Di saat semua kawan-kawan berseronok menikmati cuti di kampung masing-masing, Emir dan Umairah terpaksa mengorbankan masa menghadiri kem kor suksis di bawah kelab suksis mereka. Ini adalah kem terakhir mereka sebelum mereka bertauliah tak lama lagi. Kem diadakan di Kalumpang Resort, Tanjung Malim, Perak.
"Selalunya orang perempuan kalau cuti dia taknak join kem macam ni baik duduk rumah dengan family kan.."
Emir tiba-tiba muncul bersama bihun gorengnya dan duduk berhadapan Umairah. Umairah mendengus. Ada je mamat ni.
"Suka hati akulah.. kau ingat semua perempuan ni sama ke?"
Balas Umairah menyuap bihun goreng ke dalam mulut.
"Yes! memang kau lain. Sebab tu aku suka kau.."
Fuh. Straight forward sangat Emir ni. Dia ingat ni kem mencari cinta ke apa. Umairah malas melayan. Dia menyuap sesudu bihun terakhir dan sendawa kuat sambil mengangkat kening memandang Emir yang tersengih seperti kerang busuk itu.
"kenyang bye. Tuan kalau nanti dia nampak kita duduk berdua ni nanti mati kita.."
Umairah bingkas bangun. Emir sekadar sengih. Takpe,takpe.. Satu hari nanti mesti kau tangkap cinta punya dengan aku..Kampung Syuhara.
Deras sungai yang mengalir menemani lamunan Syuhara. Ya, ramai tak tahu tentang aku. Di sebalik cerianya aku. Di sebalik blurnya aku. Aku sepi. Syuhara mencampak batu ke dalam sungai. Nasib baik ada Safiyya yang sudi jadi kawan aku walaupun kadang-kadang tak nak layan aku, kadang-kadang pelik dan misteri. Mana ada orang nak kawan dengan aku. Mikhail pun main-mainkan aku je. Aku takde sesiapa dalam hidup aku. Cuma ada Paktam je, adik arwah ayah. Aku sebenarnya tak suka balik kampung. Kalau boleh aku nak duduk kat U selama-lamanya. Paktam aku bukannya macam pakcik saudara orang lain. Sebab tu setiap kali balik kampung aku akan lepak kat sini. Aku takut.. aku takut duduk kat rumah...
Kampung Aryana.
Majlis pertunangan Aryana berjalan lancar. Adrina datang memeriahkan majlis. Alah bukan jauh pun. Aryana di Kuala Lumpur, Adrina di Selangor. Sementara tidak buat apa-apa di rumah, Adrina mengambil keputusan untuk menghadirkan diri.
"beb! tak sangka aku tunang dah kau kan.."
Ujar Adrina selesai sahaja bergambar.
"Lepas ni kau pulak.."
Aryana mengusik
"Eh.. ke situ pula engkau.. aku boyfriend pun takde.."
Adrina mencubit pinggang Aryana. Aryana menepis tangan Adrina. Menggosok-gosok pinggangnya yang sakit dicubit. Bisa betul tangan!
"Eleh.. aku tengok si Yad tu suka kat kau.. lagi lagi lepas kejadian korang sesat tu.. eleh suka sama suka tapi malu.."
Aryana mengusik lagi.
"Eh..takde maknalah.. mak aku suruh belajar bukan bercinta.."
Adrina mencubit lagi kali ni di bahagian lengan.
"adoii adoi.. ee kau ni.. janganlah cubit cubit darah manis ni.."
Aryana mencebik.Kampung Ziyad
Terbuntang mata Ziyad melihat kaca televisyennya. Macam kenal! betul ke ni?! Dai' Pencetus Ummah. Itulah rancangan yang sedang ditontonnya. Wajah Naufal melekat di kaca televisyen. Seriously?! Ziyad masih tak percaya. Sepantas kilat dia mencapai telefon bimbit, mengambil gambar.
Ziyad : Pal.. kau ke yang dalam tv ni? Geng tengoklah Pal masuk tv woii...
Ziyad membuat kecoh di dalam group whatsapp mereka. Laju Nazrin membalas.
Ayien: Yelah wei.. aku pun tengah tengok ni, terperanjat aku, kawan gua artis beb, ustaz moden!
Nuqman: Patutlah cuti ni dia senyap je.. masuk tv beb..
Izzaq: Anak aku suka tengok kau pal..gelak dia..
