Amir Isyraf menjeling sepintas ke arah kawan baiknya, Zareef Hadi yang berjalan di sisinya. Mana taknya, dari tadi tersenyum-senyum seorang diri . Macam kena sampuk pun ada. Perkara apa yang membahagiakan sangat sampai tak lekang-lekang senyuman di bibir sahabatnya itu?
"Yang kau ni dari tadi tersengih-sengih ni kenapa?"tanya Amir pelik. Mereka sedang menuju ke blok D.
Zareef memandang Amir. "Kenapa? Tak boleh ke kalau aku nak rasa happy ?"
"Tak. Aku tak cakap pun kau tak boleh nak bergembira. Cuma, yalah aku pelik juga la tengok kau tersengih-sengih camtu. Yang kau happy sangat ni kenapa?"balas Amir satu persatu.
Siapa cakap dia tak peduli dengan kebahagian Zareef? Mereka bukannya baru berkawan setahun dua. Dah masuk lima tahun mereka berkawan. Dia pun happy kalau Zareef tu happy. Cuma masalahnya sekarang ni, si Zareef tu happy sangat sebab apa?
"Kenapa aku happy sangat? Entahlah! Aku dah jatuh hati kot....."Zareef senyum meleret. Nampak sangat raut bahagia di wajahnya.
"Jatuh hati? Dengan siapa?"tanya Amir. Bila masa pulak si Zareef ni nak jatuh-jatuh hati bagai? Lagipun, dengan siapa? Zareef tu mana pernah rapat sangat dengan mana-mana perempuan. Kalau ada pun, Laila jelah.
Zareef memadang Amir."Kita jumpa dengan siapa tadi?"
Otak Amir berfikir ligat. Dengan siapa ya dia berjumpa tadi? Hah! Dengan Nia adalah. Jap! Wait! Wait!!
"KAU SUKA NIA KE?" Amir separuh menjerit.
Kenapa dia terkejut besar? Sebab pertama, Zareef baru bagi tahu tadi yang dia dah jatuh hati. Oklah! Tu tak apa lagi tapi yang buat dia terkejut sangat takkan lah orang tu Nia?
Biar betul? Dada Amir berombak kencang. Tak pernah dia terfikir yang dia akan bergaduh teruk dengan Zareef tapi sekarang ni dah tahap nak layangkan penumbuk . Tunggu masa je sekarang ni.....
"Whao! Apahal kau ni? Tak! Agak-agaklah. Takkan lah aku nak suka kat Nia tu pula? Dah sah-sah Nia tu kau punya, takkan lah sebagai kawan baik kau nak kacau daun pula." Zareef mengingatkan Amir.
"Habis tu, siapa?"Nada suara Amir masih lagi keras.
"Aku minat dekat kawan Nia lah. Yang pakai tudung labuh sikit tu."jawab Zareef bahagia.
Sejak terpandang budak perempuan tadi dia berasa sangat gembira. Sejuk mata dia memandang wajah kawan Nia tu. Sudahlah manis. Bertudung labuh pula tu. Jarang betul ada budak perempuan lain yang nak pakai tudung labuh macam tu. Hah! Perempuan macam tu lah yang dia suka.
"Oh? Yang pakai tudung labuh? Maksud kau, Wani?"Lega rasa hati Amir. Macam mana tak lega? Lepas satu masalah. Kalau tak? Haih ! Tak pasal-pasal bergaduh pula dia dengan Zareef tu.
'Jap! Yang aku ni risau sangat kenapa?'akalnya membantah.
"Nama dia Wani , eh?"Zareef menginginkan kepastian.
"Kalau macam tu, kau tolong lah aku wei! Aku nak berkenalan dengan Wani tu. Tolonglah!!"pinta Zareef.
"Tak nak aku. Kau nak berkenalan dengan Wani usaha la sendiri. Aku tak nak jadi orang tengah." Amir surrender awal-awal. Bukannya dia tak mahu tolong. Tapi apa je yang dia boleh tolong?
"Tolong lah aku. Kau rapatlah dengan Nia tu. Korek skit pasal si Wani tu dekat Nia.Kau juga yang untung......"pujuk Zareef.
Dia sebenarnya malu nak mengaku tapi dia memang tak reti nak pikat hati perempuan ni. Memanglah dekat berlambak caranya dekat dalam novel dan drama-drama Melayu.
Masalahnya, dia tak baca novel cintan-cintun ni, dia hanya baca buku teks. Dia pun tak berminat nak tengok drama Melayu. Habis tu? Macam mana dia nak kenal si Wani tu dengan lebih rapat?
YOU ARE READING
Timeless Love(COMPLETED)
Teen FictionDania Sofea, gadis pintar! Namun suka datang lewat ke sekolah! Bukannya lewat pada 10 minit terakhir tetapi saat-saat terakhir sebelum pagar sekolah ditutup. Malangnya, segalanya berubah apabila ada seorang pengawas lelaki yang tiba-tiba sahaj...