Bab 4

5K 323 1
                                    


Rambutku diserabutkan. Aku meraup wajahku. Mahu sahaja aku hantukkan kepalaku di pokok beberapa kali sampai amnesia terus. Aku tak sanggup dah.

Suara kanak kanak bermain di sekitar taman itu menjadi penemanku. Aku perlu tenangkan jiwaku. Aku menghela nafas.

"Seronok sangat! Saya rasa semua masalah saya hilang. Best la. Lain kali kita keluar lagi macam ni. Boleh eh?"

Terimbas memori dulu di kotak fikiranku. Apa aku fikirkan ni? Kenapa aku still tak boleh lupakan dia?

Betul kata orang,bukan mudah untuk melupakan orang yang kita sayang...yang kita cinta. Sangat pedih. Sebab dia sudah pun menjadi sebahagian dalam hidupku.

******

Irsa POV

Air jus mangga di hadapanku langsung tidak berusik. Fikiranku melayang entah ke mana. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku sedang fikirkan sekarang.

"Irsa! Kau dengar tak apa aku cakap tadi?"tegur Ira menghentikan lamunanku. Aku terkebil kebil.

"Ap...apa kau cakap tadi?" Ira melepaskan keluhannya. Aku tersengih sengih.

"Itu lah kau. Suka sangat berangan. Kau kenapa? Sejak dua menjak ni aku tengok kau dah lain. Monyok je pehal? Break dengan boyfriend?"bebel Ira. Aku menghela nafas panjang.

"Aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan ini betul atau pun tak".jawabku. Riak wajah Ira berubah.

"Kenapa? Buah hati kau curang ke? Kau nak bunuh diri? Weh jangan!" Meja ditepuk kuat oleh Ira. Semua memandang ke arah kami.

Kan dah start publisiti murahan di situ.

"Bukan lah".

"Habistu apa? Cuba cerita pada aku. Mana tahu aku boleh tolong kau".pujuk Ira.

"Fasal Aris....."

"Hah dia lagi? Irsa come on lah...move on. Aris dah tak ada. Lepas dia keluar penjara,dia hilang macam tu je. Polis dah cari semula tapi dia tetap tak dijumpai. Dia dah tak ada Irsa. Kau kena terima hakikat".pintas Ira.

"Tak..aku dapat rasakan dia masih hidup,masih bernafas di bumi ni. Dan aku dapat rasakan dia ada berdekatan dengan kita. Hati aku tak salah".bantahku.

"Kalau dia masih hidup,kenapa dia tak cari kau? Dia tak sayangkan kau dah Irsa. Kau ingatkan lagi masa terakhir kau jumpa dia kat balai. Dia cakap apa? Bencikan dia sama macam dia bencikan kau. Tinggalkan dia. See?"tambah Ira.

"Kalau Aris dah tak ada,mana kubur dia?! Selagi aku tak dapat tengok batu nisan dia,selagi tu aku akan cari dia!" Marahku tiba tiba membuak. Ira menenangkanku.

"So,macam mana dengan Hakimi? Kau cakap kau nak Hakimi jadi pengganti Aris,supaya kau boleh lupakan Aris. Tapi tak. Tolong lah Irsa. Jaga hati Hakimi. Dia sayangkan kau. Tapi kau....hati kau masih pada Aris. Apa kata kau lupakan Aris".pujuk Ira.

"Cakap memang la senang. Aris tu dah bertahun bersama dengan aku. Dah aku nak balik. Aku nak relax".ujarku lalu terus beredar. Ira keseorang di restoran itu.

Aku duduk di atas rumput. Memoriku bersama Aris menerjah masuk ke dalam fikiranku. Masih segar di ingatanku. Aku rindu semua itu.

Gelak tawa kanak kanak di taman itu memecah kesunyianku di sini. Sejak Aris masuk penjara,aku rasa kehilangan. Aku rasa kosong.

Badanku dibawa ke keretaku. Aku memandang di sekelilingku. Kalau lah masa boleh diputarkan semula,dah lama aku buat.

Mataku tertangkap pada sesusuk tubuh seseorang. Dia sedang menghulurkan duit pada seorang budak lelaki. Dia beredar.

"Aris".

******

The Killer (2)Where stories live. Discover now