Irsa POVEnam tahun telah berlalu. Begitu pantas masa bergerak pergi meninggalkan kita. Umurku telah mencecah 25 tahun. Kini aku sudah bekerja sebagai seorang cikgu di sebuah sekolah menengah di KL.
Aku duduk di meja kopi sambil menyelak beberapa helai muka surat buku latihan pelajarku. Aku malas betul nak check. Hari ni mood aku down. Maafkan cikgu kalau tersalah tanda.
"Haih Irsa. Kenapa ni? Ada masalah ke?"tegur mama. Aku menggelengkan kepalaku. Hubungan aku dan mama sudah baik semula. Aku dah dapat terima keluarga tiriku.
"Habistu,kenapa sedih je ni? Cuba share dengan mama".sambung mama lalu duduk di sebelahku. Aku meletakkan pen merah di atas buku latihan. Badanku menghadap pada mama.
"Maa...Irsa rindu Aris. Dah enam tahun Irsa tak jumpa dengan Aris. Irsa nak jumpa dia. Irsa sayang Aris..ma".jawabku sayu. Air mataku mula mengalir. Hati aku dah tak dapat tahan. Terlalu rindu.
"Irsa...dengar sini. Aris dah tak ada. Irsa kena terima. Irsa tak boleh jumpa dia dah".pujuk mama sambil mengusap perlahan belakang badanku.
"Tak..Aris masih hidup ma. Irsa dapat rasa dia masih ada".bantahku. Mama mengeluh berat.
"Kalau Aris tu masih hidup,kenapa dia tak datang cari Irsa? Kenapa dia sanggup buat Irsa macam ni?"tanya mama. Aku berfikir sejenak.
"Dah la Irsa. Lupakan Aris. Anggap la dia dah tak ada,okay. Mama nak masak dulu".ujar mama lalu beredar ke dapur.
Memang senang mama cakap. Bila cakap tu memang mudah tapi bila nak lakukan itu sukar. Aku tak kan lupakan Aris walaupun dia tak ada.
"Okay,now listen. Dalam hidup saya mana ada orang lain selain awak. Saya mana ada kawan yang childish macam awak ni haa. Saya ada awak je Irsa. My heartbeat always call you whenever it wants to".
Masih segar di ingatanku memori aku bersama Aris dahulu. Sudah pelbagai cara aku lakukan untuk lupakan dia,tapi tetap tak berhasil. Hati aku,masih untuk dia. Dah terbuku di hati ni yang Aris seorang sahaja yang aku sayang.
"Where are you,Aris? I miss you".
******
"Daniel,jom main ice skate. Lama tak main doe".ajak Hakimi.
"Aku? Kau? Kita? Main ice skate?"aku terpinga pinga.
"Haa yer lah. Jom arhh. Bukannya selalu nak spend time dengan kau sorang".pujuk Hakimi.
"Ya lah ya lah..kau ni serupa budak budak".kataku. Hakimi terus menarik tanganku. Err dia ni gay ke apa?
Sementara menunggu Hakimi mengambil kasut,aku hanya melihat budak budak bermain di situ. Mataku beralih pada lelaki yang memberi kasut pada seorang perempuan. Girlfriend dia. Huh..
Dan aku teringat.
"Main la. Tak kan nak suruh makan pula".
Kenapa semua memori dulu datang balik pada aku? Aku terus beredar ke tempat lain. Aku tak boleh lama lama di situ.
"Okay dah....aik? Wey Daniel!"panggil Hakimi. Sorry Kimi,aku tak ada mood sekarang. Kau main lah sorang. Aku nak alone kejap.
Irsa POV
Aku berjalan di sekitar bandar seorang diri. Kelihatan seseorang melambai tangan ke arahku. Aku terus menapak ke arahnya.
"Buat apa kat sini?"soalnya.
"Saja...jalan jalan. Bosan la duduk rumah".jawabku biasa.
"Kalau bosan,jom main skate".ajaknya.
"Eh dah ada dua pasang kasut? Cepatnya awak ambil".kataku hairan.
"Tadi saya datang dengan kawan saya lepastu dia blah macam tu je".jawabnya geram.
"Mana kawan awak tu?"tanyaku.
"Tu".
Aku menoleh ke belakang. Waitt...kenapa hati aku mengatakan itu dia.
"Aris?"
******

ANDA SEDANG MEMBACA
The Killer (2)
Mystery / ThrillerPembunuh asal telah kembali. Telah dibebaskan dari dunia gelap ke dunia luar. Keadaan sekeliling memaksa dirinya menjadi seperti dulu. Seorang demi seorang dibunuh dengan kejam. Hanya disebabkan dendam yang lama,orang di sekeliling menjadi mangsa...