Pagi itu, Amir bertugas seperti biasa. Meronda. Kawasan pagar sekolah memang spot wajib dia kena ronda. Dia kena memastikan tak ada pengawas yang curi tulang dalam menjalankan tugas. Amir perasan kelibat Nia yang baru memasuki pagar sekolah. Terdengkot-dengkot Nia berjalan. Mesti gara-gara terjatuh semalam.
"NIA!!"sapa Amir.
Hampa. Bukan sahaja Nia dia membalas sapaannya, memandang mukanya juga tidak. Namun, Amir tak mudah mengalah.
"Nia!"kali ini Amir siap menghalang Nia.
Dengan muka menyinga Nia memandang Amir."Apahal kau ni?"
Kejam? Memang kejam glier ayat Nia. Amir pun agak sentap di situ tapi nak buat macam mana? Perempuankan. Layankan jelah baran Nia tu.
"Kau ok ke?"dengan nada lembut Amir bertanya. Dia merujuk keadaan kaki Nia.
Nia memandang wajah Amir tajam."Yang kau sibuk nak tahu kenapa?"
"Aku cuma nak jadi prihatin. Salah ke?"
Nia tersenyum sinis.
"Prihatin? Kalau kau betul-betul prihatin pasal aku, boleh tak kau jangan tunjuk muka kau depan aku lagi. Blahlah!!" Nia mahu berlalu tetapi ditahan Amir.
"Aku minta maaf k? Takkan sebab komik bodoh tu kau nak benci giler kat aku?"Amir mula geram. Dari tadi dia cuba berlembut.Namun, perlakuan Nia memang menguji sabarnya.
"Oh? Komik bodoh? Jadi aku ni orang bodohlah sebab baca komik bodoh macam tu? Itu maksud kau?"
"Tak. Aku tak cakap macam tu..Aku..."Kata-kata Amir dipintas Nia.
"Yalah! Betullah aku lupa. Kau budak pandai, kelas Sains kan? Aku ni budak biasa je. Tak pandai macam kau." Laser mulut Nia menjawab.
Amir semakin resah. Bukan itu maksudnya."Bukan..."
Nia masih tak berhenti."Aku ni buang masa je baca komik, melepak. Senang cakap, macam langit dengan bumi kalau compare dengan kau."
Amir menghela nafas berat. Kalau orang lain mungkin dah kena tengking sekarang ni. Tetapi dengan Nia susah betul dia nak marah.
"I'm sorry."
Nia menjeling sepintas sebelum berlalu pergi tanpa sebarang balasan.
Amir tidak pula menghalang. Dia faham, Nia masih memarahinya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Amir menyelak fail di tangannya sambil berjalan . Keadaan di sekeliling tidak dihiraukan. Sehinggalah dia terdengar seseorang memanggil namanya.
"Amir!!"
Amir menangangkat muka.
"Oh! Fiqah." Dia menghadiahkan senyuman kepada Afiqah dan Erin disisinya.
"Khusyuk nampak? Kita orang ganggu ke?"Tanya Afiqah. Mereka sebenarnya dalam perjalanan ke tandas dan bertambung dengan Amir. Dah alang-alang jumpa , berboraklah jawabnya.
"Tak adalah."pendek sahaja jawapan Amir.
"Ni, aku nak tanya sikit."Erin memandang Amir.
"Sampai bila kau nak buat tak tahu dengan Nia? Dah seminggu. Tegur pun tak."Erin melepaskan persoalannya.
Amir memandang ke arah lain."Entahlah."
Afiqah dan Erin berbalas pandang."Kau tak nak minta maaf ke?"
"Aku dah minta maaf tapi dia yang buat tak tahu."Amir menerangkan keadaannya.
"Bila kau minta maaf kat dia?"
YOU ARE READING
Timeless Love(COMPLETED)
Teen FictionDania Sofea, gadis pintar! Namun suka datang lewat ke sekolah! Bukannya lewat pada 10 minit terakhir tetapi saat-saat terakhir sebelum pagar sekolah ditutup. Malangnya, segalanya berubah apabila ada seorang pengawas lelaki yang tiba-tiba sahaj...