Tiga
Jam tepat menunjukkan pukul sebelas malam. Umairah mundar-mandir di hadapan pintu bilik. Adrina menjenguk dari dalam bilik. Sesekali Umairah menjeling jam loceng di atas meja belajar. Ummi Umairah. Rakan sebilik Nadrah dan Adrina. Seorang yang sangat tegas dan mengambil berat. Terkenal dengan ketegasannya dalam unit uniform suksis. Aryana pula sedang nyenyak tidur. Sesekali dia berpusing ke kiri dan kanan. Matanya terbuka perlahan. Dia memandang Umairah sambil menggosok-gosok matanya.
"Kenapa tak tidur lagi?"
Nurin Aryana. Seorang gadis berasal dari Kuala Lumpur dan bersikap rendah diri. Tidak sombong, pemurah dan peramah.
"Ara ni mana tak balik-balik lagi..?"
Umairah mencekak pinggangnya.
"Laaa tak balik lagi ke? Dah lewat ni.."
Aryana bangun, duduk di atas katilnya sambil mengeliat.
"Hai...guys. Sorry balik lewat.."
Belum sempat Umairah menjawab pertanyaan Aryana, Nadrah muncul tersengih-sengih. Umairah mendengus panjang.
"Ara, kan aku dah cakap balik sebelum pukul 10.. Kau ni degil laa. Kalau jadi apa-apa macam mana? Kitaorang ni juga tau yang susah.."
Bebel Umairah.
"Yelah, Sorrylah. Okeylah aku nak masuk tidur.."
Nadrah menyengih seolah-olah tidak bersalah. Umairah menoleh ke arah Adrina. Adrina mengangkat bahu. Aryana pula baring semula mahu menyambung mimpi-mimpi indahnya.Awal-awal pagi lagi Safiyya sudah bangun. Mengulangkaji pelajaran. Sedangkan final exam lambat lagi. Syuhara yang baru sahaja selesai menunaikan solat subuh, menghampiri rakan sebiliknya itu yang sibuk mentelaah buku.
"Ya, kau tidur ke tak semalam?"
Syuhara melipat telekungnya.
"Tidur, aku bangun pukul tiga tadi.."
Balas Safiyya. Zahra Safiyya. Rakan sebilik Syuhara berasal daripada Seremban, Negeri Sembilan. Sangat kuat berusaha, rajin dan mengisi masa yang terluang dengan belajar, belajar, belajar.
"Kau jangan teruk sangat belajar sampai macam ni Ya, nanti sakit pulak.."
Ujar Syuhara sambil menguap.
"Tak ada apa la wei. Aku time STPM dulu pun buat macam ni dan hasilnya, aku dapat masuk U.. Sekarang target aku, dekan tiap sem!"
Safiyya menyengih panjang.
"Emm suka hati kau laa, aku nak sambung tidur.."
Syuhara berlalu ke katilnya. Safiyya mencapai sebuah lagi buku dan meneruskan pembacaannya.Syuhara mengintai dari jauh. Macam rusa masuk kampung. Melihat jejaka-jejaka beruniform suksis sedang berkawad. Semua kacak-kacak. Sumpah kejutan budaya betul ni. Kat sekolah dulu tengok kaum sejantina je. Kalau macam ni, tiap hari Sabtu aku nak lepak kampus, nak usha mamat-mamat ni.
"Assalamualaikum"
Seseorang memberi salam dari belakang memecahkan awan-awan angannya. Syuhara menoleh ke belakang lantas menjawab salam.
"Awak siapa? Nak apa?"
Soal Syuhara.
"Awak buat apa? Intai crush ke?"
Soal lelaki berkopiah itu pula.
Syuhara tersengih-sengih. Eeee dia ni pakai je kopiah main perli-perli pulak.
"Daripada mengintai macam ni. Apa kata join usrah saya? Kelab kami ada buat sedikit usrah lepas asar ni, jemput lah ke dewan blok A"
Balas Naufal apabila Syuhara tersengih-sengih tanpa memberikan jawapan. Syuhara terkebil-kebal pula kali ini.
"Aaaaa.. InshaAllah.."
Balasnya.
"Kalau boleh, ajaklah kawan-kawan. Nak ajak abang-abang suksis tu pun boleh.."
Naufal senyum kecil dan terus berlalu.
Berkerut dahi Syuhara mendengar ayat akhir Naufal itu. Memang suka perli ke apa dia ni? Sakit pula hati. Nak berusrah, usrah jelah. Takyah laa perli-perli aku. Eee sabar jelah.Sesudu nasi disuap Mikhail ke dalam mulutnya. Dia mengunyah laju. Kemudian, air teh O ais di hadapannya, disedut laju. Dia mengipas-ngipas dirinya. Panas, berpeluh. Maklumlah baru selesai latihan bola sepak. Nuqman di hadapannya sekadar meneguk air mineral.
