Nia kelihatan gelabah. Dia tergaru-garu sedikit kepalanya sambil memerhati keadaan biliknya seolah-olah mencari-cari sesuatu. Dia menuju ke meja soleknya dan terus menyelongkar setiap isi laci. Farina yang kebetulan melalui bilik tidur Nia, menjenguk kecil daripada pintu yang terbuka. Dia agak terkejut melihat keadaan bilik yang bersepah. Nia pula masih terbongkok-bongkok mencari sesuatu dalam meja soleknya.
"Nia." Farina mengetuk pintu bilik Nia sebagai tanda dia mahu memasuki bilik Nia. "Apasal bersepah gila bilik kau ni? Kau cari apa?"
"Aku tengah cari gelang aku yang warna putih tu. Kau ada nampak tak?" Tanya Nia sambil memandang Farina.
"Gelang? Mana kau letak?" Farina menuju ke arah Nia. Mahu juga membantu Nia mencari gelang miliknya. Setelah penat mencari , Nia melabuhkan duduk di birai katilnya.
"Aduh mana pula gelang tu pergi? Aku tak ingat dekat mana aku letak, sebab dah lama aku tak pakai gelang tu." Muka kelihatan tertekan.
Farina duduk di sebelah Nia."Gelang tu, yang Amir bagi kan?" Tanyanya.
Nia menguakkan rambutnya kebelakang."Ya" Jawabnya perlahan.
"Well! Bagauslah kalau gelang tu hilang. At least, it help you to forget him. Am I right?" Cadang Farina.
"Tak kau tak faham. Aku. Aku sayang gelang tu." Jawab Nia bersungguh. Dia menghela nafas yang berat.
"Kau sayang gelang tu ke, orang yang bagi gelang tu?" Tanya Farina dengan senyuman sinis.
"Ianya tak mudah, faham ak? Lapan tahun .LAPAN TAHUN!! Aku sayang dia, aku tunggu dia selama tu, dan gelang tu, yang kuatkan perasaan aku dari hari ke hari. So, tak semudah tu aku boleh lupakan dia." Air mata meluncur laju membasahi pipi Nia . Nia memegang dadanya yang perit.
"Aku..Aku tak boleh bencikan dia." Nia teresak. "Walaupun aku marah, aku kecewa dia buat aku beginI tapi untuk lupakan dia , aku tak boleh..aku, aku sayangkan dia." Farina menarik Nia ke dalam pelukannya. Nia menangis sepenuh hati pada Farina. Farina serba salah, dia mengusap belakang Nia lembut, cuba meredakan perasaan Nia.
"Suhh, dahlah tu. Aku kan ada. Kau kena kuat." Pujuk Farina pada Nia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(Kalau nak lagi feel, kan. Saya cadangkan baca sambil dengar lagu, Hyolin=I miss You .ost uncontrollably fond. okay?)
Nia melangkah perlahan-lahan. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Meriah, keadaan malam itu meriah seperti biasa. Ada kanak-kanak yang sibuk meluncur, keluarga yang sibuk bergambar. Penyanyi-penyanyi jalanan yang memainkan muzik, merancakkan lagi suasana pada malam hari. Keadaanya masih sama, sama seperti lapan tahun dahulu. Keadaan Dataran Putrajaya itu masih tak berubah. Masih menggamit memori Nia, setiap kali dia ke situ. Dalam masa lapan tahun dahulu, Nia akan ke sini setiap kali dia rindukan Amir. Dia, rasa tenang di situ. Dia rasa tenang seolah -olah Amir ada di situ.
"Kalau kau rindu aku , kau bolehlah datang sini...."
Nia memejamkan matanya. telingannya terngiang-ngiang suara Amir.
"Kau akan happy kalau kau datang sini...."
Sebab itulah Nia datang ke sini setiap kali dia rasa sedih.
"Suasana sini meriah, kau takkan sunyi. Anggap sahaja aku ada di sini, di sisi kau."
Ya. Keadaannya meriah. Dia rasa happy, seolah-olah Amir ada sisinya.
"Aku ada. Jangan risau....aku akan selalu ada dengan kau, Nia......"
Ya. Kau ada disini Amir. Sentiasa ada. Dalam ingatan aku. Dalam hati aku.
"Kau betul-betul rindukan aku ni." Mata Nia terbuka. Tak mungkin. Suara Amir kedengaran lebih kuat daripada ingatannya . Kedengaran lebih dekat.
"Dah berapa lama kau tunggu aku ni?" Nia terkaku. Air matanya mengalir lagi mendengar suara itu. Suara yang cukup dirindukan.
"Ada ke aku suruh kau tunggu selama ni?"
Nia tersenyum dalam tangisan . Dia berpaling ke sisinya. Kelihatan Amir, berdiri selamba, masih seperti dulu, dengan tangan dalam poketnya, berdiri penuh karisma . Dia memandang Nia. Pandangan itu, sama dengan pandangan yang Nia pernah ingat.
