Waktu rehat kini tiba. Nia dan rakan-rakannya mengambil keputusan untuk menghabiskan masa rehat di kantin. Namun, dalam perjalanan ke kantin mereka bertembung dengan seseorang. Eh! Silap dua orang.
Siapa lagi kalau bukan Amir dengan Zareef. Kebetulan pula mereka bertembung di pertengahan jalan. Amir dengan Zareef sedang menuju ke yang bertentangan dengan mereka.
Erin mencuit bahu Nia.
"Tengok tu. Cik Abang Pengawas kau dah sampai."
Wani dan Afiqah turut tersengih semacam. Masing-masing merenung Amir dan Zareef.
"OMG! Nia! Hotnya Amir tu.....!"Erin mula mengusik.
"Kau tak cair ke?"
Nia tersengih sinis.
"Tak kuasa aku! Kau nak sangat jumpa Amir, kan? Ikut aku." Nia meninggalkan mereka dan mula mendekati Amir. Tergopoh -gapah rakan-rakannya mengejar Nia.
"Nia tunggulah!"
Nia buat-buat tak dengar dan berhenti betul-betul di hadapan Amir.
Amir memandang Nia dengan pelik.
"Kenapa?"tanyanya.
Erin, Afiqah dan Wani menyertai Nia. Afiqah menundukkan kepala sedikit kepada Amir sebagai tanda hormat. Yalah, Amir tu kan Ketua Pengawas jadi kena lah hormat sikit. Amir juga turut membalas anggukan Afiqah.
Wani menyiku Nia. Meminta penjelasan.
Nia merengus perlahan.
"Kejap."katanya kepada yang lain sebelum kembali memandang wajah Amir.
"Nak ke mana ni, Ketua Pengawas yang di hormati?"tanya Nia dengan senyuman manis.
Amir terkejut. Bukan kerana pertanyaan Nia yang lebih kepada menyindir itu, tetapi lebih kepada senyuman manis yang Nia hulurkan serta lenggok suaranya yang lebih lembut dan bukannya lantang seperti biasa. Terpana sekejaplah si Amir tu....
Zareef menyembunyikan senyum. Kelakar dengan cara Nia bertanya. Macam-macam betul perempuan ni, sekejap garang sangat, sekarang ni lemah lembut pula gayanya. Tak faham betul. Tiba-tiba mata Zareef tertancap pada Wani.
'Comel!'bisik hatinya.
Wani yang perasan renungan mata Zareef terus memandang ke arah lain.
Amir menjawab." Nak pergi mana lagi? Tentunya nak pergi tegakkan disiplin sekolah. Kalau tak nanti ada pula pemberontak -pemberontak yang nak buat tunjuk perasaan kononnya nak langgar peraturan sekolah." Skema? Memang pun.
Nia tersenyum sumbing. Tahu sangat Amir sedang memerli dirinya. Tapi tak apa. Apa ingat dia tak reti nak balas?
"OH!! Ada lagi ke pemberontak kat sekolah ni? Ingatkan dah tak ada dah. Maklumlah, atas jasa Ketua Pengawas sekolah kita yang sangat berwibawa, yang memang dengan agresifnya nak menegakkan peraturan sekolah. Katanya, dia nak tumpaskan semua pemberontak sekolah. Tapi tak sangka betul, ada lagi rupanya pemberontak kat sekolah kita ni. Ish! Ish!" Nia menggeleng kepala kesal.
Amir juga turut menggeleng kepala. Dia mahu ikutkan sahaja permainan Nia.
"Tulah! Siap nak tendang-tendang pagar sekolah pun ada. Nasib baiklah pagar sekolah tu tak rosak. Itulah, tak tahulah apa nak jadi dengan PEMBERONTAK TU."
BUM! Sedas kena betul-betul tepat pada Nia. Kini senyuman Nia mulai hilang. Oh? Main kasar nampak? Siap nak ungkit-ungkit kisah semalam. Memang tak guna betullah si Amir. Ada ke patut ungkit perkara tu depan kawan-kawan dia. Memang nak kena betul....
"Habis tu? Apa jadi dengan PEMBERONTAK TU?"tanya Nia dengan nada ingin tahu yang berpura-pura.
"Hmmm. Alhamdulilah, selepas di beri teguran oleh Ketua Pengawas kita yang berwibawa, dia dah berhenti melanggar peraturan sekolah. Buat masa ini lah, akan datang tak tahulah pula kalau dia nak teruskan perangai lama dia. Tapi harap-harap tidak...."Amir mengangkat kening kepada Nia.
Zareef dan lain-lain yang sibuk mendengar dari tadi mula mempamerkan raut wajah pelik. Sejak bila pula, Amir dan Nia rapat ni? Wani dan Zareef masing-masing berbalas senyuman.
Nia mulai malas. Yalah. Asyik dia je yang kena sindir. Patutnya dia yang kenakan Amir, ini tak, terbalik pula dia yang asyik terkena.
"Dahlah! Tadi cakap nak pergi bertugas, kan? Pergilah bertugas. Nanti huru-hara pula sekolah ni, sebab Ketau Pengawas dia tak jaga sekolah . "
Amir tergelak kecil.
"Oklah. Pergi dulu ya, Nia. Jangan nakal-nakal. Be a good girl, ok?" Amir menghadiahkan senyuman.
Nia mendesisi kuat. GELI. Siap nak nasihat-nasihat orang pula. Apa? Ingat Nia tu budak kecil?
"Yalah-yalah. I will be a good girl."Nia meneka sedikit kata-katanya.
"Good!"balas Amir.
"Dah pergi cepat." Nia membuat isyarat mengahalau.
Amir tergelak lagi.
" Jom." Amir mengajak Zareef pergi.
Zareef menuruti langkah Amir.
"Ok, girls. Jumpa lagi nanti."
Sempat dia menghadiahkan senyuman semanis gula kepada rakan-rakan dan menjeling penuh rahsia kepada Wani sebelum berlalu pergi.
Apa lagi? Menggeletislah mereka semua bila dapat senyuman sebegitu daripada Zareef.
"Oh? Kau nampak tak tu? Handsomenya Zareef tu."Erin sudah mula kecoh.
Wani hanya diam. Dia perasan Zareef menjelingnya tadi. Oh? Kenapa pipinya terasa panas pula ni? Wani melekapkan tangan ke pipinya tetapi malangnya Erin perasan tindakannya.
"Eh? Wani, merahnya muka kau."teguran Erin menarik perhatian Nia dan Afiqah juga. Memang betul, muka Wani semakin memerah.
Mereka sudah mula mengusik Wani.
"Kau suka Zareef, eh?"
"Aik? Baru Zareef senyum sikit terus melting ke , ustazah?"
Wani menggeleng laju.
"Tak. Mana ada. Dahlah, malas nak layan korang ni."
Wani cepat-cepat berlalu. Yang lain-lain tak habis-habis mengusik Wani dan mengejar dari belakang.
"Ustazah kita dah malu lah....."
"Ala-ala, merahnya muka ustazah kita...."
"Ustazah kita dah jatuh hati nampaknya...."
"DIAMLAH!!!" Marah Wani.
YOU ARE READING
Timeless Love(COMPLETED)
Teen FictionDania Sofea, gadis pintar! Namun suka datang lewat ke sekolah! Bukannya lewat pada 10 minit terakhir tetapi saat-saat terakhir sebelum pagar sekolah ditutup. Malangnya, segalanya berubah apabila ada seorang pengawas lelaki yang tiba-tiba sahaj...