Bab 2

1.9K 42 0
                                    

Dua

Tulah kau, kelas selalu ponteng. Lepastu takde group mula lah gelabah, lain kali kelas tu pergi laaa. Ini tak, sebab kau selalu skip kelas la kau tertinggal semua benda. Sekarang nak cari group pun susah.

Adrina membaca balasan whatsapp Ziyad itu.

Sekarang ni aku cuma nak jawapan, terima aku sebagai ahli group ke tak?

Laju Adrina membalas.

Macam mana aku nak amik kau sebagai ahli group bila kau selalu ponteng? Boleh ke kau yakin kan aku yang kau boleh buat kerja?

Adrina mendengus panjang. Aku nak jawapan, bukan nak kau bersyarah. Bisik hatinya.

Belum cuba belum tahu. Aku ni memang la selalu skip kelas, tapi aku jamin kerja aku semua tiptop!

Okey, boleh. Tapi aku nak kau buktikan kata-kata kau.

Haish, nak terima orang untuk jadi ahli kumpulan pun susah ke. Adrina membebel sendirian.

Sebagai ketua kelas, Lufti sudah menunggu di dalam kelas awal satu jam. Dia menyusun meja dan kerusi yang berselerak. Mengemas tempat duduk pensyarah. Dia kembali mengambil tempat duduknya, paling hadapan. Mengeluarkan buku nota. Seseorang menolak daun pintu. Lufti menoleh perlahan. Ziyad berjalan menuju ke arahnya.
"Epi.. Awal masuk?"
Ziyad menghulurkan tangan, bersalaman.
"Biasa laa, ketua kelas kan?"
Balas Lufti.
"Arghh kau, semua kau. Kau lahh ketua kelas kau laa ketua kelab, semua kau.."
"mestilah bro, kita masuk universiti kena cuba semua benda, kena aktif, barulah banyak pengalaman untuk minta kerja nanti bro.."
Pintu dikuak oleh seorang gadis pula. Serentak Ziyad dan Lufti menoleh. Adrina berjalan malas menuju ke arah mereka.
"rajin harini? Selalu susah nak nampak batang hidung"
Perli Lufti.
"Suka hati aku laa, yang nak perli sangat kenapa?"
Balas Adrina, malas melayan.
"Dengar cerita ada orang tu nak masuk group kita.."
Lufti menambah lagi.
"Okey fine kalau tak sudi tak apa. aku masuk sini dulu pointer 3.80 tau even selalu ponteng sekolah jugak"
Adrina mempertahankan dirinya sendiri.
"Aku dengar cerita kau kuat tidur je..boleh percaya ke?"
Lufti menambah lagi. Ziyad sekadar tersengih-sengih.
"Siapa cakap?"
Adrina menyoal, marah.
"housemate kau laa, Nadrah.."
Balas Ziyad, ketawa kecil.
Eee siap kau Nadrah. Bisik hati Adrina dan terus diam, malas mahu terus membahas dengan dua orang jejaka sengal itu.

Syuhara mencari meja kosong. Perpustakaan agak penuh hari itu. Dia mengelilingi setiap sudut. Hampir satu perpustakaan ditawaf. Di hadapan, pasangan bercinta acah-acah sedang belajar. Di belakang, geng-geng kepoh berbual, acah-acah menyiapkan tugasan. Di tengah, pelajar seni membentangkan kertas bersaiz A2, membuat lukisan. Dia melihat meja paling hujung dan tersorok di tepi dinding. Laju dia menghayun langkah mahu menuju ke sana. Setiba sahaja di situ, seseorang melabuhkan duduk terlebih dahulu.
"Eh, saya sampai dulu.."
Ujar Syuhara sedikit berbisik.
"Tapi saya duduk dulu.."
Balas lelaki itu lalu mendongak. Syuhara terperanjat. Alamak, ni lelaki kat padang semalam yang gelakkan aku tu. Harap dia tak ingat muka aku. Matilah aku. Mikhail memakai kaca matanya. Membuka buku, memulakan pembacaan. Fuhhh, rabun. Nasib baik. Mesti dia tak nampak aku semalam. Syuhara mengurut dada, lega.
"Dah kenapa berdiri sini?"
Soal Mikhail apabila Syuhara masih berdiri tegak di tepi mejanya. Syuhara memuncung. Dia menghayun kakinya mahu berlalu pergi tetapi dia dikejutkan dengan kedatangan Nuqman yang tiba-tiba menyapanya.
"Ehh, awak yang semalam kan? Yang kena bola tuu? Dah okey?"
Ujar Nuqman.
Syuhara mengerutkan dahinya. Aduh dia ni! Dah kenapa sebut pasal semalam kuat-kuat. Confirm kena gelak dengan mamat ni kejap lagi. Syuhara tidak membalas sapaan Nuqman, terus berlalu pergi.
"Wei, perempuan semalam tu ke? Kenapa tak bagitau awal, sumpah kelakar.."
Mikhail ketawa kecil.
Shyyyyyyyyyyyy.....
Pelajar bersebelahan mejanya memberi isyarat supaya mereka tidak membuat bising. Nuqman segera duduk dan sekadar senyum sinis.

