Bab 14

3.5K 226 11
                                    


Hakimi POV

"Daniel! Aku pergi kerja dulu! Nanti kalau ada apa apa call aku tau! Bye!"jeritku. Hobi aku memang suka menjerit. Entah dengar ke tidak budak tu.

Enjin kereta dihidupkan lalu keretaku meluncur laju keluar ke tempat kerjaku. Nasib baik jalan clear. Tak jam sangat. Sebab baru pukul 7:15 pagi. Awal lagi.

Aku bercadang untuk melepak di cafe. Di situ aku terserempak dengan Irsa. Wah jodoh dah sampai la. Aku menegur Irsa. Dia seorang di meja makan.

"Awal awak bangun. Selalunya masa sekarang ni membuta lagi kan".ujar Irsa.

"Saja bangun awal. Awak sorang je ke?"soalku.

"Aah. Ira dia kena balik rumah umi dia sebab umi dia sakit. So saya sorang je la".terang Irsa.

"Kejap eh nak cuci tangan".pintaku lalu menapak ke sinki. Pada cermin sinki itu terpantul wajah seorang lelaki di belakangku. Dia merenung tepat ke dalam mataku. Aku menunduk. Wajahku diangkat kembali. Dia dah hilang. Aku terus ke meja Irsa.

"Kenapa awak ni? Macam nampak hantu je". Soalan cliche. Tapi seriously hantu ke tadi?

"Tak..tak ada apa la".jawabku biasa walaupun ada sedikit rasa takut dalam diri ni.

Selepas breakfast bersama,kami ke kereta masing masing. Aku menemani Irsa ke keretanya. Dari tadi aku dapat rasa macam ada seseorang mengekoriku dari belakang.

"Kimi,kereta saya tak boleh nak start la".keluh Irsa.

"Tak boleh start? Urm naik kereta saya la. Saya hantarkan".pelawaku.

"Tak apa ke? Susah la nanti".tolak Irsa.

"Mana ada susah. Jom la".ajakku. Irsa menurut.

Kereta pula aku parking belakang cafe. Sebab tak nak sesak kat depan tu nanti. Jauh sikit la berjalannya. Langkahku terhenti. Irsa turut berhentikan langkahnya.

"Kenapa?"tanya Irsa hairan.

Tadi.....ada orang ikut aku dari belakang. Aku dapat rasa.

"Kimi,kenapa?"tanya Irsa lagi. Aku menggeleng dan terus ke keretaku.

Aku terdengar bunyi klik seperti ada seseorang sedang menarik picu pistol. Badanku serta merta kaku. Irsa memandangku pelik.

Aris POV

Batu di atas jalan aku sepak hingga masuk ke dalam longkang. Nampaknya penuh la longkang tu dengan batu yang aku sepak. Memang banjir la KL ni nanti.

Bang!!

Bang!!

Bang!!

Telingaku cekap mendengar bunyi tembakan. Ada orang buat music video Bang Bang Bang (BigBang)  tu ke? Huh dasyat.

Aku segera mencari punca bunyi itu. Di sebuah lorong. Terdapat seorang lelaki memegang pistol,seorang perempuan dan ada lagi seorang lelaki terbaring di atas jalan.

"Woi! Main pistol tak ajak!"jeritku sengaja menarik perhatian sang penembak itu. Dia menoleh ke arahku lalu melepaskan tembakan padaku.

"Damn!" Tembakan itu terkena pada bahuku. Aku memegang bahuku. Darah semakin banyak keluar. Perempuan itu menjerit ketakutan.

Si penembak itu terus membawa lari mayat (kut la sebab aku tak tahu dia hidup or mati) ke tempat lain. Aku segera mendapatkan perempuan itu.

Tangisan dia. Wajahnya. Mataku melirik pada jam di tangannya. Jam couple. Yeah. Dia Irsa. Aku memegang bahunya. Dia mengangkat wajahnya. Dia menangis teresak esak.

"Aris...."

"It's okay Irsa. Dia dah lari".pujukku.

"Sa..saya takut".ujar Irsa.

"Saya ad...arghh!!" Bahuku terasa makin sakit. Irsa tersentak. Aku rebah ke atas jalan.

"Aris! Aris! Aris bangun! Jangan tinggalkan saya!" Sayup sayup kedengaran suara Irsa memanggilku sebelum suara itu lenyap dari pendengaranku.

*******

The Killer (2)Where stories live. Discover now