BAB 21

1.2K 46 32
                                    

Laungan azan berkumandang. Adrina diam kaku di dalam kereta. Ziyad pula tak tahu nak buat apa. Dia pun diam jugalah. Nak buat apa lagi. Berkali-kali melihat skrin telefon bimbit. Tiada liputan. Dia pelik juga apa hal ada suara orang azan pula. Sedangkan hari masih gelap. Baru pukul dua belas malam. Suara tu.. Suara macam kenal pula. Bukan tu suara Naufal ke? Yes! Suara Naufal!

Cermin kereta diketuk berkali-kali. Adrina menggeletar terperanjat. Memaut lengan Ziyad tiba-tiba. Tak sengaja! Sebaik sahaja menyedari tindakannya yang tidak disedari itu, dia melepaskan semula lengan Ziyad. Ziyad sekadar mengerling. Ziyad cuba melihat di cermin tingkap. Tak nampak gelap!

"Yad.. Apa tu?"
Adrina memejamkan mata tidak mahu melihat.
"Taktaulah tak nampak.."
Balas Ziyad.

Yad.. Ed..

Terdengar sayup sayup suara yang memanggil dari luar kereta. Tak dengar sebab cermin kereta tertutup rapi. Ziyad cuba untuk menurunkan cermin kereta namun dihalang oleh Adrina.

"Yad.. Tak payahlah.."
Adrina menggeleng.
Tiba-tiba keadaan di luar cermin kereta bercahaya. Raut wajah seseorang yang bercahaya di cermin tingkap kereta memeranjatkan lagi Ziyad dan Adrina.

kitaorang la...

Mulut raut wajah itu terkumat-kamit. Setelah diamati, barulah Ziyad cam. Nazrin! Ya! Itu Nazrin. Nazrin dan Aryana. Nazrin mengaktifkan mode tourchlight pada telefon bimbitnya dan disuluhkan ke arah wajahnya supaya Ziyad cam itu adalah dirinya. Cuma, Aryana yang berdiri kat belakang tu dah macam apa je. Menakutkan tau tak!

"Ed.. Ayien laa dengan kawan kau.."
Ujar Ziyad. Adrina membuka mata. Menjenguk ke arah Nazrin dan Aryana di luar kereta. Segera Ziyad menurunkan cermin kereta.

"Jom balik.. Diaorang semua tunggu kat sana.."
Ujar Nazrin menuding jari ke arah mereka yang lain yang sedang menunggu di jambatan. Jarak jambatan itu dan kubur ini taklah begitu jauh. Macam manalah boleh tak perasan diaorang ada kat situ. Adrina dan Ziyad menelan air liur. Adakah mata kita telah ditutup benda yang tidak sepatutnya sebentar tadi? Fuhhh. Habis kereta sewa ni macam mana?

"Kereta macam mana Yien?.."
Soal Ziyad.
"Dah siap beli spare tadi.."
Emir muncul menghulurkan minyak yang dah siap-siap dibeli tadi. Bukan minyak masak ye!
"Jomlah kita blah.. Seram sejuk ni duduk sebelah kubur.."
Ujar Aryana.

Semalam bagaikan satu mimpi ngeri dan pengalaman pahit yang paling pahit sekali. Hari ini Adrina demam dan tidak ke kelas. Mungkin ketegur disebabkan hal semalam. Menggigil satu badan. Panas tak usah cakaplah. Adrina cuma baring dan berselimut. Seram semalam tak habis lagi. Naufal kata dia dan Ziyad dan termasuk dalam tempat "dia". Itu yang kitaorang susah jumpa jalan keluar. Padahal kitaorang pusing kat tempat yang sama je. Hmmm..

Ziyad Sengal: Ed.. Asal tak datang class.. Kau okey tak?

Whatsapp dari Ziyad masuk. Dalam keadaan mata yang kutu dan layu itu, Adrina membalas. Menaip perlahan. Tak bermaya rasanya.

Adrina: Aku demam wei. Tolong bagitau lect.

Ziyad Sengal: Yeke.. Okey, get well soon..

Eh.. Rasa macam nak senyum jelah pula. Ada juga yang ambil berat kan. Terasa macam dihargailah pula! Lamunan Adrina terhenti apabila Umairah dan Nadrah pulang. Umairah menjinjit plastik makanan.

"Ed.. Aku belikan bubur tu.. Makanlah.. Jangan tak makan pula nanti lambat baik.."
Plastik makanan itu diletakkan di atas meja belajar Adrina yang suci bersih sebab tak pernah disentuh. Adrina sekadar mengangguk.

Tinggal sehari sahaja lagi teater Tanah Melayu bakal dipentaskan. Syuhara gigih berlatih walaupun hanya memainkan watak wanita yang bakal terbunuh ketika berlakunya peperangan. Sampai kat bilik pun dia berlatih sendiri. Safiyya yang sedang mengulangkaji pelajaran berkali-kali minta Syuhara senyap.

