Aris POVNasib baik pembedahan aku tak ada kesan. Aku belum tahu apa yang ada dalam otak aku ni. Haz menapak masuk ke dalam.
"Kau macam mana? Okay? Ingat aku lagi tak?"tanya Haz.
"Aku bukannya amnesia. Doktor cakap apa?"jawabku. Haz duduk di sebelah katilku. Aku bersila di atas katil.
"Eh kau ni. Kau tu lemah lagi. Dah baring". Haz menolak lembut bahuku. Aku kembali baring.
"Cepat la. Doktor cakap apa?"gesaku.
"Doktor cakap ada cheat(?)dalam otak kau. Benda tu la yang kawal otak kau buat semua kerja gila sebelum ni".jawab Haz.
"Aku dah agak".
"Tapi macam mana benda tu boleh ada dalam otak kau?"tanya Haz hairan.
"Aku pun tak tahu dan aku tak tahu siapa yang letak".jawabku.
"Never mind. Jangan fikir la. Nanti kita siasat. Ermm aku ada something nak beritahu kau".ujar Haz dengan suara mendatar.
"Apa?"
"Semalam Irsa datang. Dia nak lawat kau tapi aku tak beri. Aku cakap la kau dah lupa dia bagai. Macam kau suruh".jawab Haz.
"Bagus la. Aku dah tak nak dia jumpa aku".
"Ada lagi satu. Nah". Haz menghulurkan sekeping nota padaku. Aku mengambil lalu membaca isinya. Dahiku berkerut seribu.
"Siapa yang hantar? Bila kau dapat?"tanyaku.
"Aku tak tahu siapa yang hantar. Aku dapat masa kau baru hari pertama masuk wad".terang Haz.
"Tak apa la. Aku simpan".
"Okay. Kau rehat la dulu".
******
Someone POV
Sejambak bunga ros aku bawa. Melawat kawan sakit. Aku bertanyakan pada nurse di kaunter. Setelah mendapat nombor wad aku terus ke sana.
Pintu wad dikuak perlahan. Aku menapak masuk ke dalam. Bunga aku letakkan di atas meja. Kerusi ditarik lalu punggung dilabuhkan.
"Macam mana kau tahu aku letak cheat dalam otak kau tu? Haish...hancur plan aku".omelku sendiri.
Dia tersedar. Aku terus menekup mulutnya. Terukir senyuman jahat di bibirku. Dia merenung tajam ke dalam mataku.
"Kenapa la kau masih hidup dalam dunia ni? Aku sangka kau dah mati. Tapi sangkaan aku meleset rupanya".
Dia mendengus geram.
"Aris Daniel anak Dato' Hanafi. Seorang bekas banduan kerana telah dituduh membunuh rakan sekolej dan abang tiri sendiri".
"Mesti kau tertanya tanya kan macam mana aku boleh tahu. Heh...kalau kau bijak kau akan tahu sendiri. Bila kau dah sihat dah bersedia. Kau datang jumpa aku. Aku akan bongkarkan sendiri semua rahsia aku".
"Good night Aris Daniel".
******
Aris POV
Aku tersedar dari tidur. Aku memerhati keadaan sekeliling. Masih di dalam hospital. Haz tidur di sofa. Aku membaling bantal tepat pada Haz. Dia terbangun.
"Tak reti kejut elok elok ke?"marah Haz.
"Kau stay ke malam tadi kat sini?"tanyaku. Haz meregangkan otot ototnya. Dia menapak ke arahku.
"Wow Aris. Tengok ni. Ada bunga la. Kau ada girlfriend baru ke hah?"usik Haz. Aku mendengus.
"Bukan la. Ni aku tanya kau stay tak malam tadi kat sini?"tanyaku lagi.
"Aku? Stay? Malam tadi? Memang tak la. Stay malam buta kat hospital bukan kerja aku. Aku bukannya jururawat peribadi kau nak kena jaga kau 24 jam".bebel Haz.
"Mana la aku tahu. Kalau kau tak datang maknanya aku tak mimpi malam tadi".
"Kenapa? Ada something happen?"
"Fakhrul...dia yang datang malam tadi".
******

ANDA SEDANG MEMBACA
The Killer (2)
Mistério / SuspensePembunuh asal telah kembali. Telah dibebaskan dari dunia gelap ke dunia luar. Keadaan sekeliling memaksa dirinya menjadi seperti dulu. Seorang demi seorang dibunuh dengan kejam. Hanya disebabkan dendam yang lama,orang di sekeliling menjadi mangsa...