Bab 39

3K 166 5
                                    


Aku menoleh ke belakang. Tangannya terketar ketar memegang pistol. Teragak agak hendak menembakku.

"Kau tembak kau mati". Dia tersentak dengan ugutanku. Dia tetap menapak ke arahku dengan perlahan lahan.

Sebutir peluru ditembak dan terkena pada tiang. Aku tersenyum sinis.

"Aku dah cakap kalau kau tembak kau kena". Pisau rambo ditanganku dicampak tepat pada dadanya.

Pistol terjatuh di atas lantai. Dia rebah. Darah berlumuran di atas lantai. Aku menghampirinya.

"Aku bukan sengaja nak bunuh kau. Tapi haih tu la kau yang degil. Good night". Perlahan lahan pisau ditarik keluar dari dadanya.

"Good job Aris...macam ni la anak buah aku sayang...sekarang kau bunuh target kau....".

"Target aku?" Aku terpinga pinga.

"Fakhrul....bunuh Fakhrul....".

Aku menerima arahan yang diberi oleh 'suara' itu. Langkah terus diatur ke tempat dituju.

Aku mula berfikir fasal semua orang yang pernah aku bunuh dulu termasuk abang kandung sendiri iaitu Rafiq Daniel dan Naim Daniel.

Aku masih tak percaya yang Naim itu abang aku. Di kolej dulu,dia lah senior yang kejam. Rafiq pula dua kali ganda kejam daripada Naim.

Apa salah aku selama ni? Kenapa diorang nak sangat bunuh aku? Bunuh adik diorang sendiri!

"Aris Daniel".

Langkahku terhenti. Suara itu. Aku kenal dia. Perlahan lahan aku menoleh ke belakang.

Dah agak. Memang dia. Dia menapak ke arahku. Aku bersiap sedia dengan pisau rambo di tanganku.

"Apa kau nak?!" Dia tersenyum sinis.

"Nak bunuh kau la. Apa lagi?"jawab Fakhrul. Dia bermain main dengan pisau di tangannya. Aku menapak ke belakang.

"Kenapa kau berdendam sangat dengan aku? Apa lagi kau tak puas hati dengan aku?" Bertubi tubi soalan dikeluarkan dari mulutku.

"Sebab kau dapat Irsa. Aku tak suka perampas macam kau ni. Kau rampas Irsa daripada aku".

"Sekarang kau dah dapat Irsa kan! Apa lagi kau nak dari aku?!" Perasaan marah mula membuak buak dalam diriku.

"Ouh ya..memang la aku dah dapat dia. Tapi selagi kau masih wujud dalam dunia ni, dia tak kan sama sekali buka hati dia untuk orang lain. Dia masih sayangkan kau!" Suara Fakhrul mula meninggi. Sedikit pun aku tidak gentar.

"Tapi kenapa kau libatkan Haz dalam hal ni? Kenapa kau bunuh dia?! Kenapa kau kawal aku untuk bunuh semua orang?!"

"Kau dah tahu? Bocor rahsia. Never mind. Aku kawal kau sebab aku nak Irsa benci kau. Aku nak dia menyampah dengan kau. Aku nak dia tahu kau ni pembunuh!"

"Tapi rancangan aku gagal. Kau dah keluarkan cheat tu. Irsa pun sama. Dia masih percayakan kau".sambung Fakhrul.

"Tapi kenapa kau perlu libatkan Haz?! Dia tak bersalah!" Air mata mula bergenang bila teringatkan Haz. Aku rindu dia. Dia dah banyak tolong aku.

"Haz? Ingat lagi kau pada sampah masyarakat macam dia tu. Kenapa la kau ni bengap sangat Aris? Dia dah tikam belakang kau tapi kau sendiri tak perasan. Dasar lembab".sindir Fakhrul.

"Tikam belakang aku?"

"Ya,dia sebenarnya kerja dengan aku untuk bunuh kau. Dia yang hantar semua maklumat tentang kau. Mana kau pergi, kau buat apa..semua".

Aku tersentak bila mendengarnya. Haz kerja dengan Fakhrul? Sungguh tidak dijangka.

"Dan aku ada hadiah istimewa untuk kau".katanya.

"Aris!! Tolong saya!!"

"Irsa".

******

The Killer (2)Where stories live. Discover now