Irsa meronta ronta minta dilepaskan. Genggaman Fakhrul makin kuat. Sanggup Fakhrul sakitkan tunang dia sendiri.Perasaan marah semakin membuak buak. Walaupun Irsa sudah menjadi sejarah dalam hidup aku tetapi hati aku tetap sakit sebab Fakhrul sakitkan Irsa.
"Aku beri kau dua pilihan. Sama ada kau menyerah diri untuk aku bunuh kau atau Irsa akan jadi mangsa bunuh aku".ugut Fakhrul. Dia mengacukan pistol pada kepala Irsa.
Menyerah diri atau biarkan Irsa dibunuh depan mata aku sendiri?
"Aku kira dalam sepuluh....".
Apa aku nak buat?
"Sembilan".
Wajah Irsa seperti menyuruhku pergi dari sini. Tapi aku tak boleh.
"Lapan".
Fikiranku mula serabut.
"Tujuh".
Menyerah diri?
"Enam".
"Bunuh Fakhrul....dia dah sakitkan Irsa....".
"Lima".
Macam mana aku nak bunuh Fakhrul? Jarak antara aku dan dia agak jauh. Kalau aku baling pisau ni belum tentu kena pada dia. Silap silap terjatuh atas tanah.
"Empat...cepat Aris...masa berjalan".
Fakhrul tersenyum sinis.
"Tiga".
Aku tak dapat tipu perasaan ni. Aku masih sayangkan Irsa.
"Dua".
Dia masih sebahagian dalam hidup aku.
"Satu".
And I'm still love her.
"Apa pilihan kau?"
Aku memandang wajah Fakhrul dan Irsa. Air mata Irsa sudah mengalir.
"Lepaskan Irsa. Bunuh aku".
"Aris! Apa awak buat ni?!" Irsa tersentak dengan jawapanku. Aku melepaskan keluhan.
"I'm sorry Irsa. Tak ada gunanya saya hidup dalam dunia ni kalau saya dah bunuh ramai orang yang tak bersalah". Keluhan dilepaskan. Aku terpaksa bela orang yang dah arwah tu. Mereka semua memang buat salah pada aku tapi aku maafkan dengan cara yang salah. Iaitu cara membunuh.
"Saya tahu awak tak salah".
"Tak Irsa. Memang salah saya". Aku tetap pertahankan pendirianku.
"Jangan nak salahkan diri awak. Saya dah tahu semuanya. Fakhrul yang rancang semua ni sejak kolej lagi. Saya tahu dia kawal otak awak untuk bunuh semua orang supaya saya benci pada awak".
Ouh dia dah tahu. Kenapa tak cakap awal awal? Tak ada la panjang skrip aku nak membebel tadi. Buang masa je la.
"Dah episod berapa drama korang berdua ni hah?"celah Fakhrul.
"Lepaskan Irsa. Kau bunuh la aku. Tapi janji dengan aku yang lepas ni kau tak akan ganggu hidup Irsa lagi".ujarku.
"Okay kalau itu keputusan kau. Aku setuju". Irsa ditolak ke tepi. Fakhrul menapak ke arahku. Pistol di tangannya mula mengacu padaku.
"Letak pisau bawah". Ceh lagak polis betul la mamat ni.
Aku menurut. Pisau dicampak ke atas tanah. Aku berdiri di hadapan Fakhrul tanpa melakukan apa apa.
"Dah sedia untuk mampus? Ada kata kata akhir?"soal Fakhrul.
"Aku benci kau".gumamku.
Satu tembakan dilepaskan tepat pada bahuku. Aku rebah dia atas tanah bersama lumuran darah pada bahuku.
"Aris!" Irsa mendapatkanku. Fakhrul sudah melarikan diri. Dia mengangkat kepalaku lalu diletakkan di atas ribanya.
"Irsa....saya...."
"Sabar Aris. Jangan cakap. Saya call ambulans".
Pandanganku kabur. Wajah Irsa menjadi tatapan terakhirku. Dunia menjadi gelap.
******
Irsa POV
Keretaku diparkir di hadapan hospital. Aku menapak keluar dari perut kereta. Langkah diatur masuk ke dalam dan terus ke wad.
Pintu dikuak perlahan. Aku memandang sekeliling. Tiada sesiapa. Di katil juga sudah berkemas. Aku bertanya pada seorang nurse di situ.
"Maaf ganggu saya nak tanya. Pesakit ni mana eh?"soalku. Aku mengharapkan jawapan yang positif darinya.
"Dia baru daftar keluar awal pagi tadi".jawabnya.
"Terima kasih". Aku melepaskan nafas lega.
"Cik, ni ada surat untuk cik. Pesakit ni suruh saya beri pada cik". Dia menghulurkan sepucuk surat padaku. Aku menarik senyuman lalu menapak pergi.
Putri Irsa Amani
Irsa,semasa awak sedang membaca surat ni mungkin saya dah tak ada. Saya bersyukur sangat sebab dapat kawan macam awak. Saya sayangkan awak Irsa. Saya minta maaf sebab pergi tanpa beritahu apa apa pada awak. Saya terpaksa. Saya tahu hati awak terluka sekarang. Tapi saya nak awak janji dengan saya yang awak kena kuat. Saya tak suka tengok awak sedih. Walau apa pun terjadi pada awak, awak kena kuat. Saya tahu awak boleh. Saya akan pergi Irsa. Jangan cari saya. I will miss you. Goodbye Putri Irsa Amani.
From
Aris DanielTAMAT
YOU ARE READING
The Killer (2)
Mystery / ThrillerPembunuh asal telah kembali. Telah dibebaskan dari dunia gelap ke dunia luar. Keadaan sekeliling memaksa dirinya menjadi seperti dulu. Seorang demi seorang dibunuh dengan kejam. Hanya disebabkan dendam yang lama,orang di sekeliling menjadi mangsa...