Bab 20

3.6K 216 10
                                    


Someone POV

Mesyuarat agong diadakan di rumahku. Semua ahli sudah mengambil tempat masing masing.

"Macam mana boleh tak tepat sasaran?!"tengkingku. Muka masing masing sudah mula cuak kecuali si budak selamba tu. Mana pernah cuak budak tu. Ada aku lempang juga budak ni kang. Siapa lagi kalau bukan Ed.

"Aku dah target tapi Aris tiba tiba datang. Konon hero la".jawab Joe. Aku mendengus kuat bila mendengar nama Aris. Pantang betul aku bila dengar nama dia.

"Sebenarnya kan kita nak target Irsa ke nak target Aris?"tanya Paan teragak agak.

"Target aku yang sebenarnya Aris. Tapi Irsa tu pun dalam plan aku juga. Dia rapat dengan Aris. Kalau aku bunuh Aris je nanti Irsa tu syak aku bunuh Aris lepastu aku masuk penjara".terangku panjang lebar.

"Tapi aku ada tengok hari tu ada sorang lelaki ni jumpa Aris hari tu. Kat club semalam. Dia dengan Aris".tambah Paan.

"Kau salah tengok tu kut. Aris mana pergi club. Seumur hidup dia,dia mana pernah jejakkan kaki dia kat club".jawabku.

"Tapi memang betul tu dia".

"Apa bukti kau?"tanyaku.

"Dia pakai baju warna hitam. Kasut nike putih. Jam dia pakai warna hitam belah kanan. Dia pakai hoodie dan mask".terang Paan.

Okay aku percaya. Memang detail betul dia ni.

"Kau kenal ke siapa mamat dengan dia tu?" Paan menggelengkan kepalanya.

"Okay macam ni. Aku rasa Aris tu pasang bodyguard la. Nampak macam dia main kasar kali ni. Kita buat plan baru. Jom!"arahku. Kami ke bilik khas.

******

Aris POV

Keluhan dilepaskan. Mataku melilau mencari kelibat seseorang. Dah hampir dua jam aku tunggu dia. Aku pun dah penat tawaf satu mall ni.

"Ris....huh...huh...sorry lambat. Tadi ada orang kejar aku".ujar Haz dalam keadaan tercungap cungap. Rambutnya berserabai. Muka berpeluh.

"Cuba kau lap peluh kau tu dulu. Rambut tu dah macam apa aku tengok".kataku. Haz tersengih. Dia mengambil cap lalu dipakaikan ke kepalanya.

"Siapa yang kejar kau? Peminat?"tanyaku.

"Peminat? Heh aku nak ada peminat lambat lagi. Lain la kau. Beza aku dengan kau macam langit dan bumi tau".bebel Haz.

Haa ya la Haz ya la. Kau asyik jawab benda sama je. Aku boleh hafal skrip kau tu. Tak ada ayat lain ke nak cakap? Tukar author la lepas ni.

"Sekarang ni aku tanya siapa yang kejar kau. Bukannya aku suruh kau membebel macam nenek depan rumah aku tu".marahku.

"Relax la. Aku tak tahu siapa kejar aku. Aku nampak dia ikut aku dari belakang. Lepastu aku lari macam lipas kudung".terang Haz.

"Tak kan la geng mamat tu pula?"

******

Pakaian serba hitam aku pakai hari ni. Kalau nak tahu pergi usha media kat atas. Itu lah Aris Daniel. Heh....

Aku bersiul sambil berjalan di bahu jalan. Sunyi. Gelap. Aku jadi creepy clown kejap. Tapi aku tak pakai la macam badut tu.

Aku terdengar derapan kaki seseorang dari belakang. Ada peminat ikut aku dari belakang ke. Hahaa perasan ._.

Makin lama dia makin hampir denganku. Langkahku terhenti. Dia menyerang hendap dari belakang. Tapi aku sempat elak. Dia rebah ke atas jalan dengan darah yang berlumuran di dadanya.

Aku tersentak. Kakiku seakan akan tergam di situ. Pisau ditanganku jatuh di atas jalan tar.

"Kenapa aku jadi macam ni lagi?"

******

The Killer (2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang