Nia meletakkan dulang makanannya ke atas meja dan melabuhkan duduk. Kawan-kawannya yang lain juga ikut duduk bersamanya. Amir dan Zareef pula duduk di meja sebelah.
Nia membuka kotak zinger burger mliknya. Fries yang ranggup dan masih panas dimasukkan ke dalam mulut.
"Tak baca doa dulu ke?"tegur satu suara.
Nia memandang wajah Amir dengan jengkel.
"Kau ni kalau tak menyibuk tak boleh ke?"marah Nia.
Amir tersenyum sinis."Aku ingatkan je. Kalau ye pun lapar, janganlah sampai lupa baca doa. Nanti free-free je bagi 'syaitan' makan."
Nia tak membalas. Dah memang dia yang salah.
Amir mengangkat tangannya dan mengetuai bacaan doa makan mereka semua. Setelah selesai barulah dia berpaling kepada Nia.
"Hah! Makanlah. Tadi lapar sangatkan."perli Amir. Dia juga menghadap makanannya.
Nia menjeling marah kepada Amir sebelum mula makan. Bosan betul hari ini, semua benda yang dia buat mesti kena complain dengan Amir. Entah apa yang betul, semuanya salah di matanya.
"Best juga movie tadi kan?"kata Afiqah sambil menyuap fries ke dalam mulutnya.
"Memanglah best. Yang tak bestnya, ada orang tu tak habis-habis nak complain itu ini. Memekak je,"balas Nia . Sengaja dia menguatkan suaranya agar orang di meja sebelah sedar yang dia sedang memerli dirinya.
Amir yang sedang memakan ayam goreng KFC terhenti. Begitu juga dengan Zareef.
"Oh? Akulah yang memekak? Kau tu behave sangat ke tadi?"balas Amir tak nak mengalah.
"Apa aku buat? Mana ada apa. Kau tu yang asyik memekak. Ni tak boleh, tu tak boleh. Dah macam orang tua, asyik membebel je ."
"Aku membebel ? Yang kau tu main baling-baling popcorn macam budak-budak, elok sangatlah tu?"
Seketika minda Nia mengingat kembali kejadian di dalam panggung wayang tadi. Memang terbaik seat yang diaorang dapat. Tak belakang sangat , tak depan sangat. Nia, Erin ,Afiqah dan Wani duduk berempat dalam satu row yang sama, manakala Amir dan Zareef duduk di seat hadapan mereka. Baguslah juga, batas tetap kena jaga.
Pada mulanya semuanya biasa-biasa sahaja , tak ada apa pun yang berlaku. Sementara menunggu tayangan bermula, Nia dan seperti orang normal yang lain akan bermain dengan handphone mereka sambil mengunyah popcorn. Jadi, tengah-tengah melayani instagramnya, Nia menjerit kesukaan.
"Girls, tengok ni ."panggil Nia agak kuat sehingga menarik perhatian Zareef dan Amir di hadapan. Mereka yang terdengar Nia menjerit berpaling dengan wajah terkejut bercampur risau.
"Kenapa ni Nia?"tanya Amir risau.
"Ada masalah ke?"
"Ada. Masalah besar. Tengok ni, photoshot EXO ni lawa betul."kata-kata Nia membuatkan kawan-kawannya yang lain semua mengerumuni Nia.
"Mana?"
"Nak tengok jugak...."
"OMG!! Hotnya D.O"Erin merampas handphone untuk melihat dengan lebih jelas.
"Mana Lay? Oh!!Coolnya..."Afiqah sudah melentokkan kepalanya ke bahu Erin.
"Kan? Aku dah kata lawa. Sehun pun nampak cool giler dalam gambar tu..."Nia mengambil balik handphonenya dari tangan Erin.
Zareef sudah tergeleng-geleng kepalanya.
"Nia! Lain kali jangan terjerit-jerit macam tu lagi. Buat aku risau je la kau ni."nasihat Zareef.
YOU ARE READING
Timeless Love(COMPLETED)
Teen FictionDania Sofea, gadis pintar! Namun suka datang lewat ke sekolah! Bukannya lewat pada 10 minit terakhir tetapi saat-saat terakhir sebelum pagar sekolah ditutup. Malangnya, segalanya berubah apabila ada seorang pengawas lelaki yang tiba-tiba sahaj...