"Ehh budak perempuan haritu.."
Nuqman memuncung ke arah Syuhara yang sedang berjalan sendirian menuju ke cafe.
"Alaa bro, aku tak cam, tak pakai spek ni.."
Pantas Mikhail menyelongkar begnya mencari kaca mata.
"Ohhh ini rupa sebenar dia, cantik juga bro.."
Mikhail senyum nakal.
"Haaa..kau nak buat apa? Kau jangan nak macam-macam.."
Pesan Nuqman. Mikhail sekadar senyum sinis.Umairah duduk sendirian di tepi padang kawad sambil mengelap peluh yang mengalir di dahinya. Dia meneguk air botol yang di bawanya dari rumah. Air botol yang disediakan oleh Aryana. Sweet sangat si Aryana tu! Emir datang menghampiri.
"Lepas ni terus balik ke?"
Soal Emir.
Umairah mendongak melihat Emir yang berdiri tegak di hadapannya.
"Baliklah, penat. Nak tido.."
Balas Umairah, meneguk buat kali kedua.
"Jom pergi makan nak tak? Takde geng laa.."
Confident Emir berkata-kata. Umairah ketawa kecil.
"Hai, punya ramai member lelaki kat sana tu, yang ni juga nak ajak makan, ajaklah diaorang..aku nak balik, penat. Bye.."
Umairah bingkas bangun lalu menggalas begnya dan terus berlalu.
Aduhh melepas. Susah betul nak try minah sorang ni. Takpe, lagi susah lagi aku suka.Syuhara menghampiri Safiyya yang kelihatan sangat fokus menyiapkan tugasan di dalam perpustakaan. Hari-hari cuti macam ni pun rajin datang kampus. Syuhara menggelengkan kepala.
"Ehh, Syuha, kau buat apa datang kampus? Cuti kan, takde kelas.."
Soal Safiyya sambil terus menaip pada komputer ribanya. Syuhara menyengih. Alamak, takkan nak bagitau aku usha bebudak suksis kot. Syuhara mengetap bibir.
"Emmmm, saja je, bosan lah. Kau pun takde kat bilik, baik aku teman kau.."
Syuhara mengukir senyuman melebar.
"Haa yelah tu, kau takde kerja ke nak buat?"
Soal Safiyya lagi.
"Ada tapi lambat lagi nak kena hantar.."
"Baik buat sekarang, tak elok tangguh kerja.."
"Tapi aku tak bawa apa-apa ni.."
"Itu tak sepatutnya dijadikan alasan.. Cubalah cari buku ke apa sana.."
Syuhara mencebik. Kena bebel pula. Dia bingkas bangun, buat-buat cari buku, tidak mahu Safiyya membebel lebih. Kalau macam ni baik pergi usrah daripada dengar minah ni bebel. Syuhara senyum kecil dan melangkah laju keluar dari perkarangan perpustakaan.Seperti biasa, di mana sahaja Nazrin duduk, di situlah gadis-gadis akan datang mengerumuninya. Tapi kali ini Nazrin bersama Ziyad. Ziyad mula tidak selesa dengan situasi itu.
"Ayien..ada kelas ke ni? Tak balik lagi dah petang ni?
Latifah atau nama samarannya, Love menghampiri lalu duduk bersebelahan Nazrin.
"Nak pergi usrah Naufal.."
Balas Nazrin dengan gayanya yang super kacak itu. Ziyad terkumat-kamit meniru perbualan mereka.
"Ohh.. Kalau macam tu, Love dengan Hana nak ikut jugalah.."
Latifah menyiku Hasanah yang berdiri di sebelahnya.
"Bukan kita datang kampus nak upah Safiy......"
Belum sempat Hasanah menghabiskan kata-katanya, Latifah menyiku buat kali kedua. Kawannya yang seorang itu memang lurus bendul. Kalau dibiarkan, habis semua rahsia terbongkar.
"Nak pergi usrah nak ke majlis ilmu ataupun agama, kena ikhlas, bukan sebab nak menggatal.."
Ziyad mengjegilkan biji matanya ke arah Latifah.
"Ehh, suka hatilah.."
Latifah menjeling.
"Dah asar ni.. Jomlah Ayien, banyak syaiton kat situ.."
