Bab 27

2.8K 183 6
                                    


Betul ke apa yang aku nampak semalam? Ataupun cuma imaginasi aku? Rambutku diserabutkan. Tanganku habis berdarah disebabkan aku menoreh dengan sengaja.

Darah yang menitik di atas lantai aku pedulikan. Dah biasa jadi macam ni. Aku menghela nafas berat.

"Biar lah dia. Dia dah bahagia. Dia dah jumpa pengganti. Thanks Irsa sebab lupakan saya".

Sekarang aku perlu cari Haz. Aku takut kalau dia beritahu semua rahsia tentang aku. Fasal dia cedera ke apa aku tak kesah sangat.

Loceng rumah ditekan beberapa kali. Aku mendengus geram.

"Siapa la yang datang tengah hari celik macam ni".omelku. Pintu rumah dikuak. Tiada sesiapa. Prank?

Aku memandang ke bawah. Terdapat sebuah kotak yang ditinggalkan. Aku mengambil kotak itu dan membawanya masuk ke dalam.

"Nak buka ke tak? Untuk aku ke? Siapa yang hantar? Irsa? Naim? Or pembunuh misteri?"

Nafas dihela. Aku membuka kotak itu. Mataku membulat. Di dalam kotak itu terdapat patung mainan. Bajunya berdarah. Sebelah matanya sudah berlubang. Tangannya terputus. Dan terdapat sekeping nota.

Aku mengambil nota itu dan membaca isinya. Bau hanyir.

Tunggu la masa kau. Kau akan jadi macam patung ni.

What the.....

******

Irsa POV

Handphoneku dicampakkan ke atas katil. Give up. Sudah berpuluh kali aku cuba call Aris. Tapi tak dapat juga. Mana dia pergi?

Pintu bilik diketuk. Aku mengelap air mataku dengan hujung lengan bajuku. Mama menapak masuk ke dalam bilikku lalu duduk di birai katil bersamaku.

"Puas la hati mama sekarang?"kataku tiba tiba.

"Kenapa ni Irsa? Mama tak faham".tanya mama terpinga pinga.

"Mama halau Aris. Sekarang ni Irsa call dia tapi dia tak jawab".jawabku tegas.

"Dah la Irsa. Mama dah tak nak dengar nama tu lagi. Irsa tahu kan Aris tu bekas banduan. Malu la mama kalau anak mama kahwin dengan bekas banduan. Tengok Fakhrul. Baik,sopan,belajar tinggi. Sejuk hati mama".bebel mama.

"Ma buat apa nak kahwin dengan orang yang langsung Irsa tak suka. Irsa pun bukannya kenal dia sangat. Irsa nak Aris. Irsa sayang Aris. Aris kenal Irsa lebih daripada Irsa kenal diri Irsa sendiri".bantahku.

"Putri Irsa Amani! Dengar cakap mama. Lupakan Aris. Mama dah tak nak dengar apa apa alasan lagi daripada mulut Irsa. Full stop!" Mama terus melangkah keluar dari bilikku.

Air mataku mula membasahi pipi. Aku menangis teresak esak. Perkara yang tak sangka akan terjadi dalam hidup aku iaitu kahwin paksa. Aku tak rela. Aku nak bunuh diri.

Goodbye world.....

******

Aris POV

Dari tadi aku tersedak. Makhluk mana la yang sebut nama aku suka hati. Kenapa aku rasa tak sedap hati dari tadi? Haz dah arwah ke?

Kereta kunci dicapai. Aku memandu ke tempat persembunyianku. Apa aku nak cari? Entah.

Aku membuka laci almari. Beratur pisau di dalamnya. Dari yang paling tumpul yang cucuk tak rasa apa pum hinggalah yang paling tajam cucuk sekali mampus terus.

Aku terdengar pintu utama dikuak. Segera aku mengambil mana mana pisau dan bersedia.

"Tak kan la Haz dapat lepaskan diri daripada Naim kut?"

"Mana ada apa pun kat sini weh!"kata seseorang.

"Confirm ada nya. Tengok bilik belakang tu".kata kawannya lagi seorang.

"Ada dua".

Aku memakai mask. Seorang lelaki masuk ke dalam bilik di mana aku berada sekarang. Dia menyuluh lampu di sekeliling bilik itu.

Dia menapak. Semakin lama semakin hampir denganku. Dan akhirnya kini dia berada di hadapanku. Secara automatik plus tak sengaja aku tertikam kakinya. Dia rebah sambil mengerang kesakitan.

******

The Killer (2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang