Tiktok acc-tiktok.com/@readingd
Instagram acc-r3adwithme"Alamak ! Aku dah lambat ni! Aduh, apa aku nak buat ni?"Dania terjerit kecil.
Suara nyaringnya memecahkan keheningan subuh. Pagi Isnin, 15 Januari nampaknya sudah dicemari dengan jeritan dasyat Dania Sofea Binti Razak.
Semua permasalahan ini sebenarnya bermula apabila Dania, yang ketika itu sedang sibuk menjelajahi dunia mimpi yang sangat indah dan berwarna-warni , tiba-tiba sahaja mendapat gangguan atau lebih sesuai digelar satu petanda berbahaya.
Dania yang sedang enak dibuai lena, terganggu dek kerana bunyi nyaring yang tak berkesudahan. Nia yang pada mulanya menyangka bunyi itu hanyalah ujian yang diberikan oleh pari-pari mimpi untuk menguji kesetiannya. Tapi malangnya, bunyi bising yang tak syak lagi berpunca daripada jam locengnya yang berbunyi nyaring tanpa henti- henti , tetap berusaha menganggu lenanya.
Akhirnya, setelah puas menahan telinga dan berpura-pura tidak mendengar apa-apa bunyi , Nia bangun juga dalam keadaan terpaksa dan tak rela. Tanggan Nia mencapai jam locengnya yang berbentuk kepala 'Mickey Mouse' . Kunci jam dimatikan.
'Awal lagi ni. Baru 6.50 pagi' keluh hati Nia. Nia menguap lagi.
Kelopak matanya masih berat dan terasa mahu tertutup kembali sahaja. Nia kembali ke pembaringan bersama-sama jam loceng di tangannya . Tak sampai beberapa saat , Nia kembali tertelap namun untuk sekejap sahaja. Ini kerana Nia tiba-tiba sahaja tersedar dan bangun secara mendadak seolah-olah baru sahaja terkena renjatan cas elektrik.
"Dah pukul 6.50 ke? Biar betul ? Ya Allah, aku dah lambat ni" Nia panik. Dengan kadar segera dia terus memecut masuk ke bilik air. Jam locengnya tadi sudah tercampak entah ke mana. Mungkin juga bawah katil barangkali.
Baru sahaja mahu menutup pintu bilik air , Nia keluar semula kerana dia terlupa untuk mengambil tuala. Tuala mandinya direntap dengan kasar dari penyangkut . Nia berlari semula ke dalam bilik air. Pintu bilik air dihempas sahaja. Dia sudah tak peduli yang penting sekarang dia perlu lekas.
"Aduh! Macam manalah boleh terlajak ni? Itulah , gatal juga nak layan drama Korea malam tadi. Tengok? Sekarang ni dah lambat. Apalah kau ni , Nia?" bebel Nia seorang diri dari dalam bilik air.
"Sempat ke ni? Homework Math pun tak siap lagi ni ," tanggannya memutarkan pili 'shower' dengan kasar.
"AAAAARRRGHHH! Sejuknya!"
------------------------------------------------------
"Nia , cepat sikit dah lambat ni", gesa Puan Hannah. Geram dia melihat anak perempuan tunggalnya terhegeh-hegeh memakai kasut. Jam dah pukul 7. 12 pagi. Nia sepatutnya berada di sekolah sebelum pukul 7.20 kerana pagi hari Isnin begini biasanya ada perhimpunan. Tapi anaknya macam langsung tak kisah. Elok sahaja dia memakai kasut sekolahnya lambat-lambat macam nak pergi berjoging pula gayanya.
"Mama jangan risaulah. Nia tahulah nak 'handle' macam mana. Lagipun bukannya jauh pun sekolah tu. Lima minit je dari sini. Mama tak payah risau" Nia menjawab. Jam tangannya dikerling sepintas lalu sebelum mencapai tangan mamanya.
" Nia pergi dulu", tangan mamanya di cium.
"Hmm yalah. Nanti Nia jangan lupa makan, tau.",pesan Puan Hannah.
"Yalah. Bye mama". Nia meninggalkan rumahnya cepat-cepat. Takut juga kalau dia betul-betul lambat nanti. Tak pasal-pasal dia kena tahan dengan pengawas-pengawas kerek yang bertugas menjaga pagar setiap hari. Macamlah dia tak tahu yang pengawas-pengawas tu tak habis-habis nak cuba tangkap dia sebab datang lambat ke sekolah.
YOU ARE READING
Timeless Love(COMPLETED)
Teen FictionDania Sofea, gadis pintar! Namun suka datang lewat ke sekolah! Bukannya lewat pada 10 minit terakhir tetapi saat-saat terakhir sebelum pagar sekolah ditutup. Malangnya, segalanya berubah apabila ada seorang pengawas lelaki yang tiba-tiba sahaj...