Bab 6

973 27 0
                                    

Enam

Daun pintu bilik Encik Raziman ditutup rapat oleh Emir. Sebaik sahaja pintu ditutup rapat, dia mendengus panjang. Tak guna kau Mikhail. Sampai hati kau buat macam ni. Laju degupan jantungnya menahan marah. Dia mengatur langkah kaki laju berlalu pergi dari perkarangan bilik pensyarah itu. Langkah kaki dihayun dengan pantas. Sehinggakan berselisihan dengan Umairah pun tidak dihirau. Umairah hairan. Berkerut dahinya. Semalam bukan main bagi surat nak kenal lebih rapatlah apalah, sekarang tak layan pulak. Emm... Lelaki kan. Umairah membuat andaian sendiri.
Nuqman hairan melihat rakan serumahnya berdiri tegak di tepi padang. Kesemua ahli pasukan bola sepak universiti itu, bersurai ke tepi padang, berehat. Nuqman menuju ke arah Emir diikuti Mikhail.
"Ehh.. Mir, sejak bila sweet ni datang tengok aku training?"
Nuqman ketawa kecil.
"Tak.. Aku nak jumpa si Mikha ni.."
Emir memandang tajam ke arah Mikhail.
"Ehh.. Yeke bro? Whats up bro?"
Mikhail meneguk air mineral.
"Kau copy assignment aku kan yang haritu? Baik kau jawab dengan Cik Raziman, kalau tak kita dua-dua dia bagi kosong tau.."
Ujar Emir. Terperanjat Nuqman mendengarnya.
"Yeke?! Kau ni buat hal laaa Mikha!!"
Nuqman menepuk kuat bahu Mikhail.
"Ehh chill la bro. Gua tak copy pun, gua just paste je.."
Mikhail ketawa kecil seolah-olah tidak bersalah.
"Tak kira.. Sekarang kau ikut aku jumpa Cik Raziman.."
Emir menahan amarahnya.
"Tapi tengah training kan ni.. Relax laaa.. Esok ke.."
Balas Mikhail.
"Ehh Mikha, kau dah buat salah kau nak lepas tangan. Kau pergi ikut Emir! Pandai-pandai aku kelentong coach nanti.."
Kata Nuqman.
"Okey fine.."
Mikhail membontoti Emir yang menapak pergi dari kawasan padang itu.

Naufal mengintai di sebalik pintu. Terdengar perbualan Izzaq di telefon yang agak mencurigakan. Hajatnya untuk masuk ke dalam bilik, terbantut.
"Alaaa..janganlah sekarang, biarlah dulu. Nanti orang tau juga.."
"Jangan risaulah..semua okey je.."
Izzaq terperanjat apabila daun pintu dikuak luas. Naufal masuk sambil melemparkan senyuman lebar.
"Assalamualaikum.."
Izzaq membalas senyuman lalu menjawab salam kemudian menyambung semula perbualannya yang terjeda.
"Nanti call balik.."
Izzaq mematikan perbualan. Laju Naufal menyoal.
"Izz, aku bukan nak menyibuk.. Tapi.. Berbual dengan siapa tadi?"
Soal Naufal sambil menyengih.
"Oh.. Mak aku.."
Balas Izzaq. Naufal mengangguk. Sesuatu sangat Izzaq ni.. Apa sebenarnya yang dia sembunyikan? Perasaan ingin tahu Naufal semakin memuncak tetapi dia biarkan sahaja perasaannya itu. Bila tiba waktu yang sesuai, dia akan bertanya juga.

Dua naskhah tugasan yang dihantar minggu lepas dicampak oleh Encik Raziman di atas mejanya. Encik Raziman memandang dua orang anak muda di hadapannya itu.
"Sekarang awak ambil semula tugasan ni. Dan buat tugasan yang baru dengan tajuk yang baru!"
Bicara Encik Raziman.
"Awak guna tajuk lama tapi tukar kepada subjek matter yang baru. Faham?! Lepas ni saya taknak tengok lagi students saya meniru!"
Tambah Encik Raziman.
Emir dan Mikhail mengangguk. Mereka berdua berjalan keluar dari bilik itu.
"Aku dah kata chill kan, habis-habis pun kena buat baru, takdenya dia nak gagalkan kita.."
Bisik Mikhail.
"Lepas ni kau jangan harap aku nak bagi kau pegang assignment aku! Tolong hantar konon!"
Emir berjalan laju meninggalkan Mikhail di belakang. Mikhail masih dengan sifatnya yang acah-acah tidak bersalah.

