Bab 5

4.8K 310 8
                                    


Punggung dilabuhkan di atas sofa. Pintu rumah dikuak perlahan. Hakimi terus melompat ke arahku. Dia mencampakkan jaketnya ke bawah.

"Asal kau lari tadi?"tanya Hakimi tegas. Wajah seperti marah sahaja.

"Aku ada hal tadi. Urgent. Lepastu aku terus balik rumah".bohongku.

"Haih...kau tahu tak tadi masa kau dah blah tu,girlfriend aku datang. So aku ajak dia main dengan aku".ujar Hakimi.

"Ouh ye ke? Boleh tak kau bagi je gambar dia? Aku nak tengok".kataku. Hakimi segera mengeluarkan henfonnya. Dia membuka galeri lalu menghulurkan padaku henfon itu.

"Itu lah buah hati kesayangan aku".

Aku terkelu. Dalam banyak banyak perempuan dalam dunia ni,kenapa dia juga yang jadi girlfriend Hakimi?

"Haish dah lah tu. Asyik tenung je gambar tu. Tahu la cantik. Dia aku punya. Kalau kau nak,pergi cari yang lain. Ramai lagi kat luar sana tu".bebel Hakimi lalu membawa dirinya ke dapur.

Aku turut ke dapur. Seribu satu soalan bermain di mindaku sekarang. Kerusi ditarik lalu aku melabuhkan punggung di meja makan.

"Macam mana kau kenal dia?"tanyaku pada Hakimi yang sedang mencari sesuatu di rak dapur.

"Kebetulan. Aku terlanggar dia..."

"Cliche nya cerita kau. Tak boleh cliche lagi ke?"celahku. Hakimi mendengus geram.

"Aku tak habis cerita lagi la. Aku terlanggar dia dengan kereta. Kaki dia terseliuh. Aku tak perasan dia kat belakang kereta aku. Sejak tu aku rapat dengan dia. Dia pun ada cakap yang muka aku ni ada iras dengan muka boyfriend dia dulu".terang Hakimi.

"Dia nak couple dengan kau sebab muka kau sama macam aku...

"Huh? Apa kau merepek?" Hakimi terpinga pinga.

"I mean muka kau sama macam boyfriend dia dulu? Sebab tu je ke?" Nasib baik aku cepat cover.

"Entah".

"So macam mana korang boleh couple?"

"Actually kitaorang tak couple lagi. Just kawan rapat and aku suka dia tapi tak tahu la dia suka aku ataupun tak. And aku harap sangat yang cinta aku ni tak bertepuk sebelah tangan".jawab Hakimi panjang lebar.

Nafas lemah dihela. Aku janji dengan kau Hakimi. Cinta kau tak kan bertepuk sebelah tangan.

"Kau tanya macam wartawan ni dah kenapa?" Hakimi menghentikan lamunanku. Aku hanya menarik senyuman kelat.

"Aku nak rest". Aku terus naik ke atas.

Irsa POV

Aku memandu pulang ke rumah. Fikiranku jauh melayang. Aku menumpukan sepenuh perhatian terhadap jalan. Nanti accident tak fasal fasal masuk hospital.

"Kenapa kawan Hakimi tadi tu nampak macam Aris? Ke fikiran aku memang ada Aris je sekarang?" Soalan yang sering kali muncul setiap kali aku ternampak kelibat seperti Aris.

Kereta diberhentikan di hadapan rumah Hakimi. Kenapa aku pergi sini? Sebab nak pulangkan powerbank Hakimi. Pinjam lupa nak beri balik. Haihh...

"Assalamualaikum!! Kimi!!"panggilku. Rasa macam dah nak terkeluar dah anak tekak ni. Hakimi muncul di muka pintu. Dia menapak ke arahku.

"Ada apa?"tanya Hakimi. Tanganku terkebil kebil mengeluarkan powerbank di dalam beg tanganku.

"Nah...saya nak pulangkan balik. Awak punya kan". Aku menghulurkan powerbank padanya. Kenapa aku rasa gugup ni? Kalau dengan Aris aku okay je.

"Ouh okay. Thanks Irsa".jawab Hakimi.

Pandanganku teralih pada tingkap sebuah bilik. Susuk tubuh seseorang di dalam bilik itu.

"Awak tinggal dengan siapa?"tanyaku tiba tiba.

"Kawan. Kawan lama".jawab Hakimi biasa.

"Sia...."

"Hakimi!! Woi!! Naik atas jap!!"panggil kawan Hakimi itu dari atas.

"Haa!! Kejap!! Irsa saya naik dulu..bye". Hakimi meluru masuk ke dalam rumah.

Aku masih terpinga pinga.

"Suara tu aku kenal sangat. Dah lama aku tak dengar suara tu. Suara Aris. Yes..aku yakin. Memang betul. Selama ni memang Aris yang aku nampak. Aku nak jumpa dia. Tapi macam mana?"

******

The Killer (2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang