Bab 19

726 23 7
                                    

Macam manalah Aryana boleh lupa ulangtahun dia sendiri. Rupanya Umairah dah komplot dengan Ilham nak kenakan Aryana. Sengaja Ilham telefon tempoh hari. Cari pasal dengan Aryana. Aryana tahu Ilham bukan orang yang macam tu. Ilham akan tunggu Aryana sampai habis belajar. Belon-belon memenuhi kawasan cafe. Sebijik kek dihiasi lilin dihulurkan kepada Aryana. Aryana meniup lilin mematikan api. Dia melihat sekelilingnya. Malulah pula orang ramai tengok. Tak payah buat suprise macam ni pun takpe kot. Wish jelah macam biasa. Malu tau!
"Sorry Yana.. Abang sengaja sebenarnya.."
Ujar Ilham.
"Sengaja tau Abang ni.. Kau Mairah komplot eh?"
Umairah sekadar mengenyih. Adrina menguap lagi. Drama apa yang sedang berlaku depan mata ni. Tolong lah.. Aku nak balik tidur...

Nadrah rasa tak senang duduk. Entahlah. Tak boleh tengok orang lebih bahagia dari dia. Kalau dulu, dialah yang paling bahagia. Pasangan paling sweet. Kali ni semua tu dah takde! Sebab tulah dia taknak ikut pergi sambut ulang tahun Aryana bersama. Menyampah. Cemburu pun ada.
"Huwaaaaaaaaa!!!"
Nadrah menekup wajahnya dengan bantal. Menangis lagi. Mengilai macam pontianak. Macam budak-budak!

Padam!
Unfriend!
Block!

Syuhara memadam nombor telefon Mikhail daripada senarai panggilannya. Menekan butang unfriend bersama Mikhail di facebooknya dan block Mikhail di laman instagram. Taknak tengok dah mamat sewel ni. Gila!

Lepas dah kenal siapa Izzaq yang sebenarnya, barulah mereka tahu Izzaq itu seorang lelaki yang penyanyang. Bak kata mat salleh family man gitu. Tengok Izzaq dengan Safiyya haritu, cair betul. Sweet! Tengok Izzaq layan anak dia, memang nampak matang betul!

Malam itu, Naufal macam biasa, lepas solat, dia mengaji. Ziyad dah tidur awal. Esok ada site visit. Nazrin tengah layan movie je. Movie hindustan. Apalah Nazrin tu. Gaya bukan main macho, layan hindustan. Emir pula tengah gosok uniform suksis dia di ruang tamu. Esok hari Rabu. So, kena pakai uniform lah. Nuqman baru pulang. Melangkah masuk ke dalam rumah.
"Lambat balik Man..?"
Soal Emir sambil terus menggosok.
"Mikha buat hal la wei.."
Balas Nuqman berjalan malas masuk ke biliknya.
"Dia buat hal apa lagi wei?"
Nazrin menjenguk di pintu bilik sebaik sahaja mendengar perbualan Nuqman dan Emir itu. Sanggup dia pause movie hindustan dia sebab nak tau cerita.
"Nanti lah aku cerita.. Aku nak mandi dulu..."
Nuqman melintasi Nazrin yang penuh tanda tanya itu. Nazrin dan Emir saling berpandangan. Emir mengangkat bahu. Nazrin masuk semula ke dalam bilik. Menyambung menonton movie hindustannya. Suasana rumah kembali sunyi. Yang kedengaran cuma suara Naufal yang merdu sedang mengaji.

Safiyya dan Izzaq bersalaman dengan ibu bapa mereka. Izzah dalam dakapan ibu Safiyya. Dah menjadi kebiasaan mereka akan pulang menaiki bas. Izzah pula dititipkan pada ibu Izzaq dan Safiyya bergilir-gilir. Mana nak dapat perempuan macam Safiyya ni. Mampu susah senang bersama! Mampu bahagikan komitmen belajar dan keluarga.
"Kan lega bila semua orang dah tau pasal kita.. Takdelah kita nak kena berahsia je.."
Ujar Safiyya yang duduk di sebelah tingkap bas.
"Yelah.. Bukan taknak bagitau tapi takutlah orang pandang kita ni hina.. Kita kan kahwin muda.."
Balas Izzaq.
"Takpe.. Yang penting kita bukan buat dosa pun.. Mengantuk lah.."
Sengaja lah tu Safiyya nak mengada-ngada.
"Tidurlah.."
Ujar Izzaq.
"Nak pinjam bahu.."
Safiyya menyengih.
"Ooo nak pinjam bahu.. Meh sandar pada aku..."
Izzaq ketawa kecil, berseloroh.

