Bab 34

2.6K 179 3
                                    


Aku telah mengambil keputusan yang tak pernah aku lakukan sebelum ini.

Bunuh diri?   Tak.

Report polis?   Tak.

Menyerah diri?   Maybe.

Langkahku diatur ke tempat persembunyian Naim. Nasib baik  Haz ada beritahu tempat itu berada di mana.

Gelap. Sunyi. Hanya angin malam yang menerpah tubuhku. Aku menyarung hoodie ke kepala. Bunyi tikus berkeliaran memecah kesunyian.

"Pemalas betul la Naim ni. Bela tikus banyak macam ni buat apa?"omelku sendiri. Tiada sebarang senjata aku bawa.

Derapan kaki seseorang menapak ke arahku. Bijak sungguh orang tu. Pijak ranting dengan kuat. Aku memang sah dapat dengar. Dia ingat aku pekak ke apa.

Mungkin saiz tapak kakinya yang besar macam gajah.

Mungkin dia tak nampak ranting tu. Maklum la dah malam. Rabun malam mungkin. Tak banyak makan vitamin A ni.

Haa kan dah masuk ilmu sains aku. Mewarisi siapa entah.

"Siapa tu?"tanya lelaki itu dengan tegas. Suara kalah king kong. Aku dah agak badan dia confirm sama besar dengan suara dia.

Aku senyap. Gila nak jawab. Kalau jawab tu memang otak mereng la.

Aku beralih sedikit demi sedikit. Terdapat beberapa buah kotak yang agak besar.

And yeah. Aku menyorok di situ. Peluh mula membasahi dahiku. Jantung berdegup dengan kencang.

"Dapat kau". Aku mengangkat wajahku. Naim mencucuk mataku lalu mencungkil keluar mata sebelah kananku.

"Arghh!!" Aku terjaga.

Mimpi.

Kenapa aku rasa macam real? Peluh mengalir. Mataku melirik pada jam di atas meja.

3:45 pagi.

Nafas panjang dihela. Aku menapak ke bilik air dan mandi. Awal? Kesah apa aku.

Ditenung frame keluarga semasa aku berumur 6 tahun. Aku memandang wajah masing masing. Senyuman terukir di bibir.

"Aris rindu ibu. Kenapa ibu tinggalkan Aris. Aris sayang ibu".luahku. Air mata mengalir membasahi pipi. Aku kesat.

Mataku melirik pada wajah seorang lelaki di sebelah ibu. Perasaan marah mula membuak buak dalam diriku. Aku membaling frame pada dinding.

Pecah. Aku geram. Geram dengan seorang lelaki yang aku gelar sebagai abah. Sekarang gelaran itu cuma hayalan.

"Kenapa aku rasa berdendam dengan abah?"tanyaku sendiri.

Perasaan dendam yang tak pernah terpadam. Pisau yang berada di dalam laci meja aku ambil.

Bertahun lamanya aku tinggalkan 'kerja' ini. Walaupun sebelum ini aku membunuh orang kerana Fakhrul yang mengawalku,aku tetap berdendam dengan semua orang.

Semua. Termasuk Irsa.

Kenapa?

Aku tak dapat kawal diri. Tingkap bilik dibuka lalu aku terus terjun ke bawah.

Hoodie disarungkan ke kepala. Mataku memandang ke bawah. Jalan menunduk.

Berjalan seorang diri dalam gelap. Apa yang nak ditakutkan? Aku dah biasa jadi kelawar.

Aku bermain main dengan pisau di tangan. Langkahku terhenti. Sebuah rumah banglo dua tingkat kini berada di hadapanku.

Tanpa berfikir panjang aku terus melangkah....bukan....memanjat tembok dan masuk ke dalam.

Sunyi. Memang la pukul 4 pagi. Siapa rajin bangun masa macam ni?

Seperti biasa aku terus ke bilik mangsaku. Tingkap terbuka. Aku melangkah masuk ke dalam.

"Lenanya tidur".bisikku.

Aku duduk di birai katil.

Nak bunuh?

Atau

Tidak?

Dia mengiring badannya ke kanan. Aku mengalih tempat. Aku duduk bersebelahan dengannya.

Perasaan marah, rindu, gembira, kecewa, dendam semua menerjah masuk dalam diri aku.

Aku tak dapat nak fikir.

Perlahan lahan pisau dibawa keluar. Mata pisau yang tajam dihalakan pada jantungnya. Teragak agak untuk melakukan kerja ni.

Dia membuka mata. Seperti dapat rasa kehadiranku di sebelahnya.

"Aris?"

Aku tersedar dan terus melarikan diri.

"Apa yang kau dah buat ni Aris?? Bunuh orang yang kau sayang?"

******

The Killer (2)Where stories live. Discover now