Bab 13

3.4K 227 6
                                    


Tepat pukul 12:30 malam aku telah tiba di bus stop. Haz berlari anak mendapatkan aku sambil membawa seplastik organ. Perutku sudah mulakan peranannya. Lapar siot.

"Nah..huh..huh...upah aku mana?" Laju kau minta upah ye.

Aku mengeluakan dompetku lalu menghulurkan empat keping not seratus pada Haz. Haz tersenyum kambing.

"Thanks".kataku. Haz menangguk kecil. Dia terus menapak pergi. Terlintas satu idea di fikiranku.

"Haz berhenti! Sini kejap!"panggilku. Haz akur lalu menapak ke arahku semula.

"Kenapa?"tanya Haz hairan.

"Kau ada kerja ke sekarang?"

"Kerja? Tak ada. Semua interview aku pergi tak ada pun yang nak ambil aku sebagai pekerja diorang".jawab Haz.

"Okay good. Kau nak kerja tak tapi kerja ni tak ada interview bagai tu. So kau jangan risau".cadangku.

"Kerja apa tu? Aku okay jer".jawab Haz berminat.

"Kerja dengan aku. By the way umur kau berapa eh?"

"Umur aku 19". Laa 19 tahun ke. Muka macam umur 16 tahun je aku tengok. Baby face? Agak la. Tapi muka dia tak jambu pun. Muka lelaki.

"Kau kerja apa? Apa aku kena buat? Gaji dapat ke?"tanya Haz bertubi tubi.
"Kau kerja je dulu dengan aku. Fasal gaji kau jangan risau. Aku bayar kau gaji".terangku.

"So bila boleh mula?"

"Kerja aku ni jenis yang tak ikut masa. So kau start latihan malam esok. Pukul 12:30 malam kau kena terpacak kat sini. Nanti aku datang lepastu bawa kau tempat latihan".terangku panjang lebar.

"Latihan? Macam budak sekolah je aku rasa".

"Ada ke orang mula kerja terus buat kerja dia? Kena ada latihan,tunjuk ajar bagai tu kan. Tak kan la first time masuk kerja dah pandai buat kerja tu".bebelku. Haz tersengih sengih.

"Okay okay. Esok aku datang". Haz terus menunggang motornya. Aku mengatur langkah ke.....mana mana jer la. Tak kan la aku nak bawa balik organ ni kan. Berbau pula kang rumah tu. Dah lah Hakimi selalu tidur bilik aku. Cancel plan balik rumah.

Terpaksa la aku makan di bawah jambatan malam ni. Sunyi. Okay line clear. Aku terus membuka plastik itu. Terdapat usus,jantung dan hati. Semua macam baru lagi.

Aku peduli apa. Yang penting aku dapat makan. Dah hampir enam tahun aku tak makan benda mentah macam ni. Selesai melahap hingga licin,aku mencampak plastik yang penuh dengan darah itu ke dalam longkang.

Telingaku dapat menangkap derapan kaki seseorang. Makin lama makin hampir denganku. Aku bersedia untuk bertindak jika berlaku apa apa.

Kedengaran seperti dia sedang menyelongkar sesuatu di belakang. Aku menoleh. Hanya seorang gelandangan yang mahu tidur di bawah jambatan.

Aku terus mengatur langkah pulang ke rumah. Agak jauh jarak dari jambatan itu ke rumahku. Mengambil masa yang lama. Tambahan pula,aku sedang berjalan kaki bukannya memandu kereta.

Jam sudah menunjuk pada pukul 5 pagi. Lama juga aku keluar. Sambil perjalanan pulang ke rumah,aku sempat berjalan di sekitar bandar. Sebab tu lambat sampai rumah.

Kelihatan Hakimi berada di muka pintu. Dia tersentak bila melihatku. Bajuku yang sudah dibasahi dengan darah.

"Wey Daniel?! Kau okay tak?! Darah apa ni?!"tanya Hakimi terkejut. Kuat lagi boleh tak. Haishh dia ni.

"Aku okay. Tadi aku accident".bohongku.

"Itu la jalan kaki lagi. Aku suruh bawa kereta kau kata malas la itu la ini la. Kan dah accident sekarang. Siapa yang susah aku juga kan. Ni kau ada cedera kat mana mana tak? Haih terpaksa la aku jadi nurse peribadi kau hari ni".bebel Hakimi.

******

The Killer (2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang