Irsa POVBetul ke apa yang Haz cakap kelmarin? Aris dah lupakann aku?
"Irsa please. Just forget him. Dia boleh lupakan awak tak kan la awak tak boleh nak lupakan dia. Dah la Irsa. Dia dah tak ada sesiapa sekarang. Awak pun dah tinggalkan dia"
Tipu la. Aku tetap percaya yang Aris masih belum lupakan aku. Fakhrul.
Nama tu tiba tiba sahaja muncul dalam kotak fikiranku. Dia memang dah lama sukakan aku. Sejak zaman sekolah menengah lagi.
Aku masih ingat lagi masa Aris bergaduh dengan Fakhrul sebab rebutkan aku. At the end,Aris yang menang dan Aris dikenakan tindakan disiplin sebab tumbuk muka Fakhrul hingga pecah bibir.
Sekarang Fakhrul muncul kembali dalam hidup aku. Adakah ini dinamakan jodoh? Memang dulu aku benci Fakhrul sebab dia selalu cari fasal dengan Aris.
Keluhan panjang dilepaskan. Badan direbahkan di atas katil. Wajah Aris bermain main dalam fikiranku. Semua kenangan manis aku imbas. Dari mula aku kenal dia sampai ke hari ini.
"Woi jauh termenung".tegur Aireen. Korang still ingat lagi kan kakak tiri aku ni. Kenapa dia masih wujud dalam cerita ni? Bila nak pupus?
Aku menjeling tajam padanya. Dia menapak ke arahku.
"Jangan nak berangan sangat la. Ni suami aku kena pergi outstation. Aku pula ada banyak kerja nak kena handle. So kau akan ikut aku tinggal rumah aku. Tolong aku buat kerja rumah. Aku tak larat nak buat kerja sorang".bebel Aireen serupa Joyah.
"Kenapa aku kena ikut kau pula?" Aku sekarang dah berani melawan kata kata Aireen. Biar la. Apa hak dia nak paksa aku jadi hamba abdi dia? Aku dah penat.
"Sejak bila hah pandai melawan ni?!" Aireen memukul kuat peha aku. Serta merta aku bangun.
"Kau kan kaya. Pergi la upah pembantu rumah. Itu pun susah sangat".rungutku.
"Dah pandai nak ajar aku pula!"marah Aireen.
"Aku tak kira. Kau nak ke tak nak kau tetap kena pergi. Esok aku nak kau dah tercegat kat luar pintu rumah aku. Tepat pukul 7 pagi. Kalau tak aku beritahu mama yang kau still ada hubungan dengan boyfriend psiko kau tu".ugut Aireen lalu melangkah keluar. Pintu bilik dihempas.
Empangan mataku pecah. Tak dapat aku nak tahan air mata yang terlalu banyak. Aku menekup mukaku dengan kedua belah tapak tanganku.
"Aris I need you....."
*******
Aris POV
Seminggu aku dah keluar dari hospital. Hospital itu dah ibarat rumah kedua bagiku. Keluar masuk keluar masuk hospital sudah menjadi kebiasaan pada diriku.
"Sekarang kau nak buat apa? Nak tangkap Fakhrul? Nak serang Naim? Nak report polis? Atau kau nak lari?"tanya Haz bertalu talu.
Kepalaku tidak dapat fikirkan apa yang patut aku buat sekarang.
"Wey aku tanya kau ni. Jangan la layan aku macam tunggul".cebik Haz.
Kau dan tunggul sama je aku rasa. So memang patut pun kau dilayan macam tunggul kan.
"Aku tak tahu la. Fakhrul,Naim and siapa lagi lepas ni?"jawabku geram.
"Kenapa Fakhrul nak bunuh kau? Kau ada cari fasal ke dengan dia? Wait kau kenal dia ke?"
Aku rasa sekarang aku berada di dalam bilik siasatan je.
"Dia tu bekas kawan baik aku".
"Bekas kawan baik? Kau gaduh dengan dia? Sebab? Tapi tak kan la sampai nak bunuh".
"Dia dah muncul Haz. Dia nak balas dendam".
******

ANDA SEDANG MEMBACA
The Killer (2)
Misterio / SuspensoPembunuh asal telah kembali. Telah dibebaskan dari dunia gelap ke dunia luar. Keadaan sekeliling memaksa dirinya menjadi seperti dulu. Seorang demi seorang dibunuh dengan kejam. Hanya disebabkan dendam yang lama,orang di sekeliling menjadi mangsa...