Nia berjalan terjengket-jengket ketika hendak menuju ke kelasnya. Dia tak nak buat bising sebab kelas-kelas lain dah start P&P. Jadi, dia yang sampai lambat, kenalah buat cara orang lambat. Takkan nak main redah je masuk kelas. Tak pasal-pasal dia menganggu cikgu yang tengah mengajar. Sebelum masuk ke dalam kelas, Nia mengintai-ngintai dahulu keadaan di dalam kelasnya.
'Bagus cikgu tak ada lagi. Nasib baik, kalau tak habis aku!' bisik hati Nia lega. Yalah, cikgu pun tak masuk lagi, maknanya dia taklah lambat sangat.
Erin , Wani dan Afiqah yang sedang rancak berborak, terkejut apabila ternampak Nia yang berada di muka pintu.
"NIA!!!"
Nia tersengih malu sebelum melangkah masuk ke dalam kelas. Seisi kelas bersorak menyambut kemasukan Nia. Ada juga sibuk bertepuk tangan dan memberi standing ovation.(tak tahulah ejaan betul ke tak)
"Mengumumkan ketibaan, Dania Sofea, Ratu Datang Lambat kelas kita," Airil pembuat kacau kelas membuat pengumuman kepada seisi kelas.
" Hai? Lambat lagi ke, Nia?"sindir Safwan si Ketua Kelas kepada Nia. Ketawa memenuhi seisi kelas. Semua orang sudah sedia maklum dengan perangai Nia yang memang suka datang lambat.
Nia tergelak sumbang, untuk menutup malu."Cikgu, Ng. Lim tak masuk lagi ke?"
"Tak. Agak-agaklah, kalau cikgu tu dah masuk, kau rasa dia akan bagi ke kau masuk kelas ni? Dah lah lambat , dah sah-sah cikgu suruh kau jadi tugu peringatan dekat luar kelas. Kau nak ke?"tanya Safwan.
Nia tersengih."Tak. Tak nak." Sepantas kilat dia berlari ke arah rakan-rakannya sehinggakan terlanggar bucu meja seseorang.
"Sorry! Sorry, Lana. Aduh, sakit pinggang aku." Nia melabuhkan duduk di tempat duduknya.
Kawan-kawannya hanya menggelakkan sahaja Nia.
"Kau ni, tak habis-habis lambat. Ni, apa kes?"tanya Afiqah yang duduk di sebelah Nia. Wani dan Erin pula duduk di depan mereka. Namun, masing-masing sibuk menghadap meja Nia dan Afiqah.
Nia yang sedang mengurut pinggangnya yang sakit kerana terkena bucu meja, membulatkan matanya kepada Afiqah.
"Apa kes kau kata? Kau punya pasallah. Apasal kau tak bagi tahu aku yang hari ni loceng berbunyi awal?"marah Nia.
"Eh! Jangan nak salahkan aku pula ya. Mana lah aku tahu loceng bunyi awal. Kita orang pun terkejut tau tadi. Kalau aku tahu, mesti aku roger kat kau. Tapi masalahnya aku tak tahu. Pagi tadi baru aku tahu. Rupa-rupanya, Amir dah pakat dengan Cikgu Ruslan nak awalkan jam sekolah. Itu pun , Laila baru bagitahu aku."Afiqah memberi penjelasan.
Nia mengeluh."Amir pakat dengan Cikgu Ruslan?"tanyanya.
"Ya, buat apa aku nak tipu. Laila yang cakap."
Erin memandang Nia."Habis? Tadi kau kena tangkaplah kan? Kau ok ke?"
"Kau rasa? Aku ok sangat. Memang best sangat dapat masuk Bilik Disiplin."perli Nia.
Wani dan Erin berbalas pandangan.
"Kau masuk Bilik Disiplin? Apa cer?"tanya Erin.
Nia terdiam. Dia berbelah bahagi. Kalau dia bagitahu kawan-kawannya, mesti ia terpaksa cerita kes dia menangis depan Amir juga. Hisy! Tak nak. Nanti dia mesti kena bahan punya. Dahi Nia berkerut.
"Hoi! Aku tanya ni."Erin menampar tangan Nia.
"Tak, Amir heret aku masuk Bilik Disiplin."Beg sekolahnya di letakkan di atas meja. Kalkulator dan buku teks Perdangangan dikeluarkan.
"Habis tu?"tanya Wani pula.
Nia menyandarkan badannya ke kerusi."Kita orang kena tunggu kejap dekat dalam Bilik Disiplin tu, dalam 10 minit jugalah."
"Kau dan Amir, duduk berdua dalam Bilik Disiplin. Tak ada orang lain? Cikgu ke?"tanya Afiqah curiga.
"Tak. Ada aku dan Amir je."jawab Nia malas. Sebaik terlihat muka Afiqah , Nia cepat-cepat menggelengkan kepalanya.
