BAB 19:-

5.7K 297 9
                                    

  Pertengahan bulan November menjadi penentu bagi mereka semua. SPM. Detik penentu segalanya. Penentu masa hadapan mereka. Mereka semua telah berkorban selama 5 tahun untuk sampai ke detik ini.

  Masing-masing mahukan keputusan yang cemerlang. Mereka mahu pengorbanan mereka berbaloi. Nia dan rakan-rakan sering mengadakan kumpulan belajar bersama-sama dengan Amir dan Zareef. Sehinggalah tiba di kertas peperiksaan terakhir. Mereka tetap bersama-sama mengharunginya.

"Korang dah fikir ke apa yang korang nak buat lepas SPM?"tanya Zareef. Mereka berenam sedang mengulangkaji di perpustakaan. Buat kali terakhir.

 Amir meletakkan pennya dan bersandar ke kerusi."Entahlah. Kerja kot."

"Kerja apa?"tanya Nia.

"Pak cik aku ada buka sebuah syarikat automobil, mungkin aku kerja dengan dia. Dia pun memang ada offer, nak cari pelapis katanya."terang Amir.

"Kau Zareef?"

"Aku? Aku rasa nak balik kampung. Aku ada janji dengan sepupu-sepupu aku nak buka bengkel sama-sama time cuti ni..."beritahu Zareef.

"Wah! Good idea!"Amir memberi pendapat.

"Aku akan fly pergi tempat lain...."kata Erin sambil ketawa.

"Pergi mana?"tanya Zareef.

"Family aku kan ramai dekat Singapore, so aku tinggal di sana sementara cuti ni. "

"Time ambil result balik tak?"tanya Afiqah.

"Eh , mestilah balik."balas Erin.

"So, kita akan terpisahlah lepas SPM ni?"soalan Nia membuatkan semua terdiam. Amir turut tertunduk.

"Kita tak boleh lari dari hakikat itu Nia. Masa terus berputar. Kita tidak boleh lari,"jelas Amir. Nia menatapnya. Ada sesuatu yang ingin di sampaikan tapi tak dapat. Zareef turut dalam diam mengerling Wani. Kenyataan ang sangat berat mengejar mereka. Mereka akan terpisah. Tak lama lagi.

 Erin memecahkan sepi."Tapi, janji ok walau apapun yang terjadi jangan lost contact!"

Kata-kata Erin di sambut baik semua.

"Janji......."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Beberapa bulan berlalu, kini tiba masa untuk mereka memperoleh semula apa yang mereka korbankan selama ini. Amir Isyraf terpilih menjadi pelajar cemerlang sekolah seperri yang di jangka. Yang lain tak kurang juga, masing-masing boleh berbangga dengan pencapaian yang diterima.

 Mereka keluar makan-makan beramai-ramai, Amir yang belanja mereka makan KFC. Itu semua bagi meraikan kejayaan mereka. Masing-masing penuh gembira dan di penuhi gelak tawa. Tiada siapa terfikir akan mendung yang bakal melanda dan memisahkan mereka nanti.

"Hei! Ingat ya janji kita. Jangan lost contact pula lepas ni. Kau tu, Amir kalau dapat tawaran pergi overseas jangan lupakan kita orang pula. Kasihan Nia nanti ......"kata Erin dalam nada bergurau.

"Isy! Tak kan boleh lupa punya..."balas Amir.

"Yalah, lupa pula. Buah hati ada dekat sini kan? Mana boleh lupa betul tak?"mereka ketawa gembira.

"Nia,"pamit Amir.

Nia mengangkat kening."Kenapa?"

Amir menghulurkan sebelah earphone kepada Nia."Cuba dengar."

 Nia menyambut dan meletakkannya ke telinga yang diliputi tudung. Bunyi Instrumental berkumandag di telinga  sebelum lirik-liriknya mula bermain.

Timeless Love(COMPLETED)Where stories live. Discover now