Lapan tahun berlalu.....
"Dania Sofea, how your holiday?"Tegur Farina sambil melayang-layangkan sebuah fail nipis kepada Nia. Nia tidak mengalihkan pandangannya daripada skrin komputer di hadapannya.
"Holiday apanya? Aku bukan pergi mana -mana pun. Ada kenduri kahwin jelah.."kata Nia mendatar. Fail nipis tadi diletakkan di sisinya. Nia menjeling sepintas.
'Apa pula ni? Aku baru selesai dapatkan tender Berjaya Holding. Takkan ada lagi kot...'rungut Nia dalam hatinya. Mentang-mentang dia pekerja terbaik di syarikat itu tak bermakna setiap projek perlu serah pada dia.
Farina tersenyum nipis dan mengurut kecil bahu Nia."Kau ni asyik pergi kenduri orang je, kenduri kau bila pula? Sudah-sudahlah dengan kerja tu, tak bosan ke?"
"Kerja aku yang bosan ni jugalah yang tolong syarikat dapat untung, kau lupa? Lagipun salah siapa yang bagi aku semua projek tu? Ni? Ni pun aku kena handle kan?" Nia menunjukkan fail nipis tadi.
Farina tersengih."Dah kau je yang reti tarik hati client , so kaulah yang kena. Bukan aku yang pandai-pandai bagi tau, ni semua bos tercinta tu yang punya pasal. Aku tolong pastkan je."Farina merupakan pembantu peribadi Datuk Azman, pemilik sulung Golden Star Sdn. Bhd. Farinalah yang menjadi peneman terbaik Nia selama lima tahun dia bekerja di sini.
Nia diam tak membalas. Matanya dihalakan ke skrin semula. Tangan Farina dibahunya di tolak.
"Ala Nia, tolonglah. Datuk nak kau handle. Lagipun manalah tahu kan, naik bonus kau tahun ni? Hah! Tak nak ke? Bolehlah start buat persedian nak kahwin nanti...."cadang Farina.
"Kahwin? Calon pun tak ada lagi nak kahwin apanya?"sindir Nia.
"Calon pun tak ada? Tulah dulu si Fahrin yang syok kat kau tu kau tak nak layan. Sekarang ni dia dah kahwin dah pun , siap tengah tunggu baby lagi. Kalau kau terima dia dulu kan bagus, maybe dah dapat anak satu dah. "Farina mencapai mug berisi kopi Nia dan dengan selamba meminumnya.
"Kau ingat senang ke nak bagi hati dekat orang. Dah kalau aku memang tak suka nak buat macam mana? Lagipun aku baru 25 tahun ok? Banyak lagi masa...."Nia merampas kembali mugnya.
"Pergi buat sendirilah mak cik oi...."di intainya isi mug itu,"Habis kau minum?"
Farina tersengih seperti kerang busuk."Sedap kopi kau, pandai kau buat.,..."
Nia hanya menggeleng tak percaya. Diletakkan semula mug tadi. Badannya menghadap komputer semula. Farina mendekatinya.
"Tolong aku ya?"Dia buat muka kesian. Nia mengeluh."Yalah-yalah, nanti aku try settlekan."
Farina ketawa gembira."Thank you babe, nanti aku minta tunang aku kenalkan mana-mana kawan dia yang still single ok?"
Nia membuat isyarat tak mahu."Tak nak, tak nak. Aku tak sukalah..."
"Habis tu? Ohh, ke kau dah ada pilihan lain? Tak nak share pun...."rajuk Farina.
"Dah pergi sana. Nanti Datuk bising pula,"Nia mengelakkan diri.
Farina mula berhenti."Fine, siap kau nanti aku korek..."dia berlalu. Takut juga kalau Datuk Azman mencarinya.
Nia memandang kembali ke skrin komputernya. Tanpa sedar jarinya bermain-main dengan gelang putih yang di pakai di tangan kanannya.
'Di mana kau Amir? Bila kau nak balik?'
Nia dihantui tanda tanya yang tiada jawapan. Sudah lapan tahun berlalu tanpa khabar berita dari Amir. Memanglah sepatutnya dia melupakan Amir sekiranya Amir tidak kembali selepas tiga tahun tapi hatinya berkeras mahu menunggu. Walaupun, harapan itu makin lama makin pudar.
YOU ARE READING
Timeless Love(COMPLETED)
Teen FictionDania Sofea, gadis pintar! Namun suka datang lewat ke sekolah! Bukannya lewat pada 10 minit terakhir tetapi saat-saat terakhir sebelum pagar sekolah ditutup. Malangnya, segalanya berubah apabila ada seorang pengawas lelaki yang tiba-tiba sahaj...