Bab 5

1.1K 30 1
                                        

Lima

Adrina mengeluh panjang apabila whatsapp dari Ziyad masuk bertalu-talu. Mamat ni nak apa? Assignment dah selesai, dah hantar, apa lagi yang tak settle. Tak boleh ke biar hidup aku ni tenang aman damai sekejap.
"Dalam sangat tenung handphone tu.. Sape?"
Soal Aryana yang sedang menyiapkan tugasan di meja belajarnya. Umairah yang sedang mendengar lagu mencabut earphone dari telinganya, menoleh ke arah Adrina.
"Ziyad.."
Balas Adrina dengan wajah aneh.
"Ziyad. Okey kenapa?"
Soal Aryana lagi.
Adrina yang masih kehairanan, menunjukkan telefon bimbitnya kepada Aryana. Aryana membaca whatsapp dari Ziyad itu.

Ed, boleh tak keluar depan hostel kejap. Nak jumpa..

Terlopong mulut Aryana membaca whatsapp itu. Biar betul! Laju saja, Umairah merampas telefon bimbit Adrina dari tangan Aryana. Membaca dengan serius.

"Ehh..dia nak apa suruh kau pergi depan.."
Umairah curiga.
"Taktau laa, malas aku layan.."
Adrina menyambut semula telefon bimbitnya yang dihulur oleh Umairah itu.
"Ed..entah-entah dia nak confess tak? Dia suka kau kot.."
Aryana membuat andaian sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya.
"Kau gila..dia tu kawan gaduh aku je tau..!"
Adrina membantah.
"Dia nak apa ni?..Jom aku teman kau pergi jumpa dia.. Kalau dia macam-macam boleh aku belasah terus.."
Bicara Umairah.
"Malas laaa aku layan, tido lagi baik.."
Adrina menepuk-nepuk bantalnya mahu baring.
"Eh..Ed pergilah.. Aku nak tau juga.."
Aryana yang benar-benar ingin tahu, memujuk.
"Haaa laaa Ed, jomlah aku teman.."
Pujuk Umairah pula.
"Haish..yelah.."
Adrina bingkas bangun, mencapai tudung bawalnya dan disarung malas.

Sudah hampir empat jam Nazrin menghadap komputer ribanya tanpa henti. Menaip laju. Itulah Nazrin. Esok tugasan hendak dihantar, malam ni baru sibuk disiapkan. Nuqman pula sedang layan game bola seorang diri. Sesekali Nuqman bersorak apabila berjaya menjaringkan gol. Laju tangan Nazrin meletakkan jari telunjuknya dibibir meminta Nuqman senyap.
"Aku tengah struggle ni.. Diam kejap.."
Ujar Nazrin.
"Lain kali sejam lagi nak hantar assignment baru siapkan.."
Nuqman memerli.
Pintu bilik dikuak oleh Naufal.
"Asssalamualaikum.."
Nuqman segera menoleh. Kemudian menepuk dahinya apabila pihak lawan berjaya menjaringkan gol.
"Aaaaa Pal..kau nak apa..seri dah aku.."
Nuqman mendengus.
"Beb.. Aku cuma nak ajak kita solat berjemaah.. Dah maghrib belum semua ni?.."
Soal Naufal dengan senyuman sinis.
Nazrin masih fokus menaip. Nuqman pula tersengih-sengih.
"Belum.."
Balas Nuqman.
"Okey..aku rasa aku patut solat dulu meminta hidayah dan petunjuk supaya assignment ni dapat siap sebelum pukul 12 malam.."
Nazrin bangun dari duduknya. Membetulkan rambutnya yang berserabut.
"Alhamdulillah..Jom kita..aku tunggu kat depan.."
Naufal menutup semula daun pintu.

Dalam keadaan selekeh dan malas, Adrina berjalan menuju ke arah Ziyad yang sedang menunggu di cafe yang terletak di hadapan hostel perempuan itu. Umairah memerhati dari jauh. Adrina melihat dua gelas kosong di hadapan Ziyad. Mesti lama tunggu aku sampai bergelas air minum. Ada aku kisah ke? Bisik hati Adrina.
"Haaa nak apa?"
Soal Adrina sebaik sahaja duduk di hadapan Ziyad.
"Kau sebilik dengan Umairah suksis tu kan?.."
Soal Ziyad.
Adrina memandang Ziyad lama. Berkerut dahinya. Kemudian ketawa kecil.
"Kau jangan cakap kau nak tackle Umairah pula.."
Adrina sengih.
"Kau ni buang masa aku jelah kalau datang sini setakat nak cakap benda macam ni.. Ganggu tidur aku tau.."
Tambah Adrina.
"Tak.. Bukan aku, kawan aku.. Emir.."
Balas Ziyad.
"Emir?.. Kita ni baru sebulan kat sini tau, takkan dah nak cari cinta? Cuba ingat nawaitu sebenar kita ke sini untuk apa. Belajar tau bukan bercintun.."
Adrina mula bersyarah.
"Tak.. Aku cuma nak tolong member je. Orang kata kalau kita jodohkan orang, kita juga akan dijodohkan dengan orang yang baik-baik.."
Balas Ziyad. Adrina ketawa lagi.
"So., kalau aku sebilik dengan Umairah, nak aku buat apa?"
Soal Adrina acuh tak acuh.
"Bagi surat ni dekat Umairah.."
Ziyad menghulurkan sepucuk surat. Adrina menyambut disusuli ketawa sinis.
"Kenapa kawan kau tu tak bagi sendiri?"
"Sebab dia tahu Umairah takkan ambil.."
"Habis ni kalau aku bagi Umairah, ingat dia nak terima ke?"
"Kau buatlah sampai dia terima.."
"Yang kau beria sangat nak tolong kawan kau ni kenapa?"
"Because we are bro man.."
"Apa-apa jelah..aku nak masuk dah.kalau bernasib baik surat ni tak masuk tong sampahlah harapnya.."
Adrina bingkas bangun meninggalkan Ziyad.

