Bab 1

8.3K 425 7
                                    


Mataku perlahan lahan dibuka. Aku meregangkan segala ototku. Pandanganku beralih ke luar tingkap. Langit biru yang luas terbentang aku tenang. Perkara yang lepas aku cuba lupakan.

Kapal terbang meluncur laju mendarat di atas bumi nyata. Aku mengambil begku. Langkahku diatur keluar dari kapal terbang. Aku rindu. Rindu segala kenangan yang telah aku tinggalkan di sini.

Tetapi aku terpaksa lupakan. Semua memori itu menyakitkan hati aku. Mataku dipejam rapat. Nafas lemah dihela. Aku membuka kembali mataku. Aku akan mulakan hidup baru.

Beg rodaku ditarik. Aku terpaksa berlanggar dengan orang yang di sekelilingku. Sesak. Biasalah hari cuti. Memang ramai orang nak melancong sana sini. Dan seseorang telah melanggarku. Buku yang aku pegang terjatuh ke atas lantai.

"Sorry,sorry. Saya tak sengaja".ujar  gadis itu. Aku  sekadar  memandangnya sahaja. Dia mengambil buku itu lalu memberikan kepadaku. Dia menarik senyumannya lalu beredar. Aku masih tercegat di situ.

"Dia ke? Eh,tak. Kau salah orang ni".kataku sendiri. Aku memerhati gadis tadi. Kelihatan seperti dia sedang menyambut kedatangan seseorang. Dia kelihatan gembira.

Aku terus membawa diri. Memoriku telah kosong. Semua kenangan pahit dan manis aku lupakan. Aku menahan sebuah teksi lalu memberi alamat padanya.

Aku menghulurkan duit kepada pemandu teksi itu sebagai tambang. Aku menapak keluar dari perut kereta. Sebuah rumah teres setingkat berada di hadapanku. Aku menghela nafas berat.

Pandanganku beralih pada rumah bersebelahan dengan rumahku. Sunyi saja. Mungkin tuan rumahnya sedang bercuti sekarang. Aku menapak masuk ke dalam rumah.

Badanku dihempaskan ke atas sofa. Iphoneku berdering lantas aku menjawab panggilan itu.

"Hello,bro! Kau dah sampai KL belum?"terjah Hakimi. Aku menjarakkan sedikit Iphoneku dari telinga. Tak lama dah telinga aku ni.

"Dah sampai. Baru tadi. Kau ada mana?"jawabku. Kedengaran macam bising saja. Maybe Hakimi ada di bandar.

"Aku baru lepas habis dating. Aku on the way nak ke rumah kau. Dalam 15 minit aku sampai. Chaww!!" Hakimi mematikan panggilan.

"Aku tak sempat jawab apa dia dah letak phone. Busy dating heh?"omelku sendiri.

Aku membawa naik begku. Anak kunci dimasukkan ke dalam tombol pintu lalu dikuak perlahan. Beg dicampak ke atas katil. Tingkap dibuka seluas alam. Angin menerpa masuk ke dalam.

"Sorry,sorry. Saya tak sengaja".ujar  gadis itu.

Terlintas di fikiranku fasal perempuan yang terlanggar aku di airport tadi. Kenapa aku rasa semacam? Aku menampar pipiku. Think positive.

Kedengaran bunyi loceng beberapa kali di bawah. Aku memandang ke bawah. Hakimi memandangku. Eyecontact bermula.

"Woi! Buka lah pintu! Panas sia kat luar ni!"marah Hakimi. Aku sengaja membiarkan dia kena goreng di luar itu.

Aku turun ke ruang tamu. Pintu rumah dibuka. Hakimi meluru masuk ke dalam. Dia terus merebahkan dirinya di atas sofa. Pintu aku hempas dengan kuat. Hakimi terlompat dek kerana terkejut.

Kuat sangat ke sampai terlompat macam beruk tu -,-

"Kau kalau dah tak sayang pintu tu,kasi aku je la".kata Hakimi. Aku mengambil tempat di sebelahnya lantas dia memelukku. Aku menolak kasar badannya.

"Kau dah kenapa?"tanyaku hairan.

"Laaa kau ni pahal. Tak boleh ke aku nak peluk kau? Rindu ka sia! Kau duduk kat Korea tu lama lama pahal! Aku tengok kau pun dah lain! Putih dari aku,rambut style Korea. Wey senang cerita,kenapa kau tak daftar jadi orang Korea terus. Tak payah balik Malaysia dah".bebel Hakimi.

"Kau juga kan yang suruh aku balik. Sekarang bila aku dah balik,kau halau aku pergi Korea semula. Kalau aku tahu lebih baik aku tak payah balik".jawabku.

"Alololololo....aku gurau je la. Meh sini".pujuk Hakimi.

"Aku bukan budak la bro. Dah aku nak rehat. Kau buat la macam rumah sendiri. Jangan bersepah sudah".kataku lalu naik ke atas.

******

The Killer (2)Where stories live. Discover now