Di daun yang ikut.......
Mengalir lembut.......
Terbawa sungai ke ujung mata.....
Dan aku mulai takut.......
Terbawa cinta......
Menghirup rindu yang sesakkan dada......
Nia menyanyi gembira. Lagu nyanyian asal daripada kumpulan Letto dari seberang (Indonesia) menjadi pilihannya pagi ini. Senyuman masih tak lekang-lekang dari bibirnya. Hatinya sedang sarat bergembira saat ini. Dia sudah tak peduli pandangan -pandangan liar yang pelajar lain lontarkan padanya.
Yalah, dia tak habis-habis tersenyum-senyum daripada tadi. Mungkin itu yang menarik perhatian orang-orang yang berselisih dengannya sepanjang perjalanan menuju ke kelas. Kalau dah tersengih-sengih macam kerang busuk sepanjang masa, orang mestilah mengangapnya sudah seperti orang yang tak betul.
Tapi Nia tak kisah. Apalah salahnya dia nak bergembira sedikit hari ini sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan indah sekolahnya. Erk?
Jalan ku hampa ......
Dan ku sentuh dia.....
Terasa hangat....
Di dalam hati...
Ku pegang erat dan....
Ku halangi waktu.....
Tak urung jua ku lihatnya pergi.....
Nia masih meneruskan nyanyian ketika mendaki tangga ke kelasnya. Kali ini, siap dengan gaya sekali dia menyanyi. Penuh feelinglah katakan. Nak buat macam mana lagu Ruang Rindu yang sedang dia nyanyikan memang sangat asyik dan sedap didengar.
Sebab itu, Nia menyanyikan lagu itu dengan bersungguh-sungguh macam penyanyi professional. Cumanya, dia tak menyanyi dengan terlampau kuat. Cukuplah dia menyanyi untuk dirinya sendiri.
Sesekali tangannya di lekapkan di dada tanda penghayatan, kadang-kadang matanya di pejamkan seolah -olah sedang menghayati lirik lagu itu. Mujurlah jua, dia tidak terjatuh, tergolek atau terbabas ke tempat lain ketika sedang menyanyi dengan mata terpejam. Kalau tak..? Uih! Tak sanggup nak bayangkan.....
Tak pernah ku ragu.....
Dan slalu ku ingat.....
Kerlingan matamu....
Dan sentuhan hangat....
Ku saat itu takut mencari makna....
Tumbuhkan rasa yang sesakkan dada....
Kenapa Nia sibuk-sibuk nak bernyanyi pula ini? Entahlah. Dia pun tak tahu. Tapi yang pasti dia sangat gembira lepas pertemuannya dengan Amir tadi.
Tak pernah dia rasa, happy macam ni. Kakinya terasa di awang-awangan, badan tak jejak tanah, kepala otaknya pula asyik sibuk pikirkan Amir Si Ketua Pengawas tu. Memanglah sebelum ni, dia memang tak suka gila dengan Amir tu tapi sekarang ni......entahlah. Dia pun tak faham dengan perasaanya sendiri. Gelodak jiwa remaja kot?
Sesampai sahaja di kelasnya. Sekali lagi Nia disambut dengan tepukan gemuruh. Malangnya, kali ini bukan tepukan penghormatan kerana dia datang lambat tetapi kali ini tepukan semangat melihatkan perubahan Nia. Yalah, tiba-tiba datang awal kan? Kawan-kawan Nia juga sudah melopong tak percaya melihat Nia dengan selambanya memasuki kelas.
Kau datang dan pergi.....
Oh begitu saja....
Semua ku trima....
YOU ARE READING
Timeless Love(COMPLETED)
Genç KurguDania Sofea, gadis pintar! Namun suka datang lewat ke sekolah! Bukannya lewat pada 10 minit terakhir tetapi saat-saat terakhir sebelum pagar sekolah ditutup. Malangnya, segalanya berubah apabila ada seorang pengawas lelaki yang tiba-tiba sahaj...