Masa berlalu dengan pantas. Hari berganti hari. Hubungan Nia dan Amir bertambah baik sejak kejutan istimewa daripada Amir. Pada mulanya Nia menyangka Amir hanya seorang pengawas yang poyo dan gila kuasa. Namun kini, Nia mula berperasaan berbeza terhadap Amir. Mungkin juga ini yang dinamakan gangguan emosi remaja.
Seperti kebanyakkan cerita cinta klise yang boleh yang dilihat di televisyen, heroin pastinya akan bergaduh dahulu dengan heronya. Tak lama lepas itu, masing-masing jatuh cinta.
Dan di pertengahan cerita, selalunya akan timbul konflik antara hero dan heroin dan akhirnya membawa kepada pergaduhan. Dan itulah , yang berlaku kepada Nia sekarang ini. Dia sedang menghadapi masalah normal yang yang di alami semua perempuan lain di dunia. CEMBURU.
Walaupun, Nia tak pasti dengan perasaan sebenar Amir terhadapnya, Nia secara diam menyimpan perasaan kepada Amir. Namun, dia tak berani nak mengakuinya. Buatnya kalau dia hanya bertepuk sebelah tangan, tak ke malu jawabnya.
Jadi, Nia hanya, memedam sahaja dulu perasaannya sehinggalah dia dapat memastikan perasaan sebenar Amir. Namun, pegangan Nia makin goyah dari hari ke hari. Tambahan pula,dia menyaksikan sendiri keakraban Amir dan Laila.
Ini ada beberapa contoh yang menguatkan spekulasi Nia.
SITUASI 1
"Nia!" bisik Erin ke telingan Nia. Nia memasang telinga. Mereka bertiga sedang menikmati makanan di kantin sekolah. Nia sendiri khusyuk menikmati mee gorengnya. Wani pula buat hal sendiri , makan sambil membaca buku.
"Cuba tengok tu. rapat betul Amir dengan Laila tu!"bisikan Erin menggangu konsintrasi Nia. Segera matanya melilau mencari kelibat Amir yang sedang berbual dengan Laila tak berapa jauh daripada kedudukan mereka. Berdua pula tu.
Nia berhenti menghadap makanannya. Dia mengecilkan matanya untuk melihat Amir dengan lebih jelas. Tampak rancak sekali perbualan mereka. Siap tergelak-gelak lagi. Apa yang lucu sangat tu? Sampai tak lepas langsung pandangan Amir daripada Laila. Hati Nia berbaur cemburu. Sehabis baik dia cuba mengawal perasaannnya.
"Tak apalah. Amir mesti berborak pasal hal sekolah. Dorang berdua kan pengawas."Nia memberi penjelasan rasional kepada Erin. Dan juga hatinya sendiri.
"Tapi takkan lah rancak sampai macam tu? Ni tak, siap bergelak tawa lagi. Macam ada something special je. Kau tak rasa macam tu?"Erin sudah menunujukkan sikap penyibuknya.
Aduh! Soalan Erin umpama menabur garam pada luka di hati Nia. Benar-benar menguji kesabaran. Langsung tidak meneyedapkan hati Nia. Inikah yang dinamakan kawan sehidup semati. Apa dah jadi dengan janji 'bestfriend forever'tu?
"Kau ni! Boleh tak tanya soalan tu elok-elok sikit?"Marah Nia.
"Apa? Betullah soalan aku. Kau tak rasa cemburu ke?"Erin ketawa kecil. Nampak sangat yang Nia ni sebenarnya cemburu. Saje je dia nak test Nia.
Nia tersenyum sinis.
"Cemburu? Tak kuasa aku! Nak buat apa aku cemburu? Amir berkawan je dengan Laila tu. Kalau kau tak percaya tengok ni...."Nia melambaikan tangannya pada Amir seolah -olah mahu menarik perhatian Amir. Atau dalam erti kata lain, dia seolah-olah menunjukkan signboard 'Saya Di Sini. Nampak Tak?'
Dua tiga kali jugalah Nia melambaikan tangannya, barulah Amir perasaan akan kehadiran dirinya. Saat mata Amir mengarah kepada dirinya, hati Nia seakan-akan terbang. Senyuman semanis gula menghiasi bibirnya. Namun, Amir hanya memandang sekajap dan terus mengalihkan perhatian kepada Laila kembali.
Senyuman Nia mati. Kecewa hatinya usah di tanya. Umpama ada belati yang sedang menghiris kalbunya saat ini. Kalau ada sound effect , patinya sekarang ni akan dikeluarkan bunyi kaca berderai. Begitulah juga yang di alami Nia. Mungkin agak berdrama ayat itu, tapi percayalah, sesiapa sahaja akan merasakan yang sama. Tak percaya sudah!
YOU ARE READING
Timeless Love(COMPLETED)
Teen FictionDania Sofea, gadis pintar! Namun suka datang lewat ke sekolah! Bukannya lewat pada 10 minit terakhir tetapi saat-saat terakhir sebelum pagar sekolah ditutup. Malangnya, segalanya berubah apabila ada seorang pengawas lelaki yang tiba-tiba sahaj...