BAB 24:-

4.9K 273 15
                                    


Haqimie sedang duduk di dalam pejabatnya ketika Amir melangkah masuk.

"Apa kau cuba buat?"tanya Amir tiba-tiba tanpa sepatah salam.

Haqimie tidak mengangkat muka."Mana adab kau, Amir?"

Amir tak menjawab."Kenapa kau jumpa Nia tadi?"

Haqimie menjeling Amir."Saje. Keluar makan , borak-borak kosong. Ada masalah ke?"

Amir memandang Haqimie tajam."Apa motif kau?"

 Haqimie menghela nafas. Dia bangun menghadap Amir. Ketinggian mereka yang hampir sama memudahkan Haqimie merenung Amir."Kau rasa sebab apa aku jumpa Nia?"

"Jangan libatkan dia. Dia tak ada kena mengena dengan hal kita....."pinta Amir.

"Kau tak nak libatkan dia, yang kau pergi jumpa dia lagi kenapa?"bentak Haqimie.

"KAU! KAU yang paksa aku buat macam ni. Kalau kau tak rapat, kalau kau tak jumpa dia lagi, aku tak perlu buat macam tu Amir. AKU TAK PERLU TIPU DIA!!! "marah Haqimie.

Amir meluru kepada Haqimie dan mencekak lehernya."Apa salah Nia? HAH! Apa salah dia?"

"Salah dia kerana kerana tak pernah keluar dari hidup kau! Salah dia kerana dia tak keluar dari ingatan kau. Salah dia, sebab tu kau tak boleh terima Sara."balas Haqimie.

 Dia memandang tepat mata seseorang yang dianggap sahabatnya. Hanya kerana perempuan mereka bergaduh sebegitu rupa.

"Kenapa perlu kaitkan Sara? Aku tak  pernah cintakan dia, kau yang paksa aku terima dia. Kenapa aku yang perlu berkorban?"tanya Amir bertubi-tubi.

Haqimie tersenyum perit. "Kau hutang aku sesuatu, kau lupa?"

Tangan Amir diturun perlahan-lahan. Dia terkedu apabila Haqimie mengungkit hal itu.

"Kalau tak kerana aku, kau dah mati kena belasah dulu. Kalau tak kerana Sara kau takkan genggam ijazah kau, kau takkan dapat jawatan besar dekat syarikat ini. Aku yang tolong kau. Semua yang kau ada atas ihsan Sara. Kau lupa ke? KAU LUPA KE?"tengking Haqimie.

 Amir terduduk di sofa. Mana mungkin dia lupakan peristiwa lapan tahun dulu. Semuanya bermula kerana Haqimie, ya, dia tak pernah lupa.....

 AAARGHH!!YA ALLAH!Jerit Amir sekuat hatinya. Tolonglah aku ya allah. Tiada apa lagi yang dia mampu harapkan kini. Badannya penuh darah akibat luka tikaman. Tambahan pula tubuh dia di pijak-pijak oleh si samseng. Matanya mula kelam. Telinganya terdengar suara lantang orang menjerit dan tendangan ke tubuhnya mula berhenti.

 Amir  cuba membuka matanya dengan susah payah. Kelibat dua orang lelaki cuba membantunya."Are you ok sir?"tanya satu suara.

"Aku rasa ni budak Malaysia ni...Ya allah. Apa dah jadi ni?"sampuk satu lagi suara. Amir dapat rasa tubuhnya diangkat dan dipapah seterusnya dia tak sedar apa-apa lagi.....

  Amir membuka matanya. Cahaya terang menggangu penglihatannya. Perlahan-lahan matanya mula menangkap beberapa wajah. "Kau ok tak,? "tanya satu suara. Ketika itu, wajah Haqimie yang berusia awal 20-an menghiasi pandangannya.

 Pemandangan hospital menyedarkan Amir yang dia nasih selamat. Rasa syukur yang tak terhingga kepada tuhan di panjatkan dalam hatinya.

 Amir bangun dan cuba duduk sambil di bantu oleh Haqimie. Dia mengaduh kecil kerana luka tikaman di kiri rusuknya masih belum sembuh.

"Macam mana kau boleh terlibat dengan samseng-samseng tu?"tanya Ijoi, mamat dengan rambut botak. "Kau kena hati-hati sikit. Sini bukan Malaysia yang kau boleh buat sesuka hati. Ini tempat dorang, kena pandai bawa diri. Ni, nasib baik kita orang lalu jalan tu, kalau tak dah arwah dah kau ni...."kata Ijoi.

Timeless Love(COMPLETED)Where stories live. Discover now