Surat yang diberi oleh Emir tempoh hari diperonyok dan dicampak ke dalam tong sampah. Aryana yang sedang mengulangkaji pelajaran di meja belajarnya terperanjat.
"Ehh Maira kenapa kau buang?"
Soal Aryana.
"Alaa.. Biasalah lelaki, suka kejap je.. Ni tadi jumpa aku kat kampus, buat tak tau je, tegur pun tak.. Muka masam mencuka.."
Bicara Umairah.
"Laaa dia ada masalah lain kot.."
Balas Aryana.
Adrina nyenyak tidur sesekali berpusing ke kiri dan kanan apabila perbualan mereka mengganggu lenanya.
"Alahhh.. Lelaki semua sama Yana.."
Umairah membidas.
"Ehh taklah. Abang aku kat kampung elok je setia dengan aku, katanya nak tunggu aku habis belajar.."
Aryana sengih sendiri.
"Alah.. Mana kau tau, kau kat sini, dia kat sana, bila-bila je boleh curang.."
Balas Umairah.
"Eee mulut tu jaga-jaga tau.."
Aryana mencebik.

"Beb sorry lah pasal Mikha tu.. Aku tak tau lagi nak nasihat dia macam mana, perangai dia tu memang payah nak ubah.."
Ujar Nuqman sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Emir dan Ziyad itu.
"Kenapa?! Mikha buat apa?!"
Soal Ziyad laju, ingin tahu.
"Mikha pergi copy assignment Emir bulat-bulat.. Dia tuu  memang melampau.."
Balas Nuqman.
"Takpelah Man, salah aku juga percaya sangat dengan orang.. Benda dah settle lepas ni confirm aku tak percaya dia dah.."
Kata Emir.

Safiyya hairan melihat Syuhara yang dari tadi tersengih-sengih menghadap telefon bimbitnya. Safiyya menggeleng kepala dan meneruskan pembacaannya. Hari-hari baca buku, assignment ke takde assignment ke, itulah yang selalu dihadap oleh Safiyya. Hari-hari menaip pada komputer ribanya.

Haah lapar 😔

Kalau macam tu, Mikha belikan makan? Kejap lagi Mikha hantar depan hostel okey?

Haaaa 😱 serious ke ni?

Betullah. Takkan Mikha nak tipu pulak. 😉

Terima kasih Mikha 😬

Tunggu tau, kejap lagi Mikha sampai.

Syuhara bingkas bangun menyiapkan diri. Menepek bedak pada wajahnya. Mencalit gincu merah pada bibirnya. Menyembur minyak wangi ke seluruh tubuhnya.
"Ehh Syuha, kau nak ke mana?"
Soal Safiyya kehairanan.
"Nak jumpa Mikha.."
"Mikha.. Kau nak jumpa kat mana?"
"Kat depan je.. Dia belikan aku makanan.."
Syuhara teruja. Berkerut dahi Safiyya mendengar jawapan itu.
"Ehh kau ni, kau baru kenal dia kan, jangan gedik sangat macam ni lah.. Nak kawan tu boleh tapi jangan melampau, hati-hati jaga diri.. "
Pesan Safiyya.
"Baik madam.."

Hampir setengah jam menunggu, Mikhail tiba juga. Jantung Syuhara berdegup laju. Tidak pernah bertentang mata dengan lelaki gugup rasanya. Syuhara menghampiri Mikhail yang menunggu di atas motornya.
"Nah..Mikha belikan nasi goreng Cina.."
Mikhail menghulurkan bungkusan makanan kepada Syuhara. Syuhara yang malu-malu menyambut bungkusan makanan itu.
"Terima kasih, berapa ringgit?"
Soal Syuhara. Anak matanya memandang ke arah kiri dan kanan, malu hendak memandang Mikhail.
"Ehh.. Mikha belanja, free je.."
Balas Mikhail.
"Betul ke?"
Soal Syuhara lagi.
"Betul.."
"Tapi..."
"Alah.. Takpe, harini Mikha belanja Syuhara, esok-esok Syuhara pula belanja Mikha.. Okey lah Mikha balik dulu.. Makan tau.."
"Bye Mikha.."
Sebaik sahaja Mikhail hilang dari pandangan, Syuhara melompat-lompat kegembiraan. Macam ni ye rasanya perasaan berbunga-bunga, huhu.

Budak DegreeWhere stories live. Discover now