Emir bergegas ke bilik Encik Raziman apabila dia diberitahu untuk berjumpa dengan pensyarahnya itu kerana tugasan yang dihantarnya tempoh hari tidak dijumpai.
"Betul awak dah hantar?"
Soal Encik Raziman.
"Betul Cik, saya kirimkan pada Mikhail"
Balas Emir.
"Kalau awak kirimkan pada Mikhail, Mikhail punya ada, awak punya je yang takde.."
"Emm kalau takde macam mana encik? Saya betul-betul dah hantar. Saya ada soft copy nya..."
"Takpe, kalau macam tu, awak pirnt baru. Hantar pada saya sebelum pukul lima petang ni"
"Baik cik, terima kasih.."
Emir mengomel sambil berjalan keluar dari bilik Encik Raziman. Eee Mikha ni hantar ke tak sebenarnya assignment aku. Haritu beria nak tolong hantar. Konon nak tolong member. Nasib baik ada soft copy. Kalau takde, memang naya aku. Sedang Emir mengomel sendirian, dia melihat Nazrin yang dikelilingi gadis-gadis dari jauh. Segera dia mengeluarkan telefon bimbitnya, mengambil gambar hendak dihantar ke group whatsapp rumah.

Nuqman : perghh hebat Ayien. Mintak sorang. Hahaha
Ziyad : Kau buat kerja ke kau menggatal ni?
Nazrin : Woiii. Siap kauuu Mir 😡
Naufal : Amboi, tiga hari aku kursus kepimpinan, macam macam awokme awokme semua ye.

Naufal baru muncul. Selama tiga hari senyap dan sunyi tidak muncul dalam group whatsapp. Muhammad Harith Naufal. Berasal dari Raub, Pahang. Aktif dengan kelab keagamaan. Selalu membuat aktiviti amal di universiti.

Emir ketawa kecil. Menyimpan semula telefon bimbitnya. Dia berjalan menuju ke kedai buku. Mahu mencetak tugasannya untuk dihantar kepada Encik Raziman.

Malam itu, Naufal mengemas beg pakaiannya. Dia menceritakan pengalaman selama tiga hari kem kepimpinan di Terengganu. Semangat Nuqman, Ziyad, Nazrin dan Emir mendengar ceritanya. Malam itu mereka betapa di bilik paling hadapan iaitu kamar  Naufal dan rakan sebiliknya, Izzaq. Naufal menanggalkan kopiah dari kepala. Menyimpan rapi di dalam almari pakaiannya.
"Assalamualaikum..."
Izzaq baru pulang. Entah dari mana pun mereka tidak tahu. Izzaq sememangnya begitu. Misteri dan pendiam. Keberadaannya sentiasa menjadi tanda tanya. Dia tiada di rumah ataupun ada di rumah, sama sahaja. Dia juga jarang berbual bersama rakan serumahhnya. Mohd Izzaq Affendi empunya nama. Pada awalnya, mereka juga hairan dengan sikap Izzaq, tetapi lama kelamaan mereka sudah biasa dengan keadaan itu. Sesampai sahaja di bilik, Izzaq terus menuju ke katilnya, menarik selimut ke paras dada dan terus melelapkan mata. Naufal, Ziyad, Nazrin, Emir dan Nuqman saling berpandangan lalu mengangkat bahu. Naufal menyambung penceritaannya yang tergendala tadi.

Adrina menghampiri Nadrah yang sedang menaip tugasan sambil menaip pada telefon bimbitnya dan tersengih-sengih umpama kerang busuk. Adrina dan Nadrah rakan sebilik.
"Ara, asal kau canang cerita pasal aku suka skip kelas suka tido kat rumah?"
Soal Adrina.
"Eh mana ada aku canang, aku just cerita je.."
Balas Nadrah, kemudian menolak ketepi komputer tibanya dan terus menaip pada telefon bimbit dan tersenyum sendirian.
"Arghh kau..kau dating 24 jam, balik lewat malam, aku tak cerita pun kat orang. Pasal aku kuat tido kau sibuk jaja kan?"
Adrina tak berpuasa hati.
"Alaaa Ed, kau jeles sebab aku ada pakwe ke apa ni..?"
Nadrah senyum sinis.
"Aku sikit pun tak jeles tau, kau tu dah buat reputasi aku jatuh. Biarlah aku kuat tido ke apa, kerja aku buat apa? Pasal kerja aku rajin buat takde pulak kau nak cerita, yang buruk juga kau nak jaja.."
"Relax laa Ed, ni mesti Epi dengan Yad perli kau ni? Aku memang laa cakap kau kuat tido tapi aku cakap juga kerja kau semua tiptop, siap cepat on the spot. Biasa laa manusia, bila cerita, part buruk juga yang diaorang nak bahan, part baik diaorang simpan.."
Nadrah menepuk bahu Adrina.
"Haaa yelah tu kau. Haa ni aku nak pesan, dating jangan lama sangat lain kali, kesian kat aku, selalu sorang kat bilik."
"Alaa jangan cakap pasal dating, aku dah rindu my baby Ridza."
"Eeee meluat aku, dah laaa daripada layan kau baik aku tido."
Adrina berlalu ke katilnya. Nadrah masih tersengih menatap telefon bimbitnya.

Budak DegreeWhere stories live. Discover now