Safiyya pulang ke kampung. Syuhara sendirian sahaja malam itu. Takpe, Syuhara faham. Safiyya sudah bersuami dan berkeluarga. Safiyya ada komitmen lain yang perlu diberikan tumpuan. Malam itu, Syuhara makan sendirian sahaja di cafe. Hari-hari biasa pun Syuhara dah biasa makan sorang. Tadi Syuhara ajak Mikhail teman tapi Mikhail bagi alasan penat. Penat main bola hari tu tak hilang lagi katanya. Malam tu teringin sangat nak makan chicken chop. Syuhara tak jadi ke cafe. Dia menuju ke kedai chicken chop yang popular dalam kalangan pelajar berdekatan universitinya.
Sedang enak Syuhara mengunyah satu persatu ayam dan kentang, dia mendengar sahaja perbualan dua orang lelaki dibelakangnya itu. Bukan main lagi berbual. Dari tadi tak henti-henti. Nak toleh, tapi takut nanti kena cop stalker pula. Curious juga nak tau siapa mamat ni. Sembang bukan main kencang. Kalau toleh belakang, nampak sangat aku stalk. Akhirnya, Syuhara mengambil keputusan untuk mendengar sahaja dan jadikan itu sebagai hiburan dia yang keseorangan.
"Kalau aku tak injured bro, aku sure.. U kita dah menang.."
"Lah.. Dah bukan rezeki kita nak buat macam mana.. Naib johan pun okey apa.. Tahun depan kita cuba lagi.."
"Tapi aku serious tak puas hati dengan kapten UPM tu Power giler wey, ala-ala Beckham.."
"Aku apa kurangnya.. Tak ubah macam lionel messi.."
"Eh.. Bro aku nak tanya sikit la.."
"Apa dia?"
"Kau dengan budak Syuhara tu apa cerita? Aku tengok budak tu innocent sangat, kau janganlah main-main kan dia.."
Syuhara hairan. Apsal nama aku pula naik ni. Siapa diaorang ni? Ataupun ni Syuhara lain? Syuhara teruskan mendengar. Nak menoleh tapi.. Nanti lah dulu.. Kita dengar dulu..
"Alaa kau ni Man.. Acah-acah gentle je kan.. Ada dia senanglah aku.. Assignment aku semua. Aku busy Man.. Busy bola lagi.. Kalau boleh sampai grade aku guna lah dia, lepas tu goodbyelah.."
Kali ni Syuhara melopong. Ini tak lain tak bukan Mikhail dengan Nuqman! Tak guna kau Mikhail. Sakit hati aku.. Sampai hati kau guna-guna kan aku. Selera Syuhara hilang. Dia bingkas bangun. Mengesat air mata yang tiba-tiba jatuh. Sebaik sahaja bangun, dia tidak perasan pelayan sedang membawa dulang minuman. Syuhara dan pelayan itu dua-dua berlaga. Syuhara terduduk di lantai. Pelayan itu meletakkan dulang di atas meja Nuqman dan Mikhail. Mikhail dan Nuqman saling berpandangan. Itu Syuhara! Dia dengar ke tadi?! Alamak!
"Cik okey?"
Soal pelayan itu.
"Takpe.. Takpe.."
Syuhara bingkas bangun. Membetulkan baju dan tudungnya yang basah ditumpahi air itu. Syuhara melemparkan pandangan hampa ke arah Mikhail. Mikhail macam biasa tiada rasa serba salah langsung.
"Mikha!"
Nuqman menyuruh Mikhail mengejar tetapi Mikhail buat tak tahu. Nuqman menggeleng kepala dan bingkas bangun. Terdengkot-dengkot mengejar langkah kaki Syuhara.Dah dapat kereta sewa?
Adrina menghantar pesanan kepada Ziyad. Beberapa saat kemudian, Ziayd membalas.
Dah. Kereta kancil je. Sejam lima ringgit.
Okey cun! Epi boleh join tak esok?
Epi tak dapat join. Ada program. Kita berdua jelah nampaknya.
Kita dua? Okey. Habis site terus balik.
Memanglah balik. Kau ingat aku nak dating dengan kau?
Aku pun tak hingin lah...
Esok pukul sepuluh pagi. Tunggu depan hostel. Jangan lambat!
Adrina tidak membalas. Adrina mencucuk USB pada punggung telefon bimbitnya. Bateri dah bagi amaran. Kena cas penuh. Esok nak kena pergi site visit pula. Nanti takde bateri susah juga.
