Bab 19

3.3K 207 11
                                    


Haz mengajakku ke suatu tempat. Dia beritahu yang tempat tu boleh hilangkan stress. Kereta diparkir di hadapan sebuah club.

Wait....club??

"Kau memang selalu pergi sini ke apa?"tanya pada Haz yang baru selesai bermesra dengan beberapa orang di dalam club.

"Boleh la. Dalam seminggu tu aku pergi dua or tiga kali".jawab Haz.

Okay nampak sangat kau kaki club dan kaki perempuan. -,-

"So nak buat apa datang sini?"tanyaku lagi.

"Kau memang tak pernah datang sini eh?" Aku menggeleng.

Haz melepaskan keluhan kecil. "Macam biasa la bro. Cari someone yang kau rasa okay or best,and then kau ajak dia duduk dengan kau".terang Haz.

"Macam best...ughh Aris!! Wake up!! Kau dah ada Irsa".

"Sorry bro. Aku tak boleh. Aku balik dulu la. Kau duduk la sini sorang".jawabku.

"Laa kenapa pula? Kau still single and available kan. Tengok tu. Diorang dari tadi usha kau. Jom la join".rayu Haz.

"Tak boleh. Ada hati yang perlu aku jaga. Aku tak nak lukakan hati dia. Aku balik dulu. Bye". Aku menepuk bahu Haz lalu beredar keluar.

Mataku dapat menangkap sesusuk tubuh seseorang. Aku mengintainya. Dia masih sama macam dulu...and wait. Dia ada geng baru? Ramainya.

Marahku masih membuak buak dalam diriku. Dendam aku belum terbalas lagi.

"Just wait and see Naim".

******

Air kotak yang aku minum dicampak masuk ke dalam tong sampah. Mataku tertumpu pada sesusuk tubuh seseorang di bangku. Aku menapak ke arahnya.

"Macam mana awak tahu saya ada kat sini?"tanya Irsa tiba tiba. Aku melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Kebetulan. Awak buat apa?"jawabku. Wajah Irsa seperti dia sedang mengalami masalah.

"Nothing".jawab Irsa pendek. Aku melepaskan keluhan.

"Miss him?"

"Siapa?"

"Hakimi".

Irsa menunduk. Air matanya menitis. Aris apa kau dah buat ni.

"Irsa...I'm sorry". Irsa mengesat air matanya. Irsa bangun lalu beredar meninggalkanku. Aku hanya perhatikannya dari jauh.

Mataku beralih pula pada sesusuk tubuh seseorang di sebalik batang pokok. Di tangannya terdapat sesuatu. Aku tak pasti benda apa tu.

Mataku membulat bila telah dapat kenal pasti benda apa tu. Pistol!! Targetnya Irsa.

"Irsa!! Watch out!!" Peluru dilepaskan lantas aku terus mendakap Irsa dan melarikannya. Peluru itu masuk ke dalam kolam.

Aku memandang sekeliling. Dia sudah hilang.

"Silent pistol".gumamku.

"Huh? Apa awak cakap?" Irsa terpinga pinga dengan situasi sekarang. Aku menggelengkan kepala lalu tersenyum.

"Peluru tadi!"

Aku bingkas lalu terjun ke dalam kolam. Ramai yang memerhati kelakuanku. Aku belum gila lagi. Aku waras.

"Aris! Awak cari apa?! Naik la!"jerit Irsa. Aku pedulikan arahan Irsa tu. Paling penting sekarang ni ialah peluru tu.

Finally!! Aku mengambil peluru itu lalu menyimpannya ke dalam poket seluarku. Aku memanjat keluar dari kolam. Habis basah lecun. Hoodieku dibuka.

"Aris? Awak Aris Daniel?"tanya Irsa. Dah kenapa dia ni. Amnesia?

"Kenapa? Demam eh?" Irsa menampar pipinya.

"Kenapa ni?" Aku memegang tangan Irsa. Irsa terlopong.

"Aris!! Macam mana awak boleh handsome sangat ni?!! Rambut tu. Kenapa lain sangat? Dulu lain. Tadi kenapa awak terjun? Dah gila? Nanti demam siapa susah? Saya juga kan. Terjun kolam pagi buta ni dah kenapa? Tak sejuk ke? Tu ramai orang pandang. Budak tak malu".bebel Irsa.

Bebelan dia bagi orang lain mesti menyakitkan hati kan. Mesti korang dah tampar dia kan suruh berhenti membebel. Tak pun stapler je mulut dia ni kan.

Itu bagi korang. Bagi aku tak. Bebelan dia tak membosankan. Kadang kadang boleh jadi rapper si Irsa ni. Cakap tak ada noktah.

"Okay. Jom balik". Aku menarik lengannya. Irsa tak habis membebel lagi tu. Aku dengar acuh tak acuh sahaja.

******

The Killer (2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang