BAB 30:-

5.4K 284 9
                                    

  "Datang pun."Dari jauh sudah kedengaran suara orang-orang yang menunggunya. Nia hanya tersengih sebelum melabuhkan duduk di meja yang telah diduduki oleh rakan-rakannya.
 
Afiqah masih dengan sut pejabatnya, Erin pula lebih relaks dengan kemeja dan seluar jeans, rambut panjang hitamnya dibiarkan lepas. Wani pula seperti biasa dengan blaus berwarna merah jambu. Nia yang baru melabuhkan duduk terus memanggil pelayan untuk memesan makanan.

"Can you get me spagehtti cabonara and watermelon juice?" Pinta Nia kepada pelayan lelaki itu.Pelayan itu menganguk sambil tangannya sibuk mencatat pesanan yang dibuat oleh Dania. Dia mengalihkan pandangannya kepada rakan-rakannya yang lain. "Korang dah order ke belum?" Tanya Nia.

Rakan-rakannya ketawa perlahan. "Dah lama dah kita orang order, kau tu je yang lambat." Nia tersengih bersahaja. Dia meletakkan beg tangannya di pangkuannya.

"So? Apa kes tiba-tiba nak ajak lepak ni?" Tanya Nia ingin tahu. Dah lama mereka tak berjumpa, masing-maisng sibuk dengan kerjaya dan kehidupan mereka.

  Afiqah dan Erin saling berpandangan." Tah? Wani yang call ajak nak jumpa."

 Mereka masing-masing memandang Wani yang hanya tersenyum tersipu-sipu. "Erm, aku ada benda nak share something." Kata-kata Wani mati tatkala pelayan cafe itu menghantar pesanan mereka. Wani menghirup sedikit air sirap miliknya. Dia seolah-olah sedang menambah keyakinan dirinya.

 Namun, Erin seperti tidak sabar. "So? Apa yang kau nak cerita tu?"

Wani menarik nafas perlahan. Yang lain kelihatan seperti  ternanti-nanti. Semuanya kelihatan tak sabar, maklumlah, mesti ada benda penting sampai Wani ajak mereka bertemu.
 Wanita itu terdiam seketika sebelum menyambung."I'm getting married."

Semua terkaku. Nia ,Afiqah dan Erin memandang Wani dengan pandangan tak percaya.
 Wani membulatkan sedikit mata dan menekankan sedikit suaranya.

"Girls, I'm getting married." Ulang Wani sekali lagi, dia mengharapkan reaksi yang lebih bagus daripada rakan-rakannya.
  

Afiqah , Erin dan Nia saling berpandangan. Tergamam. Kira-kira dalam sepuluh saat  selepas itu baru mereka terjerit kecil. Lambat sikit  baru dapat mencernakan kata-kata Wani tadi.

"Married?" Srentak kata-kata keluar dari mulut mereka bertiga.

"Seriously?" Nia terkejut beruk.

 "When?" Afiqah pula teruja.

  Erin lagi kecoh. "The main point is with whom?"

Afiqah tersenyum meleret. "Amboi tak nak share...tiba-tiba je nak kahwin dah. Now, who's the lucky guy?" Erin mengangkat kening dengan muka nakal.  Wani kelihatan seperti menarik nafas dalam-dalam sebelum mengungkapkan.

"Zareef."😶

Mereka terkaku lagi. Agak lama sebelum Afiqah memecahkan sunyi dengan soalannya.

"Wait! Zareef mana?"
Wani menjegilkan mata.'Tak dapat tangkap lagi ke?' Bisik hati Wani.

"Zareef mana lagi. Zareef Hadi lah." Kata Wani dengan nada segan.🙂

"Betul ke?" Nia bertanya seakan tak percaya. Melihatkan senyuman bahagia di wajah Wani, meyakinkannya.

"Betullah." Wani mengangguk mengiyakan. Seketika dia terasa segan pula. Seolah-olah tak sabar benar bercerita mengenai Zareef.

Afiqah dan Erin sudah berpandangan. Di bibir masng-masing sudah dihiasi senyuman sumbing. Yalah, sebelum ini, time zaman sekolah dahulu, bukan kemain kata tak ada hati dengan si Zareef tu. Ni tiba-tiba ajak bila ajak lepak sama-sama, kata nak kahwin pula. Tapi mereka tak kisah , yang penting Wani bahagia. Itulah gunanaya sahabat. Walaupun masing-masing dah bekerjaya, mereka berusaha untuk mengekalkan perhubungan mereka. Buktinya, setiap kali mereka adakan perjumpaan, setiap daripada mereka mesti berusah untuk hadir.

Timeless Love(COMPLETED)Where stories live. Discover now