"Tolong.. Tolong jangan bunuh saya..."
Itu jelah ayat yang Syuhara ulang dari tadi. Mana taknya, itu je skrip yang dia kena hafal. Yang lain semua lirik lagu yang mana dia tak payah hafal pun takpe sebab nanti kena nyanyi bersama dan beramai-ramai so kalau tak ingat pun takde orang perasan.

"Syuha.. Dah laa tu.. Dah perfect.. Dah tido, rehat.. Esok nak kena perform.."
Ujar Safiyya. Syuhara menghampiri Safiyya di meja belajar. Syuhara segera melutut. Menyatukan telapak tangan kiri dengan telapak tangan kanannya.
"Tolong... Tolong jangan bunuh saya..."
Syuhara mengulangi lagi skrip itu.
"Syuha!! Dah! Tido..."
Balas Safiyya.
"Buatlah gaya-gaya tembak..."
Syuhara tidak pedulikan arahan Safiyya yang meminta dia untuk tidur itu. Nak tak nak, Safiyya layankan sajalah perangai gila Syuhara tu. Safiyya membuat gaya menembak tepat di dahi Syuhara.

Banggggg!!!

Syuhara pun terbaring. Konon-kononnya mati ditembak.

Dah seminggu Mikhail tak datang kelas. Apa tah lagi ke kampus. Ke mana dia tu? Batang hidung tak nampak langsung. Nuqman sendiri pun tak dapat khabar berita dari dia. Whatsapp tak reply, call tak dapat. Lecturer dah bising dah duk tanya mana Mikhail. Nuqmanlah yang jadi sasaran sebab Nuqman je yang paling rapat dengan Mikhail. Sampai Nuqman dah malas nak jawab soalan tu. Mana taknya, bukan lecturer je tanya, kawan kawan lain pun asik tanya soalan yang sama. Hello! Aku bukannya dua puluh empat jam jaga Mikhail tu even aku rapat dengan dia.

Nazrin berjalan keluar dari kawasan hostel. Nak pergi perint assignment. Pukul tiga kejap lagi nak kena hantar. Sekarang pukul dua. Sempat ni. Tapi... Kedai print tutup pula. Kacau betul. Nazrin menunggang motor mencari kedai print di kawasan yang agak jauh sedikit. Jumpa! Nazrin memarkir motor dan berjalan masuk ke dalam kedai.
"Adik.. Print.."
Ujar Nazrin menghulurkan pendrivenya. Gadis Melayu muda mungkin baru lepas SPM itu menyambut huluran Nazrin. Mencucuk pendrive pada komputernya.
"Mana bang?"
Soal gadis itu sambil mencari-cari fail yang hendak di print.
"Assignment Dr. Irwan print.. Haaa tuu.."
Ujar Nazrin.
"Banyak page ni bang.. Sehelai hitam putih seringgit tau.. Yang warna dua ringgit.."
Tutur gadis itu. Dahi Nazrin berkerut. Apa hal mahal sangat ni? Aku print depan hostel tiga puluh sen je yang tak warna. Yang warna batu lima puluh sen. Kau pakai ini kalis dosa ke? Kesian lah kat student macam aku. Apa ke gila? Hokaloh!
"Kenapa mahal sangat ni?"
Soal Nazrin.
"Taktaulah, bisa yang letak harga.."
Balas gadis itu. Biasalah Melayu jadi kuli je. Kedai tu kedai Cina. Ikut cakap bos jelah, kalau tak, tak dapat duit payahlah nak makan.
"Tak jadilah dik.."
Nazrin keluar semula dari kedai sambil mengomel dalam loghat kelantannya. Jam ditangan dilihat. Dah pukul dua setengah ni. Mana aku nak pergi print? Gila bapak mahal. Aku boikot kedai tu! Tiba-tiba servis print yang dibuat oleh rakan seuniversitinya melintas di kepala. Yes! Dia memetik jari. Kenapalah tak terfikir. Segera dia mencari semula iklan iklan yang dilakukan oleh rakan seuniversitinya itu di setiap group whatsapp.

Ridza:
Anda susah cari tempat print? Anda dah terlewat nak print? Anda nak berjimat untuk print?

Saya ada penyelesaiannya!

Come on to my room at Blok C bilik no 23 for bos
Send me your assignment via e-mel then i will print it and COD to you for girl.

Apa tunggu lagi! Saya tolong anda! Anda tolong saya!

Salah satu cara nak survive hidup kat universiti ialah dengan berniaga. Nazrin terus menuju ke bilik 23 blok C itu. Fuhhh nasib baiki da Ridza!

Tak, masalah dia sekarang kau kenalah belajar dari kesilapan Nazrin! Sokmo buat kerja last minute! Kalau buat awal kan senang! Segala kemungkinan dapat diatasi!

Jam dah pukul 2.40. InshaAllah sempat ni. Bisik hati Nazrin.

Budak DegreeWhere stories live. Discover now