Umairah dan Nadrah baru pulang dari makan malam. Nadrah sejak sejak single ni rajin keluar makan dengan Umairah. Pergi kelas pun sama-sama. Sebelum ni memang Susahlah nak nampak dia kat bilik.
"Yana.. Siap sekarang.. Jom pergi cafe kedai depan buku tu.."
Ujar Umairah. Aryana yang sedang menyiapkan tugasan itu hairan. Nak buat apa malam-malam ke cafe sana? Adrina dah lena. Lepas dia cas handphone dia terus dia lena. Esok nak bangun awal katanya.
"Jomlah... Siaplah cepat.."
Tambah Umairah.
"Kejut Ed sekali.."
Beria betul Umairah kali ni. Apa hal pula Minah sorang ni.
"Aku taknak ikut..."
Nadrah masuk ke dalam bilik dengan riak wajah yang menyampah.
"Kau memang tak penting pun sebenarnya. Kejut Ed tu.."
Selamber Umairah menjawab. Nadrah naik ke katilnya. Aryana menutup komputer riba lalu menuju ke arah Adrina.Laju betul Syuhara berjalan. Tak pandang kiri kanan langsung. Itu merajuk ke marah pun tak tahulah. Ni semua Mikhail punya pasal lah ni. Tak memasal aku kena pujuk. Eh, tapi apa kaitan aku sampai aku yang beria nak memujuk pula ni? Nuqman terus mengejar.
"Syuhara tunggu la.. Kaki saya tengah sakit ni.. Jangan laju sangat..."
Ujar Nuqman sedikit menjerit. Syuhara menoleh ke belakang melihat Nuqman yang mengekorinya. Terjengkot-jengkot. Syuhara terus berjalan laju. Kepalanya masih tidak berkalih. Masih memandang Nuqman di belakang.
"Syuhara!!!"
Jerit Nuqman. Panggggggggg!!! Kepala Syuhara bertemu tiang lampu. Kuat juga. Apalah nasib. Bisul kepala ni. Kena bola laa, terlanggar tiang lampu lah. Syuhara jatuh terduduk. Menggosok kepalanya. Sakit tau!
"Tulaaa kan dah kena.."
Ujar Nuqman.
"Apa hal awak ikut saya?"
Soal Syuhara, berusaha bangun. Menggeleng-geleng kepalanya untuk memastikan sel-sel otaknya kembali berhubung.
"Awak okey tak.. Jom duduk kat kerusi tu dulu..."
Nuqman menuding jari ke arah kerusi yang tersedia dia kaki jalan itu. Syuhara berjalan perlahan-lahan mengekori Nuqman.
"Dari awal lagi saya nak bagitau yang Mikhail tu tak boleh percaya pun.. Tapi takde kesempatan nak bagitau. Dia tu memang macam tu dengan semua perempuan dia bukan pernah serius pun..."
Ujar Nuqman.
"Saya tak kisah pun pasal serius ke tak serius.. Saya pun belum ada keinginan nak bercinta, yang saya kecewa bila dia cuma gunakan saya untuk buat assignment dia semua tu.."
Balas Syuhara.
"Dah la.. Lepas ni kalau dia suruh apa-apa tak payah layan.. Dah lewat ni, nanti pintu pagar hostel tutup pula.. Pergilah balik.."
Alamak. Prihatin sangat Nuqman ni. Syuhara ni mulalah nak jatuh hati. Mudah betul Syuhara jatuh hati!
"Okeylah.. Terima kasih tau awak.."
Syuhara berlalu. Tersengih-sengih. Mulalah tu nak perasan! Orang care sikit dah perasan. Inilah perempuan!Adrina menguap mengekori dua orang rakannya itu. Ada apa la ni. Aku kena tidur. Esok nak bangun awal. Ada site visit. Kalau lambat berdarah lah telinga ni kena bebel dengan Ziyad tu. Umairah menarik lengan Aryana masuk ke dalam cafe. Ilham terpacak di dalam cafe. Aryana melihat sekeliling cafe. Haritu kata bawa haluan masing-masing, sekarang muncul depan mata? Sanggup drive dari kampung ke sini? Tapi....... Apa yang Abang Am buat ni memang tak masuk akal. Ini prank ke?!
![](https://img.wattpad.com/cover/91605501-288-k558310.jpg)
YOU ARE READING
Budak Degree
RandomIni bukan kisah cinta semata-mata. Ini kisah suka duka mencapai segulung ijazah. Kisah pahit duka pengalaman demi segulung ijazah. Kisah kawan-kawan, pensyarah yang tak semuanya indah. Kisah-kisah yang tak serupa dan berbeza latar belakangnya. Nuqma...