Amir senyum manis. Dia mendekati Nia. Makin dekat, dia dapat lihat dengan lebih jelas , air mata di pipi Nia. "Kau ni lembap, kan?"
Amir menahan nafas. Dia turut sakit melihat keperitan yang Nia lalui.
"Kau ni bodoh ke? Aku tak suruh pun kau tunggu kan?" Marah Amir.
Nia teresak. Marahlah Amir. Dia tetap gembira walaupun Amir marah akannya. Sebab, Amir menyebut namanya, Amir sebut akan dirinya. Amir memikirkannya.
"Kau suka seksa aku kan Nia?" Dia sudah tak peduli. Kalau ikutkan hati, nak je dia peluk Nia sekarang ni.
"Kau suka buat aku gila kan Nia?" Marah Amir sambil tergelak kecil.
Nia turut tersenyum. Dia dapat rasakan nafas Amir di mukanya. Benarlah itu lelaki yang di cintainya, dia ada. Berdiri di hadapannya.
"Minah comel, yang suka datang lambat. Suka cabar aku. Suka buat aku marah, suka buat aku rasa serba salah. Minah comel yang selalu buat aku gila, gila macam mana nak selalu jumpa kau, nak dekat dengan kau.Nak bahagiakan aku..Nak bahagia bersama kau " Kepala Nia yang berbalu tudung di ketuk perlahan. "Kenapa suka buat aku macam ni?"
"Auch!" Rungut Nia sambil tergelak kecil. Dia merenung mata Amir. "Haah. Aku bodoh, aku lembap sebab kejar cinta Ketua Pengawas poyo tu." Balas Nia bertubi-tubi, melepaskan segala yang terbuku selama ini. "Aku bodoh, sebab aku nak kau selalu sedar kehadiran aku. Aku bodoh sebab nak tarik perhatian kau. Aku bodoh sebab tetap sayangkan kau walaupun kau yang selalu sakitkan hati aku."
"Tahu pun..." Balas Amir."Aku pun bodoh juga."
Nia tergelak sinis. "Baru sedar ke?"
Amir tersenyum bahagia."Nak tahu tak, aku bodoh aku sebab apa?"
Nia senyum."Sebab apa?"
Amir menundukkan medekatkan diri kepada Nia."Aku bodoh sebab tak sedar-sedar lagi yang aku. "Amir memandang wajah Nia. Tangisan di pipi wanita itu sudah mengering. Dia berjanji yang wanita ini tak akan menangis lagi. "Aku tak boleh hidup tanpa kau".
Nia tersenyum sambil mengesat pipinya. "Lambat betul nak sedar. Kenapa lambat sangat? Kenapa buat aku tunggu?" Tanya Nia perlahan.
"I'm sorry." Ucap Amir ikhlas.
"Tu je ke yang tahu sebut?"tanya Nia.
"Ya. I'm sorry. Kalau aku boleh cerita, explain macam-macam dekat kau, bagi aku semua itu macam aku cuba beri alasan. Aku salah. Aku cuba diri sendiri sedangkan hakikatnya, aku sangat sayangkan kau Nia. Dari dulu sampai sekarang. Hanya kau yang ada dalam hati aku."
Nia terkelu. Dia rasa marah, kecewa, sakit hati , sedih, segalanya ada, namun tetap tak boleh halang rasa rindunya pada Amir. "Macam mana dengan Sara?" Teringat pula pada wanita itu.
Amir tersenyum manis. "Sara faham tentang kita. Jangan risau, dia akan temui cinta sejati yang dia cari." Nia terkaku.
"Sekarang, aku nak tunaikan cinta sejati kau." Amir menyarungkan gelang putih ke tangan Nia.
Nia terkejut."Mana kau jumpa gelang ni, aku ingat aku dah hilangkannya."
Amir memakainya dengan elok. "Mana boleh gelang ni hilang. Ia dah ditakdirkan untuk kau."Gelang putih itu, diterimanya sekali dengan surat perletakkan jawatan Haqimie. Ternyata Haqimie yang mengambil gelang itu dari Nia, dan dia telah memulangkan semula pada Amir bersama kata maaf.
"Aku rindukan kau." Ucap Amir.
Nia teresak kecil. Dia menangis lagi, kali ini air matanya , air mata bahagia.
"Aku pun."
Amir tersenyum.
"Aku pun rindukan kau Pengawas poyo." Balas Nia.
Lengkap. Amir rasa lengkap. Dengan adanya Nia. Dah tak ada lagi yang dapat membuatkan hidupnya kelam lagi.
YOU ARE READING
Timeless Love(COMPLETED)
Teen FictionDania Sofea, gadis pintar! Namun suka datang lewat ke sekolah! Bukannya lewat pada 10 minit terakhir tetapi saat-saat terakhir sebelum pagar sekolah ditutup. Malangnya, segalanya berubah apabila ada seorang pengawas lelaki yang tiba-tiba sahaj...