Ziyad memuncung ke arah Latifah. Berkerut dahi Latifah, terlopong mulutnya apabila Ziyad berkata begitu. Nazrin pula sekadar ketawa kecil, malas nak layan. Nazrin membontoti Ziyad dari belakang.
"Eeee.. Kau tengok tuu.."
Latifah mendengus.
"Tengah tengoklah ni.."
Balas Hasanah. Latifah mendengus lagi. Geram dapat kawan lurus macam tu! Dia mengatur langkahnya berlalu pergi dari perkarangan itu. Hasanah yang terpinga-pinga turut mengatur langkah mengekori Latifah.Syuhara duduk paling hadapan sekali. Sebentar lagi usrah akan dimulakan. Naufal yang sedang mengedarkan roti kepada para hadirin, menghampirinya pula.
"Roti free ke?"
Soal Syuhara.
"Kalau nak bayar pun boleh.."
Balas Naufal.
Syuhara mengangkat keningnya inginkan kepastian. Naufal ketawa kecil.
"Freelah..."
"Ehh, tadi saya suruh ajak kawan-kawan kan? Kenapa datang sorang? Ke takde kawan? Loner ke? Ataupun forever alone.."
Tambah Naufal lagi. Dia tersengih-sengih dan terus berlalu mengedarkan roti kepada tetamu-tetamu lain. Ehhh geram je aku. Dia ni memang berselindung di balik kopiah ke apa? Asik nak perli aku je. Entah-entah dia suka aku tak. Bestnya ada orang suka.
"Ada orang tak?"
Seseorang menyapa, mengejutkannya dari lamunan. Syuhara menoleh, lalu menjawab pertanyaan itu dengan gelengan kepala. Cantiknya perempuan ni.. Bisik hati Syuhara. Tinggi, putih, pakai simple pun lawa. Emm kalaulah aku macam ni.
"Kau laa ni beria ajak aku pergi usrah laa apa laa, aku penat tau nak tido.."
Syuhara mencuri dengar perbualan gadis itu dengan rakannya. Ini mesti kaki tidur. Harap muka je lawa. Syuhara membuat andaian. Sekali lagi dia tersentak melihat susuk tubuh lelaki yang diminatinya masuk ke perkarangan dewan. Abang suksis! Bisik hatinya. Emir berjalan menuju ke dalam dewan bersama Nazrin dan Ziyad. Tak sia-sia aku datang usrah ni. Syuhara sudah start menyengih. Bertambah berbunga hatinya apabila Emir tersenyum sambil menuju ke arahnya. Haaaa, dia datang sini ke? Fuhhhh, sabar, chill, relax. Berdegup kencang jantung Syuhara. Tak sangka, dia pun usha aku dalam diamkan. Senyuman Syuhara yang tadinya meleret, bertukar masam mencuka. Abang suksis ni tegur orang sebelah aku? Diaorang kenal ke? Aaaaaa malunyaaaaaa.
"Ehh tadi kata nak balik tido?"
Soal Emir. Ziyad dan Nazrin berlalu duduk di bahagian belakang. Syuhara mencuri dengar perbualan itu. What? Tadi kata nak balik tido? Diaorang ni kekasih ke? Mesti diaorang ada whatsapp kan? Kalau tak macam mana Abang suksis aku ni tau akak sebelah ni nak balik tido. Emm kalau diikutkan perempuan ni laa lagi lawa kan. Siapalah aku ni, Ehhh jap. Mungkin kawan dia kot. Rasanya perempuan ni suksis juga. Takpe, minggu depan aku stalk lagi. Bisik hati Syuhara.
"Ni...Yana, ajak aku datang usrah, ikutkan hati nak tido je ni,,"
Balas Umairah, malas melayan. Aryana di sebelah menyengih sambil menyuap roti ke dalam mulutnya.
"Dah nak start ni..kau duduk laa tempat kau.."
Tambah Umairah.
Emir berlalu ke arah rakan-rakannya sambil tersenyum. Dapat berbual kejap pun jadilah. Perempuan ni macam taknak layan je. Hehehe, aku ada can ni. Syuhara mencuri lihat Emir yang berjalan di hadapannya. Perlahan-lahan ekor matanya mengekori susuk tubuh Emir. Wangi pulak tu! Astargfiruallahadzim! Behave Syuha!
YOU ARE READING
Budak Degree
RandomIni bukan kisah cinta semata-mata. Ini kisah suka duka mencapai segulung ijazah. Kisah pahit duka pengalaman demi segulung ijazah. Kisah kawan-kawan, pensyarah yang tak semuanya indah. Kisah-kisah yang tak serupa dan berbeza latar belakangnya. Nuqma...