Bab 6

4.6K 318 26
                                    


Hakimi POV

Lorong yang gelap dan kecil itu terpaksa aku lalui. Kereta jauh. Parking kat hujung dunia. Mana taknya lenguh kaki aku nak berjalan ke sana. Aku bersiul sambil berjalan.

Telingaku dapat menangkap derapan kaki seseorang dari belakangku. Aku berhenti bersiul. Aku berhenti. Dia berhenti. Aku berjalan laju. Dia turut berjalan laju.

"Siapa pula nak usha aku malam buta macam ni?"

Langkahku terhenti. Aku menghela nafas. Perlahan lahan aku menoleh ke belakang. Aku tersentak.













































Tiada sesiapa di belakangku. Hantu ke yang ikut aku tadi. Kotak di hujung bangunan itu tergerak. Aku memerhati kotak itu. Langkah diatur ke kotak itu.

Lantas aku menendang kotak itu. Kucing hitam rupanya. Aku mengambil kucing itu. Terdapat sesuatu pada lehernya. Nota yang diselitkan pada rantai lehernya.

Aku membuka lantas membaca isinya. Sempat juga aku memerhati sekelilingku. Tiada sesiapa.

Aris Daniel,right? Wait and see.

Dahiku berkerut seribu. Macam mana dia kenal aku? Nota itu dimasukkan ke dalam poket seluarku.

Aku terus mengorak langkah seribu ke kereta. Aku terus masuk ke dalam perut kereta. Nafasku tercungap cungap.

"Kau dah kenapa? Ada larian marathon ke apa?"tanya Daniel sambil bermain henfonnya.

"Marathon nenek kau! Ni hah! Aku jumpa! Ada nama kau!"marahku. Daniel terus mengambil nota itu dari tanganku lalu dia terus membaca isinya.

"Nota apa ni? Kau jumpa kat mana? Siapa beri?"tanya Daniel bertubi tubi.

"Sabar lah. Penat ni".keluhku. Daniel mendengus.

"Okay okay. Aku tak tahu siapa yang beri. Aku jumpa pada rantai leher seekor kucing hitam kat lorong tu".terangku. Riak wajah Daniel seperti biasa sahaja.

"Eh kau nak pergi mana tu?"tanyaku bila Daniel keluar dari perut kereta. Dia berjalan ke arah lorong tadi. Aku mendapatkannya.

"Daniel! Kau cari apa?!"jeritku. Dia tidak mendengar. Ataupun sahaja tak dengar. Geramnyaa aku!

"Daniel!" Aku menarik tangannya. Dia menoleh ke belakang.

"Kau cari apa lagi? Jom lah balik. Seram siot kat sini".ujarku.

"Kalau kau penakut,kau balik. Aku boleh balik dengan teksi nanti".jawab Daniel tegas.

Wow apa hal dengan kawan aku sorang ni. Kena sampuk ke apa.

"Aku ikut kau la". Terpaksa la aku ikut dia. Nak balik sorang? Memang tak la.

Daniel menyelongkar di celah celah kotak itu. Aku sekadar memegang tangannya sambil memandang sekeliling.

"Kau cari apa wey? Jom ar balik".kataku. Daniel mendengus kuat.

"Sabar lah. Mesti ada something ni. Aku nak cari siapa yang hantar nota ni pada aku".bebel Daniel.

Degil betul lah dia ni.

"Haihh..tak ada. Licik betul orang tu".gumam Daniel.

"Dah jom balik. Tak ada,kan".ajakku lagi.

"Ye lah. Kau ni. Jom". Daniel akur.

Tanpa mereka sedar,terdapat sepasang mata memerhati gerak geri mereka.

Someone POV

"Aris Daniel...hidup lagi kau...."

******

Jam sudah menandakan pukul 12 tengah hari. Matahari sudah tegak di atas kepala. Aku masih berbungkus di dalam selimut.

"Assalamualaikum!!"panggil seseorang dari luar rumah.

"Siapa pula yang datang pagi buta macam ni?"marahku. Aku mencampak selimut di bawah. Lantas aku turun ke bawah.

Hakimi? Dia pergi kerja. So aku alone,lonely dan seangkatan dengannya.

Pintu rumah dikuak. Aku meregangkan segala ototku. Aku memerhati susuk tubuh yang berada di pagar rumahku. Aku mendapatkannya tapi lagi setapak aku hampirinya, langkahku terhenti.

Aku tersentak. Terkelu. Terkedu. Terkilan. Terpaku. Terkaku. Segala ter.

"Aris?"

"Irsa".

******

Irsa and Aris...author shipp!! Hehehehee Aris dah jumpa Irsa. So macam mana? Nak diorang bersatu semula? Tapi Hakimi suka Irsa. Huhh..pening...and siapa 'someone' tu..hehhh..siapa??

Korang try la teka

The Killer (2)Where stories live. Discover now