Emir: Beb apa citer? Siapa retis? Aku kat kem taktau apa do..Seronok mereka membahan Naufal. Cita-cita Naufal nak sampaikan dakwah secara terbuka dah jadi kenyataan. Kalau ada rezeki, InshaAllah menang.
Naufal berlalu ke pentas belakang. Menghembus nafas lega. Telefon bimbitnya dibelek. Whatsapp dari group Housemate masuk bertalu-talu. Ni bahan akulah ni. Bisik hatinya. Segera dia membaca.
Ayien: Aku akan undi Pal tiap minggu!!
Nuqman: Woii Pal typing..
Naufal: Oo membahan ye.. doakan aku sahabatku..
Ziyad: Terkejut beruk aku tengok kau dalam tv do.. tak bagitau pun kan..
Naufal: saja aku bikin suprise.. terkejutkan..
Ayien: Mau tak terkejut.. sahabat kito..Naufal menyimpan semula telefon bimbitnya. Geli hati dengan guruan rakan-rakannya itu. Dia perlu ke ruangan disediakan untuk bersedia ke segmen seterusnya.
Kampung Safiyya dan Izzaq
Safiyya menghampiri Izzaq yang tersengih-sengih menghadap telefon bimbitnya. Whatsapp siapalah tu suka sangat. Safiyya menghampiri perlahan. Anak mereka baru sahaja lena. Jadi, inilah masa yang sesuai untuk menyerang Izzaq.
"Awak mesej siapa tu? Suka sangat.."
Safiyya menyilangkan tangannya. Wajah bengis. Jarang sekali Safiyya bersikap sebegini. Izzaq hairan. Apahal bini aku ni? Tak pernah pernah hangin macam ni.
"Housemate saya ni ha.. kan si Naufal masuk Dai, habis kena bahan.. Izzah tido dah ke?"
Balas Izzaq yang tidak mengerti apa apa.
"Tido dah.. betul ke housemate? Ke.. classmate PEREMPUAN.."
Sengaja Safiyya menekankan perkataan PEREMPUAN itu supaya Izzaq yang sengal ibu tu faham bahawa dia tengah menyindir.
"Apa awak cakap ni.."
Malangnya Izzaq masih tidak mengerti.
"Saya dapat whatsapp dari Nurani cakap awak ada skandal dengan Nadrah.. Natrah.. apa tah nama dia.. sweet couple yang baru putus tu.. ee awak ni memanglah kita kena rahsiakan perkahwinan kita tapi bukannya maksud awak boleh skandal sana sini.."
Wajah bengis tadi bertukar. Muncung Safiyya panjang sedepa.
"Alah.. awak percaya cakap Nurani tu? Dia tu memang masalah jiwa.. psiko.. Dia yang buat Yad dengan sape kawan perempuan dia tu Adrina, haaa sesat..awak tak ingat ke?"
Balas Izzaq pula.
"betul?"
"yelah takkan saya nak tipu.."
suara tangisan bayi mereka membantutkan perbalahan. Safiyya mengerling dan berlalu ke kamar untuk menjenguk anaknya. Izzaq mengekori.Kampung Nurani. Eh, sebenarnya Nurani tidak pulang ke kampung. Dia ada di asrama, sendirian....
Bosan.. kacau hubungan orang seronok jugak kan. Lagi lagi suami isteri.. Balik kampung pun bukan ada siapa.. semua orang tua kerepot taknak mati.. mesti Safiyya pelik macam mana aku boleh tau perkahwinan rahsia dia.. and Nadrah.. padan muka jadi mangsa aku.. dulu aku nak ridza kau halang.. ziyad dengan ed.. korang dah merasakan sesat di alam kubur.. siapa lagi mangsa aku ye..
Bicara Nurani sendiri. Minah psiko ni tiba-tiba muncul dan mengkucar-kacirkan mereka semua....apa rancangan Nurani sebenarnya?..
*already update. sorry buat you guys tunggu. Ingat lagi ke watak-watak mereka? hehehe. Hope you guys enjoy it. Comment sikit.*
![](https://img.wattpad.com/cover/91605501-288-k558310.jpg)
YOU ARE READING
Budak Degree
RandomIni bukan kisah cinta semata-mata. Ini kisah suka duka mencapai segulung ijazah. Kisah pahit duka pengalaman demi segulung ijazah. Kisah kawan-kawan, pensyarah yang tak semuanya indah. Kisah-kisah yang tak serupa dan berbeza latar belakangnya. Nuqma...