BAB 28:-

5.5K 278 18
                                    

Nia melangkah masuk ke dalam pejabat Isyraf bersama dengan beberapa buah fail di tangannya. Kelibat Isyraf yang tiada dalam pejabatnya membuktikan kata-kata Mona yang Isyraf pergi ke tandas.

'Nasib baik dia tak ada!'lega hati Nia. Dia masih belum bersedia nak berjumpa dengan Amir lepas apa yang terjadi dua hari lepas.

'Aku hanya perlu letak fail ni dan blah. Janganlah tersermpak dengan dia...'

Kesempatan yang ada di gunakan sepenuhnya oleh Nia untuk meneroka pejabat Isyraf. Hiasan moden dengan tema white and blake memang menepati dengan personalti Isyraf . Gambar-gambar di dinding di telitinya. Ada gambar Isyraf dengan pengurus besar Sayrikat IndoStyle. Mungkin itulah dia Datuk Khalil, pemilik IndoStyle, ayah Sara.

Nia tersenyum kecil sebelum berlau ke meja Isyarf. Kemas sekali aturannya. Fail-fail di susun dengan kemas di rak besar di tepi meja. Sedang-sedang melihat-lihat meja kerja Amir, mata Nia tertangkap pada satu gambar yang tersorok di belakang gambar graduasi Isyraf. Nia mencapai gambar itu dan Nia tersentak.

Dia begitu kenal dengan gambar itu kerana itu gambar dirinya. Dengan baju sekolah lengkap membuktikan gambar itu gambar ketika zaman persekolahnya.

Di sisinya ketika itu ialah Amir. Rakan-rakannya yang lain turut ada dalam gambar tersebut.Zarif, Wani, Erin, Fiqah semuanya ada. Nia ingat-ingat lupa , bila gambar tersebut di ambil. Tak silapnya ketika mereka selesai mengambil keputusan SPM.

"Kenapa gambar ni ada dekat sini?"tanya Nia. Hatinya mula meragui sesuatu. Di tatapnya gambar Amir ketika masih bersekolah. Memang tidak di nafikan wajah Amir dan Isyraf memang sama. Adakah tekaannya dulu memang benar.

"Isyraf ialah Amir? Tapi kenapa dia buat-buat tak kenal aku?"minda Nia cuba mencari jawapan.

Nia hampir terjatuh. Dadanya sesak cuba menerima kenyataan. Dia semakin yakin. Memang benar Amir ialah Isyraf. Dan ketika itulah, Nia terpandang sekeping kad bersampul dengan namanya di atasnya. Tanpa teragak-agak Nia mencapai dan mengoyakkannya.

Tangan Nia mengigil memegang kad jemputan perkahwinan yang tertulis nama:-

UNDANGAN KE MAJLIS PERKAHWINAN,

AMIR ISYRAF BERSAMA PASANGANNYA

NORSARA INSYIRAH DATUK KHALIL.

Ketika itulah juga Amir Isyraf masuk ke dalam pejabatnya. Dia agak terkejut melihatkan Nia di mejanya dengan mata yang basah.

"Kenapa Nia?"Melihatkan gambar beserta surat undangan di tangan Nia menjelaskan segalanya.

"Kenapa gambar ni ada dengan kau?"tanya Nia keras.

Amir diam tak berkutik. Kebisuan Amir membuat Nia bertambah geram.

"AKU TANYA KAU NI!!"Nia mendekati Amir sambil menyuakan gambar tersebut kepada Amir.

"Kenapa kau ada gambar ni?"tanya Nia sekali lagi.

"Kau Amir, kan?"tanya Nia dalam esakan.

Amir tetap diam. Ianya lebih menyeksa Nia.

"Jujurlah! Tolonglah jangan seksa aku."rayu Nia.

"Kau Amir, betul tak?"bisik Nia.

"Ya."sepatah jawapan sahaja yang keluar dari mulut Amir. Satu jawapan yang di nantikan Nia selama ini. Sudah terlalu lama dia mahu berjumpa dengan Amir. Cuma dia tak sangka begini cara mereka berjumpa lagi.

"Bagi tahu aku, Amir. Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa tipu aku?"tanya Nia dengan menatap mata Amir.

"Maaf."jawab Amir sepatah. Semua ini terlalu drastik. Dia masih belum bersedia untuk berjumpa dengan Nia. Dia ingin terus merahsiakannya ,tak sangka pula Nia boleh tahu sendiri.

"Maaf? MAAF? Kau ingat aku tunggu kau selama lapan tahun hanya untuk dengar kau minta maaf? Kau tak fikirkan perasaan aku ke Amir?"

"Jawab Amir! Aku nak jawapan daripada kau. Lapan tahun! Lapan tahun aku tunggu kau. Takkan kau terus diam? Sampai bila kau nak buat aku macam ni?"bentak Nia.

"Aku terpaksa tipu Nia! Aku tak lukakan Sara. Aku berhutang padanya. Dia terlalu baik, aku tak sanggup nak lukakan dia tapi aku tetap tak nak lepas kan kau. Aku...tak tahu nak buat apa lagi...."jawab Amir berat.

"Aku sayangkan kau Nia. Tak pernah pun sehari berlalu tanpa aku berhenti menrindui kau, merindui kenangan kita. Tapi tak semua benda boleh berlaku seperti yang kita inginkan. Kita kena terima kenyataan Nia."

Nia mengetap bibir. Kecewa. Dia sungguh kecewa dengan jawapan Ami. Amir memilih untuk menjaga hati Sara. Bukan dirinya.

"Habis aku?"Nia menahan tangis.

"Kau tak fikirkan perasaan aku?"

Amir tak menjawab . Hatinya juga terluka melihat Nia menangis. Hatinya juga kecewa kerana dia melukai Nia.

Nia faham. Amir memilih Sara. Nia mendekati Amir. Kad jemputan perkahwinan itu di campakkan ke muka Amir sekuat hati.

"AKU BENCI KAU. Aku menyesal. Aku tak patut mencintai kau. "sepatah-patah Nia menyebut sebelum terus berlalu meninggalkan Amir yang masih terkaku.

Timeless Love(COMPLETED)Where stories live. Discover now