Nia bertembung dengan Haqimie di lobi pejabat IndoStyle. Nampaknya Haqimie seakan-akan tergesa-gesa dan tak sempat mereka nak berborak panjang. Namun, apabila mendengarkan kata yang Nia hendak berjumpa dengan Amir , Haqimie kelihatan agak resah. Dia membisikkan sesuatu kepada Nia.
"Sara baru balik dari Jepun semalam."beritahu Haqimie. Nia berkerut dahinya.
"Oh yakah? Baguslah kalau macam tu."balas Nia.
'Kenapa nak kena beritahu aku?'bisik hati Nia.
"Kalau boleh, janganlah lama sangat jumpa Isyraf tu. I tak nak Sara salah faham pula..."nasihat Haqimie.
Nia mengangguk faham."Ok. I pun bukannya nak lama pun....."Nia mula perasaankan sesuatu. Haqimie ni ada hati dengan Sara ke?
Haqimie tersenyum senang."Oh sorry I dah lambat, pergi dulu ya. Nanti I contact you, ok?"kata Haqimie sebelum berlalu.
Nia pun berlalu dan naik ke tingkat tujuh menuju ke pejabat Amir. Dia memberikan senyuman kepada Mona sebelum melangkah masuk.
"Ini fail list barang yang you minta hari tu."kata Nia sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat Isyraf. Isyraf mengangkat sedikit mukanya.
"Oh Nia! Let me check first!"Isyraf menghulurkan tangannya menyambut fail dari tangan Nia. Ketika itu matanya menangkap gelang putih di pergelangan tangan kanan Nia.
"Nice one!"Isyraf merujuk kepada gelang di tangan Nia.
Nia agak tersentak. Cepat-cepat Nia menyembunyikan gelang tersebut."Thanks. Its a give."kata Nia sebelum melabuhkan duduk di hadapan Isyraf.
"From someone special, i guess."kata Isyraf sambil menumpukan perhatianna kepada fail tadi.
"Very special."balas Nia pendek.
"The loved ones ke?"tanya Isyraf relaks.
Nia diam sekejap."I dont know."Nia menunduk.
Isyraf tersenyum kecil."Kenapa? One sided love ke ni?"
Nia menatap wajah Isyraf yang seakan sama dengan Amir. Ingatannya terusik. Kenangan zaman persekolahan bermain -main di minda.
"I pun tak faham. I'm just waiting."Nia tidak langsung melepaskan wajah Isyraf.
Isyraf diam. Dia memandang wajah Nia. Ada kesedihan di mata Nia. Ada juga perit di hatinya. Mahu sahaja dia meneriakkan kepada Nia yang Amir sudah pun dihadapannya. Dialah Amir.
"For how long?"tanya Isyraf tak rela. Mata Nia ditatap pedih.
Nia diam. Mata Isyraf seoalah-olah berat menikam jantung. Dadanya sesak.
"Sampai dia kembali."
Isyraf mengangguk perit." Kalau dia tak kembali?"
Nia mengalihkan pandangannya."I tak tahu." Nia menarik nafas berat.
"I tak tahu apa I nak buat. I dah tunggu dia lama. Cukup lama. I dah tak tahu, macam mana nak berhenti. Berhenti untuk tunggu dia. Berhenti untuk berharap padanya. Berhenti...."Nia mula teresak kecil. Dia memegang dadanya yang sesak.
"Berhenti untuk mencintainya."
Isyraf turut berduka. Mahu sahaja dia memujuk Nia tapi apakan dayanya.
Tiba-tiba ketukan di pintu mengejutkan Nia dan Isyraf. Nia lantas menyeka airmatanya. Isyraf membetulkan duduk sebelum memanggil orang tersebut masuk.
"Oh! Sara. Come in!"pelawa Isyraf. Sempat Isyraf menjeling sepintas kepada Nia yang agak muram.
"I menganggu ke?"tanya Sara lembut. Dia memandang Nia dan Iyraf silih berganti.
Nia menggeleng perlahan kepalanya."No. You tak menganggu pun."Nia bangun dan menghulurkan tangannya bersalaman dengan Sara.
"Hai! Im Dania. Just call me Nia. I wakil syarikat Berjaya Holdings."Nia memperkenalkan diri.
Sara menyambut tangan Nia dengan mesra."I'm Sara. Nice to meet you."
Nia terpana. Berat untuk dia mengakuinya namun gadis dihadapannya memang mempunyai aura yang tersendiri. Wajahnya yang cantik mungkin disebabkan darah campuran pastinya membuatkan ramai gadis lain mencemburuinya. Walaupun Sara setahun lebih tua namun tidak terlihat langsung melalui penampilannya.
Dengan potongan rambut yang pendek separas bahu membuatnya kelihatan lebih muda dalam masa sama kelihatan matang .Sesuai dengan jawatan sebagai Pengarah utama IndoSytle.
"Nampaknya you two macam serius sahaja berbual. I'm sorry ok, Amir memang agak tegas dengan kerja. I pun dah penat nak nasihat dia. He just like my father. Amir ada buli-buli you ke Nia?"gurau Sara. Sara menggunakan panggilan nama Amir kerana lebih selesa.
"Eh! Tak adalah. He fine."balas Nia cuba untuk ceria. 'Amir'. Dia sakit mendengar nama itu disebut oleh Sara.
"Good. Kalau dia ada buli-buli you, just let me know, ok."Sara memgang tangan Nia lembut.
"Well, alang-alang you di sini, why not you join us lunch?"ajak Sara. Isyraf merenung Sara seakan tak percaya.
Nia gak tak selesa."No! No! It's okay."Nia menolak sopan.
"Are you sure?"tanya Sara."Jomlah. Kita boleh borak-borak."
Nia menggeleng laju."No. Maybe next time. You tu baru balik. Mesti nak luangkan masa dengan tunang you. I tak nak lah ganggu."Nia memberikan alasan.
Sara memandang Amir."I tak kisahlah kalau you nak join.
Nia tetap menggeleng."Takpelah. Next time ok. Anyway, welcome back to Malaysia. It almost 4 months you duduk Jepun, am i right?"tanya Nia.
Sara mengangguk."Yup. 4 months and 1 week with 3 days."
"See? Mesti dah lama you tak hangout dengan your fiance. Pergilah."Nia menyuruh.
Isyraf bangun dan berdiri di samping Sara . "Sure tak nak join, Nia?"tanya Isyraf pula.
"Ya."Nia memandang Isyraf. Hatinya bergetar. Marahkah? Cemburukah? Dia pun tak pasti.
Nia melihat jam ditanganya."Oh! I dah lambat ni. Pergi dulu. Sara, jumpa lagi ok?"kata Nia sebelum berlalu.
"Bye."balas Nia dan menghantar bayang Nia sehingga hilang. Sara memandang Amir."I really like that girl."
"So?"Amir mengambil blazernya dan melangkah keluar dari pejabatnya.
"You rasa I boleh jadi kawan dia?"tanya Sara sambil menuju ke lift.
"Why not?"Amir memandang Sara.
"Entahlah. I dapat rasa, Nia macam tak suka dengan I."Sara memandang ke arah lain.
"Ish! Mana ada. tu baru pertama kali you jumpa , kan? Nanti okkah tu."terang Amir. Mereka turun ke basement. Amir membukakan pintu tempat duduk pemandu untuk Sara sebelum turut masuk ke dalam kereta.
Dari dalam kereta, Nia memerhatikan Amir dan Sara. Tanpa semena-mena air matanya mengalir. Dia pun tak tahu kenapa hatinya perit sangat. Dia rasa seolah-olah Amir pergi memilih yang lain.
"Dia bukan Amir. Dia bukan Amir. Dia bukan Amir......"Nia mengingatkan dirinya. Namun, airmatanya tetap meluncur laju.'
'DIA BUKAN AMIR!!!!'teriak hati Nia.
YOU ARE READING
Timeless Love(COMPLETED)
Teen FictionDania Sofea, gadis pintar! Namun suka datang lewat ke sekolah! Bukannya lewat pada 10 minit terakhir tetapi saat-saat terakhir sebelum pagar sekolah ditutup. Malangnya, segalanya berubah apabila ada seorang pengawas lelaki yang tiba-tiba sahaj...