BAB 23:-

5K 274 18
                                    


  Nia melangkah perlahan-lahan menuruni tangga rumahnya. Farina yang sedang menonton televisyen memandang Nia sepintas." Lapar ke?"tanyanya.

"Aah. Kau nak air tak?"tanya Nia.

" Kau nak buatkan ke?" Farina tersengih."

"Heh! Jangan mimpi . Kau ingat aku bibik kau? Pergi buat sendiri." Nia hanya membancuh milo secawan untuk dirinya dan melabuhkan diri ke atas sofa sebelah Farina.

"Wei!!"Farina cuba merebut cawan Nia.

"Ops!Ops!"Nia mengangkat tinggi cawannya."Kau buat sendiri ye. Ni aku punya..."Sengaja Nia menghirup airnya depan Farina. Tiba-tiba kedengaran handphone miliknya berbunyi.

Segera Nia mencapainya. UNKNOWN NUMBER.

"Siapa pula call malam-malam ni?"Nia merungut kecil sebelum menjawab.

Kedengaran di hujung panggilan sesorang memberi salam dan Nia menjawabnya.

"Siapa ni?"tanya Nia berterus- terang.

Ada ketawa kecil yang kedengaran."Ni Haqimie la."

  Dahi Nia berkerut. Haqimie? Dia memandang Farina yang juga sedang membalasnya. Farina seolah-olah bertanya siapakah orang menelefonnya.  Nia hanya menuturkan nama Haqimie tanpa mengeluarkan suaranya dan di fahami oleh Farina.

" Macam mana you dapat my phone number?"tanya Nia ingin tahu.

 Haqimie ketawa lagi."Adalah. Ni I nak tanya you something ni...."

Nia meletakkan cawan ke atas meja kecil di hadapannya."Ada apa?"

"Bila you free?"

Nia membeliakkan mata." Kenapa tiba-tiba tanya ni?"

"Pelik ke kalau I tanya?"

"No. Selalunya orang yang tanya bila seseorang tu free sebab nak jumpa dia...."Nia berfikir logik.

"Memang I nak jumpa you pun. Baguslah you dah tahu, tak payah susah-susah I nak susun ayat...."Haqimie sedang tersenyum kecil di hujung panggilan.

"Apa you cuba buat ni Haqimie?"tanya Nia tegas.

"I'm asking you out for lunch tomorow."Haqimie cakap sepatah-sepatah.

"No!"

"Why ?"

"Its not okay , Haqimie."

"Why not?"

"Because I can't."Nia meninggikan sedikit suaranya.

"Give me some reason."

Nia mencebik."Because I'm too busy , I ada banyak sangat benda nak buat dan perlu selesaikan...."

"Banyak sangat ke sampai you tak pergi lunch?"Haqimie menyusun perangkap.

"I pergi juga lunch tapi dekat dengan office I jelah..."

"Good! Nanti I datang office dan kita pergi lunch."Haqimie memberi kata putus.

Nia duduk tegak."I tak cakap pun I nak lunch dengan you Haqimie."

"Well, I nak lunch dengan you."

Nia cuba menghalang tapi terhenti...

"Esok I datang office you time lunch."

"Tapi..."

"Okay, see you tomorow. Night!"Panggilan di matikan begitu sahaja.

Nia mencampak handphone ke tepi."Apa masalah dia ni?"Nia menyandar kasar.

Timeless Love(COMPLETED)Where stories live. Discover now