"NIA!",
Panggil satu suara dari jauh. Suara nyaringnya masih boleh didengari walaupun dalam keriuhan pelajar-pelajar di dewan sekolah. Para pelajar kini sedang menunggu perhimpunan dimulakan. Ramai pelajar yang berborak kosong sementara menunggu kedatangan para guru. Ada juga yang mengisi masa dengan membaca buku dan menyiapkan kerja sekolah. Itulah kebiasannya yang dapat dilihat setiap pagi sebelum perhimpunan sekolah bermula.
Afiqa mendekati Nia yang baru memasuki dewan. Erin dan Wani mengikut di belakangnya. Di bahu masing-masing tergalas beg sekolah . Buku teks Kemahiran Hidup yang sangat tebal pula dipegang sahaja. Mereka sudah tiba di sekolah terlebih dahulu. Bukannya seperti Nia yang hanya tahu datang lambat sahaja.
"Baru sampai ke mak cik?"sindir Erin kepada Nia. Bukannya dia tak tahu perangai kawannya yang memang selalu datang lewat ke sekolah. Dia pun tak faham sebenarnya dengan perangai Nia yang satu ini.
Memang susah nak percaya. Nia yang cemerlang di dalam pelajaran, disayangi oleh semua guru-guru yang mengajarnya, memiliki sebuah tabiat buruk yang kronik. Sudah berbuih mulut mereka menasihati Nia tapi dia tetap tak berubah. Ada sahaja alasan yang diberikannya. Bangun lambatlah, dia kena bersarapan dululah. Asyik alasan sama yang digunakan.
Nia mendengus geram.
"Kau ni , sibuk jelah. Aku tahulah nak 'handle' macam mana. Tengok, aku tak kena tangkap dengan pengawas pun. Maksudnya aku tak lambatlah," Nia membela diri.
Afiqah sudah menggeleng-gelengkan kepalanya."Kau buat lagi hal countdown-countdown tu kan? Tak ada pengawas yang tegur kau ke?"
Afiqah yang juga merupakan seorang pengawas tahu pastilah ada beberapa pengawas yang bertugas di pagar sekolah. Cuma pelik juga, Nia tak pernah sekali pun tertangkap. Senang-senang je dia lepas. Macam tak logik pula, takkan tak ada langsung yang sedar kegiatan nakal Nia. Bukannya sekali-sekala tetapi hampir setiap hari. Ilmu apalah yang Nia pakai sampai langsung tak pernah kena tangkap.
"Alah! Macam biasalah. Pengawas nama Atiqah tu je yang rajin nak ingatkan aku ni." jawab Nia selamba. Tiba-tiba dia teringat akan seseorang. Seseorang yang dengan tegas menegur dirinya tadi.
"Oh ya! Ada seorang lagi pengawas lelaki yang tegur aku tadi. Aku tak kenal pula dia siapa sebab aku tak pernah nampak dia dekat pagar sekolah sebelum ini. Kau tahu tak?" tanya Allya.
"Pengawas lelaki? Macam mana muka dia? tanya Afiqah pelik. Tak silap dia, tak ada penukaran dalam jadual bertugas. Jadi siapa pula pengawas lelaki itu?
"Hmm. Macam mana ya muka dia tadi?" Nia cuba mengingat kembali muka pengawas tadi.
"Dia tinggi, putih. From 5 juga rasanya. Sayang betul, muka 'handsome' tapi garang nak gila. Kalau dia tak kerek macam tu mesti aku pun jatuh hati dekat dia juga. Tapi nak buat macam mana, betul tak? Ah! Nama dia Amir kalau tak silap aku," terang Nia.
Berkerut kening Afiqah."Amir? Kau sure ke nama dia Amir? Kalau macam tu, Amir tu," tak sempat Afiqah menghabiskan ayatnya, pengumuman sudah dibuat. Nampaknya, mereka kena mula beratur dalam barisan kelas masing-masing.
"Kita orang beratur dululah. Nanti jumpa , okey?" cadang Nia. Dia , Erin dan Wani terpaksa beratur dalam barisan kerana mereka hanya murid biasa. Cuma Afiqah sahaja yang memegang jawatan sebagai pengawas.
"Yalah jumpa nanti" kata Afiqah sebelum berlalu pergi. Dia perlu bertugas mengawal pelajar.
"Jom. Nanti Cikgu Roslan bising pula," ajak Nia. Bimbang juga jika mereka tersermpak dengan guru disiplin yang garang itu.
Perhimpunan di mulakan seperti biasa dengan nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah. Selepas itu, bacaan ikrar dan doa diketuai oleh Ustaz Hasyim sebelum pelajar di benarkan duduk. Pengetua Kebanggaan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah mengambil alih perhimpunan dengan ucapannya yang panjang lebar. Semua aspek di ingatkannya. Daripada perihal pelajaran, disiplin dan kebersihan serta keindahan sekolah ditekankan oleh pengetua dalan ucapannya.
YOU ARE READING
Timeless Love(COMPLETED)
Teen FictionDania Sofea, gadis pintar! Namun suka datang lewat ke sekolah! Bukannya lewat pada 10 minit terakhir tetapi saat-saat terakhir sebelum pagar sekolah ditutup. Malangnya, segalanya berubah apabila ada seorang pengawas lelaki yang tiba-tiba sahaj...