Bab 23

3.1K 199 14
                                    


Aku membawa diri di tengah bandar. Berjalan tanpa hala tuju. Tujuanku ke sini hanya untuk melawat arwah ibu sahaja. Setiap kali aku buat salah aku akan pergi lawat ibu. Entah kenapa.

Aku terserempak dengan seseorang. Dia dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Masih sama. And kenapa la dunia ni kecil sangat? Kat sini juga la dia ada.

"Oh maiii godd!! The killer ada kat sini la...urmm takutnyaa".sindir Layla. Aku mendengus geram.

"Hey Layla kau diam la. Sekarang ni aku nak tanya Naim mana?"tanyaku tegas. Layla menjulingkan matanya ke atas.

"Kenapa u cari dia? Nak bunuh dia? Hey dah tak ada kerja lain ke?" Layla berpeluk tubuh.

"Aku tanya je la. Mana laki tak betul tu hah?!"marahku. Serta merta Layla menampar pipiku dengan kuat di hadapan khalayak ramai. Publisiti murahan bermula.

"Jangan sesekali hina dia. Kau lagi teruk la daripada dia".gumam Layla lalu menapak pergi. Aku mendengus geram.

******

Setelah seminggu aku menghilangkan diri,aku pulang ke rumah tanpa pengetahuan Haz dan Irsa. Aku ke tempat persembunyianku. Mayat lelaki itu sudah mula mereput.

Aku malas nak tanam. Bau bangkai menerjah masuk ke dalam hidungku. Lantas aku memakai mask. Kain hitam yang menutupi badan mayat itu aku buka.

Sarung tangan dipakai. Cehh macam gaya doktor bedah je rasa. Aku meneliti mayat lelaki itu.

Siapa dia? Kenapa dia serang aku? Dia nak bunuh aku? Tapi kenapa? Apabila difikirkan semula,tak kan la bos serang dulu kan. Confirm ada anak buah dia serang dulu. Aku dapat rasa mamat ni just anak buah someone.

Tapi siapa ketua dia?

Mataku dapat menangkap something yang ada di dalam poket seluarnya. Aku menyeluk dan mengeluarkan benda di dalamnya. Handphone.

"Nasib baik tak ada password".kataku sendiri. Aku membuka contact list. Memang ramai. Nama contact dia pun pelik je semua. Aku terus scroll ke bawah.

Aku berhenti scroll. Nombor phone dia macam aku kenal. Orang yang dah lama aku cari. Aku membuka aplikasi whatsapp.

"Ouh nama mayat ni Ed". Mataku membulat bila membaca mesej dia dan bosnya. Diorang seperti sedang rancang sesuatu.

Lagi mengejutkan bila aku dapat tahu bos dia siapa. Rancangan diorang memang teliti. Diorang rancang nak bunuh aku.

Bos diorang ialah

























































































Naim Daniel.

******

Naim POV

Aku bergegas turun ke bawah. Paan,Bob dan Joe sedang bersarapan di dapur. Aku menghampiri mereka.

"Wey korang. Handphone Ed mana?"tanyaku tiba tiba.

"Pada dia la. Dia dengan handphone kan mana pernah berpisah".jawab Joe selamba. Okay sekarang dia pula yang jadi selamba. Pewaris Ed.

"Erm bagus la! Semua plan kita hancur!"marahku.

"Kenapa pula?"tanya Bob.

"Semua plan yang aku rancang,aku beritahu pada Ed".jawabku.

"So?" Joe masih blur dengan jawapanku. Aku mendengus geram.

"Nanti dia baca la bengap! Dia tahu semua plan kita!" Boleh dapat darah tinggi aku kalau macam ni.

"Siapa dia?" Joe,kau pernah makan kaki tak?

"Aris la. Siapa lagi".celah Paan. Huh nasib baik ada si Paan ni.

"Ouh".

"So macam mana?"

"Kita ubah plan".gumamku.

"Ubah plan? Again? Berapa juta kali nak ubah plan? Idea aku dah kering".rungut Joe.

Masalahnya aku yang rancang plan selama ni. Dia bukan membantu pun.

"Kalau kau nak mati awal,kita guna la plan lama. Aris tu licik. Dia ada di mana mana. So korang pandai la jaga diri. The killer dah buat comeback".

******

The Killer (2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang