BAB 4:-

7.2K 467 8
                                    

   "Aku dah lambat!"

  Itulah ayat yang sama yang keluar daripada mulut Dania Sofea buat kali ke- 8 pagi ini. Pada masa yang sama juga, Nia sedang mengeluarkan sepenuh tenaga yang boleh diperolehinya hasil daripada dua keping roti bakar dan segelas Milo yang di makannya ketika bersarapan tadi untuk membolehkannya berlari dengan lebih laju.

  Mujurlah juga , hari ini dia memakai pakaian sukan. Jadi tidaklah sesukar mana bagi dia untuk membuka langkah besar ketika berlari.  Kalau tidak, tentu sahaja  dia akan kelihatan seperti seorang mak cik kampung  dengan baju kurungnya   , sedang berlari  bersungguh-sungguh kerana terdengar jualan murah di super market.

 Berbeza pula dengan Nia. Dia berlari bukan kerana papan tanda SALE di Jusco sempena tahun baru. Bukan juga kerana, ada mana-mana artis lelaki Korea yang tersesat di tengah-tengah Bandar Baru Bangi dan memerlukan bantuannya. Bukan! Tak ada kena mengena lansung. Dia berlari kerana dia mahu memastikan dia sampai ke pagar sekolah seawal yang mungkin.

  Kenapa dia perlu berlari? Yalah, Nia kan memang biasa datang lewat ke sekolah, tak akanlah kali ini dia takut pula jika dia terlewat? Sebenarnya, dia tak kisah pun selama ini. Tetapi, sejak perlantikan AJK Baharu Badan Pengawas semalam, Nia mula berubah fikiran. Jadi, apa salahnya dia datang lebih awal ke sekolah. Dia dapat mengunakan waktu yang ada dengan mengulangkaji pelajaran. Bukankah itu lebih baik? 

  Poodaah! Nia nak datang awal? Tak payah mimpi!  Dia sebenarnya takut kena tangkap dengan Amir Si Ketua Pengawas. Lepas kena warning semalam, dia berusaha juga datang awal ke sekolah. Jadi, awal-awal pagi lagi dia dah keluar dari rumah dan bertolak ke sekolah. Hmmm? Awal? Awal jugalah, limat minit lebih awal daripada sebelum ini. Jadi itu kiranya  peningkatan jugalah.

 Sebaik sahaja pagar sekolah sudah kelihatan, Nia menghentikan langkah. Tercungap-cungap nafasnya. Laju jugalah dia berlari tadi. Sekarang ini pun sudah pukul 7.15 pagi. Tinggal lima minit lagi sebelum loceng sekolah berbunyi.

 "Hah! Penatnya! Kalau macam ni setiap hari, matilah aku!"keluh Nia. Dia memandang pagar sekolah yang tak jauh dihadapannya. Dia sudah boleh nampak kelibat beberapa pengawas yang bertugas .

  Ada beberapa pelajar di belakang sudah memotongnya. Aduh! Nak tak nak, Nia teruskan jugalah perjalanannya. Tetapi kali ini, dia hanya berjalan sahaja. Tinggal sahaja 100 meter jaraknya dari pagar sekolah, tiba-tiba kedengaran satu bunyi yang berkumandang di sekitar kawasan sekolah.

 KKKRRIIIIIIINGGGG..............!!!!!!!!

 Dan serentak itu juga, pagar sekolah ditutup. Nia tercengang. Otaknya seolah-olah tidak dapat mencernakan situasi ketika ini. Apa yang Nia tahu, bunyi tadi ialah bunyi loceng sekolah. Tapi , kenapa? Bukan ke awal lagi ni?  Nia berlari ke arah pagar  sekolah.

"Hei! Apasal korang tutup pintu ni? Kan awal lagi ni?" Nia menjerit geram. Tangannya menggengam pagar sekolah dan mula mengoncangnya dengan kuat. Rata-rata pelajar yang lambat juga merungut dan mula bersuara. Mereka bersetuju dengan Nia.

  Tapi memang tak logik . Ada tiga minit lagi sebelum waktu sebenar loceng sekolah sepatutnya berbunyi. Tapi kenapa loceng dah berbunyi? Adakah ini suatu konspirasi?

 "Awak ni kenapa, Nia? Tak cukup datang lambat ke sekolah, sekarang ni nak buat vandalisme pula? Nak rosakkan pagar sekolah?"sampuk satu suara. Amir Isyraf datang mendekati pagar sekolah. Dia memandang wajah Nia yang menyinga di sebalik tirai besi pagar sekolah.

"You late, AGAIN!!!"

 Tanpa gentar, Nia membalas renungan Amir tadi. Tapi , dia perlu menjengketkan sedikit kakinya kerana Amir jauh lebih tinggi daripadanya.

 "Kau ni gila ke apa? Apasal loceng bunyi awal sangat? Ada tiga minit  lagi sebelum pukul 7.20 lah , pak cik. Kau tak reti tengok jam ke?" marah Nia.

Timeless Love(COMPLETED)Where stories live. Discover now