Hakimi memaut bahuku sambil berjalan beriringan di dalam mall. Ramai orang memandang kami sambil tersenyum senyum. Mungkin sebab rupa paras kami yang sama.Tapi aku dan dia hanya sepupu rapat. Aku dan Hakimi rapat sejak kecil. Tapi sejak arwah ibu meninggal,aku dan Hakimi dah jadi orang asing. Hakimi dah tolong aku keluar dari penjara tu. So aku banyak terhutang budi pada dia.
"Comel la diorang tu".
"Gay ke?"
Ehem..aku belum pekak lagi la! Dan aku bukannya gay! Hakimi je yang ada penyakit gay dalam diri dia. Dia juga suka buat lawak gay. Aku dah biasa dengan dia.
"Wey,nak pergi mana? Aku bosan ar. Dari tadi asyik round sini je".keluh Hakimi.
Cehh tadi dia juga yang beria sangat nak round bandar. Bila dah round dia merungut bagai la pula. Aku siku juga kang.
"Wayang jom. Lama tak layan movie".cadangku. Hakimi mengangguk setuju.
Hakimi beria ria nak couple sit tapi semua dah penuh. Dia berpeluk tubuh sambil bersandar pada dinding. Aku memilih sit kami dan membeli makanan.
Kami duduk di barisan tengah. Senang nak tengok movie kalau dapat sit kat sini. Hakimi tidak bersuara sejak tak dapat couple sit tadi. Dia hanya mengunyah popcorn yang aku beli tadi.
"Kimi cakap la. Jangan la diam je. Bosan la. Movie tak start lagi. Iklan jer belambak. Cakap la dengan aku".pujukku. Hakimi memandangku lalu mencubit pipiku. Aku menggosok pipiku. Sakit siaaa....
"Sakit la. Kau dah kenapa?"marahku. Hakimi tergelak kecil.
"Comel la bila kau pujuk aku. Geram. Sebab tu aku cubit pipi kau".jawab Hakimi. Aku mendengus.
Comel dia cakap? Aku bukan budak kecil la. Terlintas di fikiranku fasal Irsa.
"Kenapa aku rasakan dia ada berhampiran dengan aku?"
Mataku melilau mencari kelibat Irsa. Gelap. Mana la nampak apa. Movie dah start.
"Eh awak ada kat sini?"tegur seseorang pada Hakimi.
"Laa Irsa. Saja hujung minggu layan movie".jawab Hakimi biasa.
Damn. Irsa rupanya. Nak lari mana. Menyesal aku pilih sit tengah. Irsa duduk di sebelah Hakimi. Hanya selang sebuah kerusi sahaja. Kelihatan Irsa bersama kawannya,Ira.
Aku menyarungkan kepalaku dengan hoody. Cermin mata hitam dipakai. Biar la orang cakap aku gila ke apa sebab pakai spek hitam masa tengok wayang.
I don't care.
Aku melihat jam di tanganku. Baru lima belas minit aku duduk layan movie. Lambat lagi ke nak habis. Cadang nak layan movie ni dengan Hakimi just hilangkan stress je. Tapi tak sangka pula Irsa datang sekali.
Adakah ini dinamakan jodoh? Okay Aris stop la. Move on please.
Mataku dipejam rapat. Aku sanggup tidur sampai habis movie ni. Biar lah bazir duit pun. Asalkan Hakimi tak join aku tidur sekali la. Kalau tak memang aku suruh dia bayar balik la duit aku.
"Daniel? Wey bangun la. Daniel?" Bahuku digerakkan beberapa kali. Aku memandang sekeliling.
"Movie dah habis?"tanyaku mamai.
"Dah berzaman habis. Kau syok je tidur eh. So selama ni aku cakap sorang je la".marah Hakimi.
"Cakap sorang?"
"Ye la. Mana aku tahu kau tidur. Aku cakap dengan kau dari movie start sampai la habis. At the end baru aku sedar kau tidur".bebel Hakimi. Aku terus bangun dan keluar.
"Woi Daniel!"jerit Hakimi.
Lantak kau la. Malas aku layan.
******

ANDA SEDANG MEMBACA
The Killer (2)
Misterio / SuspensoPembunuh asal telah kembali. Telah dibebaskan dari dunia gelap ke dunia luar. Keadaan sekeliling memaksa dirinya menjadi seperti dulu. Seorang demi seorang dibunuh dengan kejam. Hanya disebabkan dendam yang lama,orang di sekeliling menjadi mangsa...