BAB 29:-

5.7K 292 19
                                    

   "Thanks sebab sudi datang. I happy sangat dapat jumpa dengan you guys, especially you, Nia." Ujar Sara dengan ceria. Riuh mulutnya dari tadi, sibuk bercerita itu ini.  Seisi meja hanya dipenuhi dengan suara Sara sahaja. Yang lain, hanya diam, mengiyakan.

Nia cuba tersenyum. Walaupun hakikatnya jelas kelihatan tawar. "You nak jumpa I ke? Contact jelah I kalau nak ajak keluar, I tak ada masalah."

"You nak keluar dengan Nia, ke? Dengan I tak nak?" Sampuk Haqimie cuba bergurau. Dia cuba membantu Nia menghidupkan suasana.

Sara hampir terlepas ketawa. "Nak buat apa keluar dengan you? Tak nak I."

Haqimie mengangkat kening. "Sure? Atleast I taklah macam robot. " Sindir Haqimie kasar dalam lapik. Siapa lagi yang dia maksudkan kalau bukan Amir. 

Lelaki itu mengangkat muka , tak puas hati memandang Haqimie. Sara ketawa sambil menggeleng. "Hish! Apa pula robot-robot ni. Robot-robotlah, I still sayang."

Haqimie terkedu. Sakit. Lantas, Haqimie beralih memandang ke tempat lain sahaja.

  Sara beralih pada Nia pula. "Kalau boleh memang I nak contact you tapi I tahu you busy, kan? Maklumlah, best employee. Amir sendiri selalu puji hasil kerja  you, jadi tak salah our company berkerjasama, right Amir?" Sara memandang Amir.

Amir tersentak apabila namaya disebut. "Ya! Nia selalunya busy, sebab tu I tak bagi you kacau dia. Nanti kalau you nak ajak Nia keluar, bukannya sekejap. Lebih-lebih lagi kalau shopping, mesti berjam-jam." Balas Amir.

  "Kenapa pula, Nia mesti minat shopping juga. Mana ada woman yang tak minat shopping? Betul tak Nia?" Sara ketawa kecil.

"Tapi tak lama macam you." Balas Amir.

"Lama mana pun you still kena tunggu, kan?" Sara ketawa lagi.

Nia ikut ketawa. Namun, dalam hati berdarah luka. 'Keluar shopping dengan Sara? Takut pula ada lain yang jadi nanti.' Keluh Nia dalam hatinya.

'Apa yang aku buat dekat sini?' Dalam masa yang sama hati Nia bertanya pada diri sendiri. Mengapalah, mulutnya gatal-gatal setuju nak keluar makan dengan Sara? Mestilah, Amir ada sekali dengan Sara. Couple kononya, kan? Dan sekarang hati dia pula yang mendidih menyaksikan perbualan mesra Amir dan Sara di hadapannya. Haqimie disebelahnya pula tak banyak membantu. Mungkin , juga sedang menahan hatinya . Saat itu Nia terfikir, adakah Haqimie juga berasa sakit yang sama apa yang dia rasa ketika ini. Malah, mungkin lebih teruk. Tak semena-mena Nia jatuh simpati pada Haqimie.

 Lapan tahun,  Haqimie berada bersama mereka. Lapan tahun, memendam perasaannya. Nia menoleh kepada Haqimie yang ketika itu sedang khusyuk menatap Sara. Nia dapat rasa, kelukaan dalam tatapan Haqimie. Tiba-tiba Haqimie menoleh kepada Nia dan melemparkan senyum perit.  Kini mereka berempat duduk di saju meja. Sara duduk di sisi Amir manakala Nia disisi Haqimie. Nia berhadapan Amir, Haqimie berhadapan Sara. Nampak bagaimana keadaan sangat tidak berpihak pada Nia? Nia dan Haqimie , masing-masing menyabarkan perasaan mereka.

"Oh ya! Sara how your wedding preperation?" Tanya Haqimie tiba-tiba. Nia tersentak dan terus memandang Haqimie.

'Kenapa kau tanya soalan tu?' Jerit hati Nia.

Sara menyedut minumannya."Ok. My dad dah setuju dengan venue yang pilih.  Rossie's Hotel. Outfit pun I dah ada vision, cuma sekarang ni tengah survey wedding planner yang paling baik." Terang Sara seorang. Amir kelihatan seperti tidak tahu menahu atau mungkin memang tak nak ambil tahu langsung.

"Hmm, mestilah  tema you white and purple , kan?" Teka Haqimie.

"Mana you tahu?" Tanya Sara.

"Purple is your favourite colour . And you memang nak ada tema white dalam your punya wedding, because white nampak suci for wedding. You pernah cakap dengan I dulu." Ujar Haqimie.