Syuhara tersengih-sengih sendiri menatap telefon bimbitnya. Bosan. Tidak tahu apa yang hendak dibuat. Safiyya hilang entah ke mana. Keluar tidak berkhabar. Sudah hampir berjam Syuhara menatap telefon bimbitnya. Stalk crush bak kata orang. Satu persatu status Facebook Emir dibacanya. Anak matanya tertangkap pada satu status yang baru sahaja dimuat naik oleh Emir satu jam yang lalu.

Akanku usaha sehingga kau terima.

Syuhara mencebik. Dia tuju kat sape eh? Mesti perempuan haritu kan? Ni yang malas nak stalk ni. Buat sakit hati je. Alaaa Syuha kau siapa, sedar laa diri sikit. Hmm. Satu notifikasi masuk. Permintaan rakan dari seseorang. Mikhail Azran. Syuhara membuka profile. Eh.. Ni lelaki yang gelakkan aku haritu. Eee taknak laa approve. Kali ini, masuk messenger pula.

Aikk, online tapi taknak app. Sombongnya..

Eee apa hal dia ni. Dah puas gelak-gelakkan aku haritu, nak jadi member pula. Memang takla. Syuhara mengabaikan sahaja personal mesej dari Mikhail itu.

Mikha nak minta maaf pasal haritu. Sorry gelakkan Syuhara. Kita kawan boleh tak?

Gila! Apa hal mamat ni. Syuhara berfikir-fikir seketika. Entah-entah dia suka aku kan. Eeee aku ni suka sangat berangan! Urmm approve jelah. Syuhara menatap profile Mikhail itu lalu menekan butang approve.

Okey, saya maafkan.

Balas Syuhara. Syuhara menoleh ke arah pintu separuh terperanjat. Safiyya baru pulang. Syuhara menghembus nafas lega.

"Eee ingatkan siapalah tadi.."
Syuhara mengurut-nyurut dadanya.
"Ya.. Kau pergi mana semalam harini baru balik, tak bagitau pula tu.. Risau aku.. Ni, semalam Love dengan Hana bagi duit, suruh bagi kau,, kau berniaga apa?.."
Syuhara mengeluarkan wang kertas berjumlah lima puluh ringgit dari dalam beg duitnya lalu dihulurkan kepada Safiyya.
"Ada hal sikit.. Aku berniaga sikit-sikit la.."
Balas Safiyya. Menyimpan wang itu ke dalam begnya.
"Tak pernah pun kau berbisnes.."
Safiyya sekadar mengenyih lalu mencapai tuala dan baldi kecil berisi barang mandiannya. Mahu ke kamar mandi. Penat. Syuhara mencebik dengan seribu tanda tanya.

Nuqman melihat gambar screenshoot yang dihantar oleh Mikhail kepadanya itu. Perbualannya bersama Syuhara di Facebook messenger. Motif hantar? Nuqman menggeleng kepala. Mikhail ni jangan macam-macam. Dia kenal sangat kawannya yang seorang itu. Tak mungkin dia sukakan gadis selenge macam Syuhara tu. Laju jari jemari Nuqman membalas whatsapp Mikhail.

Beb.. Aku dah pesan kan kau jangan macam macam beb.. Jangan di kacau laa budak pompuan tu..

Beb, gua nak test je.. Dia macam suka aku juga je.. Ini peluang beb..

Kau nak buat apa ni Mikha? Jangan macam-macam. Budak bendul tu kau jangan kacaulah, kesian kat dia..

Wait and see jelah bro.. 😈

Last aku warning ni.. Kalau nak kawan boleh, jangan buat perangai buaya kau tu. Aku nak mengaji ni..

Aikk mengaji? Hahahhahahaha sejak bila bro?

Naufal paksa aku.. Dah dah bye!

Budak DegreeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang