Irsa POVAku berjalan mundar mandir di hadapan bilik pembedahan. Aris sedang menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru pada bahunya. Aku hanya mampu berdoa.
Call keluarga Aris? Tak. Abahnya sudah tidak mengambil tahu fasal Aris lagi sejak Aris dimasukkan ke dalam penjara. Abahnya pun langsung tidak melawat Aris ketika dia di dalam penjara. Ibu dan adik tirinya sama je. Mereka semua telah berpindah ke Johor enam tahun yang lepas. Sebab tak nak tanggung malu.
"Irsa! Irsa!"panggil mama. Aku menoleh ke belakang. Mama terus mendapatkanku lalu mendakapku. Air mataku mengalir serta merta. Mama mengusap perlahan belakang badanku.
"Kenapa ni Irsa? Cerita pada mama".tanya mama risau.
"Maa..Hakimi kena culik".jawabku sayu bila teringatkan kembali bagaimana Hakimi kena tembak. Aku trauma.
"Hakimi kena culik? Siapa yang ada dalam wad ni?"tanya mama hairan. Aku meleraikan pelukan. Air mataku dilap menggunakan tapak tanganku.
"Aris ma...Aris kena tembak". Riak wajah mama berubah. Mama terkejut bila mendengarnya.
"Irsa, Aris dah tak ada kan. Please Irsa. Beritahu mama perkara yang betul".ujar mama seakan akan tidak percaya apa yang aku katakan tadi.
"Betul mama. Aris ada kat dalam. Dia kena tembak".jawabku yakin. Mama memelukku kembali.
Pintu wad dikuak. Doktor menapak keluar lalu mendapatkanku. Aku meleraikan pelukan mama.
"Macam mana dengan kawan saya,doktor?"tanyaku.
"Pembedahan berjaya dilakukan dan peluru itu dapat dikeluarkan. Kawan cik dalam keadaan koma. Mengambil masa yang lama untuk dia sedarkan diri dia semula".jawab doktor. Aku menghela nafas lega. Hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya aku bila dapat tahu Aris masih hidup.
"Boleh tak saya nak lawat kawan saya sekarang?"tanyaku.
"Hanya seorang pelawat sahaja dibenarkan masuk. Saya minta diri dulu". Doktor itu terus beredar. Aku memandang mama.
"Irsa masuk la dulu. Mama tunggu kat luar". Aku akur. Aku menapak masuk ke dalam wad. Punggung dilabuhkan di atas kerusi sebelah katil. Aku cuba menahan sebak.
Aris POV
"Aris,saya minta maaf sebab tak dapat nak tunaikan permintaan awak".
Suara tu. Aku dapat menangkap dengan jelas. Irsa? Wait aku kat mana sekarang ni?
"Awak suruh saya lupakan awak macam awak lupakan saya. Awak suruh saya bencikan awak macam awak bencikan saya".
Aku ada cakap macam tu ke?
"But i can't. Awak dah jadi sebahagian daripada hidup saya. Saya sayangkan awak Aris".
Aku dah agak. Tapi aku pun sama macam dia. Aku tak dapat nak lupakan dia. Sepanjang aku di dalam penjara aku selalu fikirkan fasal dia.
"Sepanjang awak dalam penjara,saya selalu fikirkan fasal awak. I miss you Aris. Saya rindu nak cakap dengan awak. Rindu nak gelak dengan awak. Rindu nak berjalan dengan awak".
I miss you too Irsa. Kenapa aku tak boleh nak cakap?
Terdengar Irsa menangis teresak esak. Air matanya jatuh ke tanganku. Irsa,please don't cry. Kalau lah aku mampu gerakkan tanganku ni,dah lama aku seka air mata Irsa. Biar tiada setitik pun air matanya yang keluar. Tapi aku tak boleh.
"Aris i need to go. Nanti kalau ada masa saya datang lawak awak lagi. Get well soon. I love you, Aris Daniel. Bye".
I love you too,Putri Irsa Amani.
******

ANDA SEDANG MEMBACA
The Killer (2)
Misterio / SuspensoPembunuh asal telah kembali. Telah dibebaskan dari dunia gelap ke dunia luar. Keadaan sekeliling memaksa dirinya menjadi seperti dulu. Seorang demi seorang dibunuh dengan kejam. Hanya disebabkan dendam yang lama,orang di sekeliling menjadi mangsa...