Kening Sara ternaik sedikt mendengarnya."I pernah cakap ke?"

Haqimie mengangguk. "Lima tahun dulu. Waktu tu, kita tengah lepak dengan tepi tasik yang ada depan U . You pernah cerita tentang your punya vision when you getting married."

Hati Sara tersentuh. Haqimie boleh ingat semua benda yang dia pernah cakap selama ni? "You ingat semua, tu Haqimie?" Kagum. Sara berasa kagum.

"Mestilah, I ingat semua benda pasal you Sara."Haqimie bernafas berat ,berpura-pura tenang. Ketenangan Haqimie membuatkan hati Sara dilanda taufan.  Ada perasaan pelik yang mula  muncul Namun, cepat-cepat beralih kembali pada Amir.

 "Betul juga tu, Amir boleh ke tema white and purple?" Tanya Sara pada tunangnya. Dia cuba mengalihkan fikirannya daripada Haqimie.

 Amir di mengerling Nia yang sedang menunduk. Hatinya rawan. "Sure, Anything for you , Sara. " Kata Amir jelas.

 Nia mengangkat mukanya memandang Amir dengan penuh kecewa. 'Tergamak kau Amir?'

Sara terjerit kecil."Oh! Sebelum I terlupa, this is for you." Sara menyerahkan sekeping kad kepada Nia. "And this for you, Qimie." Sekeping lagi diserahkan kepada Haqimie.

 Nia menyambut dengan hati yang tak rela. Dia tahu sangat apa isi kad itu. Dia pernah melihatnya sebelum ini. Kad yang berhias cantik itu ditenungnya kosong. Cantik memang cantik. Tapi nama yang ada pada kad itu yang tak  cantik. Haqimie juga mengambil tadi itu tanpa senyuman. Langsung tak dibuka kad bercorak cantik itu. Dia hanya menumpukan perhatiannya pada Sara yang tersenyum bahagia.

"You tak fikir masak-masak ke?" Tanya Haqimie. Amir hanya berdiam dan mereung Nia di hadapannya. Haqimie perasaan itu, dia tahu di mana letaknya hati Amir. Yang pastinya bukan pada Sara.

Sara memandang Haqimie pelik." Kenapa tanya macam tu?"

"Tak adalah, perkahwinan bukannya benda yang boleh dibuat main."

Sara merengus."I tak pernah main-main ok? Our parents dan berjumpa, berbincang mengenai wedding ni, jadi takkan I nak main-main."

Sara beralih pada Nia. "Nia cuba tengok ni, cantik tak?" Sara menunjukkan jarinya yang tersarung cincin indah.

Nia mengangguk . "Ya, cantik." Pujinya tak ikhlas. Mana mampu dia menunjukkan rasa gembira dan bahagia jika wanita itu yang sudah merampas cinta hatinya selapan 8 tahun. Tak Sarah tak rampas. Mereka memang tak di takdirkan bersama. "Excuse me, I minta diri sekejap." Nia berlalu cepat-cepat.

Haqimie dan Amir masing-masing dijerut rasa. Amir nampak ada air mata yang mengalir di tubir mata Nia sebelum Nia berlalu tadi. 'Nia.' Ucap hatinya lagi dan lagi, namun entah mengapa lidahnya seakan terkunci. Menyeksa diri melepaskan cinta itu pergi.

Nia melangkah masuk ke dalam tandas dan terus bergerak ke cermin. Retak. Hatinya retak dan ianya jelas terpampang di wajahnya. Nia cuba menarik nafas tapi ianya tersekat. Dadanya sempit. Hatinya perit. Kenapa cinta sungguh menyakitkan. Perlahan-lahan daripada tangisan kecil menjadi esakan yang pedih.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Farina yang sedang minum sambil melepak menonton televisyen terkejut mendengar pintu rumah di buka tiba-tiba. Tapi sebaik melihat Nia melangkah masuk , baru dia lega.

"Isy! Lain kali bagilah salam dulu."Farina beru mahu membebel terhenti melihatkan wajah keruh Nia. Kesan celak yang cair di mata Nia menjelaskan segalanya. Farina mendekat dan memeluk bahu Nia."Kau menangis?"

 Perlahan- lahan,  Nia menangis teresak-esak. "Aku dikecewakan, Farina. Kenapa dia buat aku macam ni??"

Farina mengusap belakang Nia. Dia sebenarnya tak tahu apa-apa tentang kisah cinta Nia, namun yang pasti, ianya tak berakhir dengan baik."Aku ada, Nia. Aku sentiasa ada."Nia memeluk Farina. Dia perlukan sokongan. Dia rapuh. Rapuh -serapuhnya kerana  cinta.


Timeless Love(COMPLETED)Where stories live. Discover now