Awal Adrina bersiap. Tak mahu mendengar bebelan Ziyad. Lima belas minit awal dia menunggu di hadapan hostel. Mengenakan baju tshirt hitam, berseluar dan bertudung merah seperti yang dijanjikan. Adrina dan Ziyad berjanji nak pakai seragam supaya orang tahu mereka ada tugas untuk universiti. Sebuah kereta kancil berwarna biru meluncur laju di hadapan Adrina. Adrina menjenguk. Betullah Ziyad. Tapi kereta kancil ni nampak nazak sangat ni. Apalah. Buat sewa kereta tapi kereta tak servis. Macam ni ke servis sewa kereta? Jagalah kereta tu elok-elok. Orang sewa bayar kot bukan free. Dah lah dalam kereta bersepah. Botol air sana sini. Haish. Bebel Adrina dalam hati.
"Kita pergi ambil Nura kejap.."
Ujar Ziyad.
"Haaa? Bukan Nura tak pergi ke?"
Soal Adrina, pelik.
"Dia jadi pergi pula...tadi dia baru pm aku.."
Balas Ziyad.
"Mengadalah dia tu..."
Adrina mendengus.

Nurani berjalan lenggang-lenggok menuju ke arah kereta. Dia gila ke apa? Pergi site visit pakai kebaya? Minah ni dah kenapa? Ziyad dan Adrina saling berpandangan.
"Kau tak cakap ke kat dia kena pakai apa?"
Adrina berbisik.
"Aku dah cakaplah..."
Ziyad turut membalas dengan bisikan.
"Sorry korang... Aku tak jadi ikut.. Aku ada hal lain.. Idea semua aku dah bagi haritu kan?"
Betapa sakitnya hati Ziyad dan Adrina mendengar kata-kata itu. Kau kejap jadi pergi kejap tak jadi pergi! Memang cari pasal betullah! Dah melewatkan masa kitaorang nak pergi site tau tak! Adrina menggengam tangannya. Rasa macam nak tumbuk je muka perempuan tu sekarang. Nampak je innocent tapi.. Eee entahlah nak cakap macam mana pun tak tau.
"Jangan..."
Bisik Ziyad.
"Korang pergilah eh..."
Nurani melambaikan tangan dan terus menapak pergi. Taktaulah dia nak pergi ke mana dengan berbaju kebaya tengahari macam ni. Ziyad terus memandu pergi. Malaslah nak layan orang gila. Nanti dengan aku sekali boleh gila.

Disebabkan banyak sangat makan kek semalam, Umairah terlewat bangun ke kelas. Dia melihat Nadrah di katil atas. Dah takde! Bukan nak gerak! Tak guna betul. Adrina pagi pagi lagi dah keluar pergi site. Aryana ada kelas pagi tadi. Kenapalah Nadrah tak gerak aku! Hish!

Lambat punya pasal, Umairah tak sempat nak gosok uniform dia. Baju tshirt dan seluar slack dicapai. Tudung sarung disarungkan ke kepala. Buku di atas meja dicapai sahaja. Subjek tengahari ini subjek lain tapi buku apa yang Umairah capai pun tak tahulah. Umairah bergegas menuju ke kelas. Sedang dia bergegas mengatur langkah kakinya, dia terlanggar susuk tumbuk sado di hadapannya. Emir! Semak tau dia ni! Mana orang ada situ dia ada. Buku yang dipegang Umairah tidak berterabur cuma satu sahaja buku yang tidak dapat diselamatkan terjatuh ke lantai. Disebabkan buku itu yang berada di kedudukan paling atas, maka dengan cantiknya buku itu menyusur jatuh ke lantai. Ingat ni drama ke apa sampai semua buku nak kena berterabur atas lantai? Lagi pun Umairah dengan Emir cuma terlanggar sikit je. Umairah tak jatuh pun macam dalam TV tu. Cuba berlanggar bahu. Emir mencapai senaskah buku yang jatuh itu.

Tips Mendapatkan Cinta Jejaka.

Emir membaca tiap butir perkataan. Emir memandang Umairah di hadapannya. Umairah baca buku ni? Untuk apa? Emir menyengih. Mengangkat buku itu. Mengangkat kening, meminta penjelasan. Umairah menggaru kepala. Alamak kantoi... Buku tu... Aduh..

Budak DegreeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang