Amir Isyraf duduk seorang diri di Restoran Aneka Citra. Dirinya masih terkejut dengan panggilan dari Nia tadi. Maklumlah, tak pernah langsung Nia cuba menghubunginya sebelum ini, walaupun dia tahu Nia memang memiliki nombor telefonnya.
Hatta, dirinya sendirinya juga tak pernah. Bukannya dia takut atau tak peduli, namun dia sebenarnya segan untuk menelefon Nia. Takut juga kalau dia kelihatan terdesak atau memaksa. Lagipun, ianya memang bertentangan dengan prinsip yang di pegangnya selama ini.
Amir merenung lama handphone di tangannya. Hatinya mendesak untuk menghubungi Nia semula namun akalnya menghalang.
'Jangan call dia!'akalnya menasihatinya.
'Kau mesti jarakkan diri daripadanya. Nanti kau sendiri yang akan susah......'
Amir mengeluh kesah. Apa yang patut dia buat?
'Call jelah. Kesian dia....'hatinya memberi kata lain pula.
Amir bermain -main dengan telefonnya. Nombor Nia sudah tertera di skrin. Hanya tinggal buton call sahaja yang perlu ditekan.
'Nak call tau tak?'
Amir tahu, dia sudah banyak membuat Nia salah faham akan tindakannya. Namun , nak buat macam mana? Dia bukannya orang yang senang meluahkan apa yang dirasanya. Dia lebih selesa, isi hatinya dijelaskan melalui perbuatan. Namun, pernahkan Nia cuba untuk faham?Tak masalahnya, pernahkan setiap perempuan di dunia cuba memahami apa yang cuba para lelaki sampaikan?
SITUASI 1
Kantin sekolah- Pada waktu rehat....
Amir bukannya tak nampak Nia yang ketika itu melambainya tetapi dia sengaja buat tak tahu ketika itu. Bukannya apa, masa itu dia tengah berbual dengan Laila , takkan dia nak hiraukan Laila yang tengah bercerita dan beralih perhatian kepada Nia. Kecil pula hati sahabatnya itu nanti.
Lagipula, waktu itu pula merupakan waktu rehat. Ramai pelajar berada di sekitar kantin sekolah pada waktu itu. Dia tak mahu menimbulkan cerita tak elok pula mengenai hubunggannya dengan Nia. Sudahlah disaksikan dihadapan semua pelajar sekolah. Jadi nak tak nak, dia kena jaga kredibilitinya sebagai seorang Ketua Pengawas Sekolah. Sebab itulah, dia berpura-pura tak nampak Nia sehinggalah dia meninggalkan kantin sekolah.
SITUASI 2
Amir memang sedang tergesa-gesa ketika itu. Dia memang ada janji untuk membantu Laila pada petang itu. Tak sangka pula, Nia datang mencarinya pada hari itu. Memanglah , dia boleh je cancel kan perjumpaannya dengan Liala.
Namun, dia tak sampai hati. Laila juga mesti sudah menunggunya ketika itu. Lagipun, dia sendiri yang menabur janji dengan bersungguh-sungguh untuk membantu Laila menjaga kedai milik keluarganya.
Tak kan pula , dia nak mengingkari janjinya. Laila itu satu-satunya perempuan yang paling selesa berkawan dengannya. Dia sendiri kenal dengan baik keluarga Laila. Malah, adik lelaki Laila sudah dianggapnya sebagai adik kandungnya sendiri. Dia tak nak merosakkan hubungannya dengan keluarga Laila.
Mungkin Nia akan menganggapnya lebih menyebelahi Laila. Tetapi hakikat sebenarnya, dia memang ada janji dengan Laila. Dan dia juga bukannya seorang yang senang memungkiri janjinya. Jadi dia terpaksalah mengecewakan Nia.
Walaupun nampak kejam, dia sebenarnya pun tak sampai hati meninggalkan Nia terkontang-kanting hari itu. Tapi nak uat macam mana? Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Itukan kata peribahasa Melayu.....
SITUASI 3
Dan hari pula, dia memang sedang menungu Laila di kedai makan keluarganya. Dia ingat kan panggilan tadi daripada Laila. Dia langsung tak menjangka yang panggilan itu dari Nia. Dia yang tanpa kesedaran untuk memeriksa terlebih dahulu panggilan tadi terus menyebut nama Laila.
YOU ARE READING
Timeless Love(COMPLETED)
Teen FictionDania Sofea, gadis pintar! Namun suka datang lewat ke sekolah! Bukannya lewat pada 10 minit terakhir tetapi saat-saat terakhir sebelum pagar sekolah ditutup. Malangnya, segalanya berubah apabila ada seorang pengawas lelaki yang tiba-tiba sahaj...