"Woo! Woo! Kau jangan pikir bukan-bukan ya? Tak ada apa pun yang berlaku, ok? Jangan nak buat apa-apa andaian atau spekulasi ."Nia mencubit pinggang Afiqah. Dia faham sangat apa yang di fikirkan Afiqah kini.
"Betul ke ni?"tanya Erin dan Afiqah serentak. Wani pula hanya tersenyum manis.
"Eh! Betullah."kata Nia besungguh-sungguh.
"So? Kau kena tahan ke? Kena ambil nama?"tanya Wani. Nia lega kerana topik perbualan sudah bertukar.
"Tak"jawab Nia pendek.
"Tak? Tak ada apa-apa tindakan?"Afiqah semakin pelik. Kenapa Nia asyik terlepas daripada terkena apa-apa hukuman.
"Tak. Tadi Amir tak cerita pun dekat cikgu yang aku datang lambat. Malah, dia siap tipu cikgu lagi tadi. "kata-kata Nia membuatkan kawan-kawannya terkejut.
"Apa?"
"Biar betul?"
"Apasal pula dia nak bela kau?"
"Entahlah korang, aku pun tak tahu. Aku tak tanya dia pun,"Nia terdiam.
Dia juga pun pelik. Yalah, kalau tak kerana Amir bela dia, mesti dia dah kena hukum dan sekarang ni. Dahlah, ini bukan pertama kali dia datang lambat. Dah banyak kali , Amir sendiri pun tahu. Tapi kenapa dia, tak cerita dekat cikgu tadi. Malah Amir siap menipu cikgu lagi sedangkan dia tu Ketua Pengawas.
"Tah-tah....."Erin memandang Nia penuh bersemangat.
"Apa?"
"Tah-tah dia tu....."Sengaja Erin membiarkan ayatnya tergantung.
Afiqah sudah tak larat bersabar."Dia apa? Cakaplah.."
"He fall in you, Nia."Erin terjerit kecil sehingga beberapa pealajar lain merenung ke arah mereka.
Nia terkaku seketika.
"Wait! Wait, tak mungkinlah. Dia tu pengawas skema, takkanlah dia..... Eisy! Dahlah, kau ni merepek je tau," Nia menafikannya.
"Betul apa? Kalau tak kenapa dia nak bela kau? Kau sorang je tau. Hah! Kau tak pelik ke? Dah lah, dia yang nak tegakkan peraturan semua tu, tapi bila dengan kau je, dia mesti mengalah. Tak ke pelik tu?"Erin mengeluarkan pendapatnya.
"Tak mungkinlah, Erin. Dahlah, jangan merepek. Dia tak suka aku. Aku pun tak suka dia"Nia memberikan kata putus.
"Betul ke tak ada apa yang berlaku dalam Bilik Disiplin tadi?"tanya Wani dengan muka ingin tahu.
"TAK!"
"Betul ke ni?"
"Betullah. Ya allah, korang tak percayakan aku ke?"
Erin tersengih ."Tak. Mesti ada something yang kau cakap yang membuatkan Amir tak jadi report pasal kau. Kau ada goda dia ke?"Erin melepaskan tawa.
"Dahlah korang. Malas aku nak layan. Aku cakap, tak ada apa, korang tak percaya."Nia mula membuka pencil casenya.
"Yalah tu,"Erin masih lagi mahu mengusik Nia.
"Dah. Diam. Tu cikgu Ng.kesayangan kau dah sampai,"balas Nia. Memang betul, Erin bagus dalam subjek Perdangangan sehingga menjadi murid kesayangan cikgu Cina itu.
"Oh nak ngelak, eh? Tak pe, nanti aku korek dari kau," Erin dan Wani memusingkan badan mereka dan menghadap ke hadapan.
Afiqah merapatkan dirinya ke Nia dan membisikkan sesuatu ke telinga Nia.
"Betul ke tak ada apa-apa berlaku?"
Nia menggelengkan kepalanya sebelum menumpukan perhatian terhadap gurunya.
"Fine,"kata Afiqah perlahan sebelum turut fokus terhadap gurunya.
Seketika ingatan Nia terbawa kepada perbualan ringkasnya dengan Amir tadi.
~Kau seronok kan?~
~Seronok apanya?~
~Seronok dapat luangkan masa dengan aku.~
Nia memejamkan matanya.
'Ya allah, kenapa hati aku berdebar-debar ni?'
YOU ARE READING
Timeless Love(COMPLETED)
Teen FictionDania Sofea, gadis pintar! Namun suka datang lewat ke sekolah! Bukannya lewat pada 10 minit terakhir tetapi saat-saat terakhir sebelum pagar sekolah ditutup. Malangnya, segalanya berubah apabila ada seorang pengawas lelaki yang tiba-tiba sahaj...