sebab excited atau sebab takut. Let's make it be a question.

"Get ready guys? First baca doa naik kenderaan pastu doa selamat pergi dan balik." Fakhri kalini yang ambil alih kerja driver, katanya nak bagi chance dekat Ameer sebab semalam dia dah bawak diorang semua tengok wayang. Plus dapat tengok Harley Quin, cantik doh! dah berkelip mata ini.

Selepas mengaminkan dan dah bertawakal, laju kereta Grand Livina membelah jalan raya. Tak sampai 3 jam, helok je Fakhri memarkir kereta tu depan homestay yang berdekatan macam yang dah diberitahu Ummu semalam.

Luggage bersaiz sederhana diangkat keluar oleh Saufi dan Ameer, yang ringan Farisah dan Ummu. Tania? Lesap masuk dalam homestay. Tah apelah yang dia fikir, tadi dalam kereta pun helok je dia terbongkang tidur sebelah Fakhri. Memandangkan memang Tania pegang kunci dibiarkan aje gadis tu bukak pintu.

Boleh tahan besar homestay ni, memandangkan mereka berenam so ada cuma ada 2 bilik je. 1 for boys and another room for girls. Memudahkan lagi kerja bila ada bilik mandi dalam bilik girls. So takdelah pelik sangat kalau nak turun mandi ke apa. Simple words, the house so perfecto!

Semua penghuni sibuk memunggah barang-barang yang dibawa. Kenudian susun elok dalam almari. Masih muat memandangkan cuma baju yang bawa tu tak banyak. Cukup untuk mereka yang ada tiga semuanya. Mereka perlu siapkan diri dengan cabaran yang kian menghampiri.



Terowong MisteriWhere stories live. Discover now